Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semuanya?

 

Pejam celik pejam celik udah masuk bulan November ye.

Tinggal hanya 2 bulan sebelum 2023 melabuhkan tirainya.

Aku nanya apa jadi dengan bucket list atau wish list 2023 huhuhuhu.

Berapa peratuskah tercapai?

Atau telah terlupa apa ye bucket list 2023 yang pernah disenaraikan?

 

Oktober ada banyak banyak drama kehidupan yang berlaku termasuklah kisah Influenza A dan pelbagai aneka cerita lagi.

Tetapi begitulah kehidupan ada naik turunnya.

 

Harapan utama umat Islam di seluruh dunia semoga November ini berakhirnya kekejaman ke atas Palestin.

Moh kita sama-sama berdoa ye.

 

Rasanya kita ni saban hari mengharapkan perkara yang positif, menggembirakan, membahagiakan berlaku dalam hidup kita tidak kisah di bulan apa pun kita berada.

 

Sama seperti November, kita mengharapkan kita happy dan bahagia sokmo.

Lagi-lagi orang macam den yang hendak masuk dalam kategori warga emas ini, hendak hidup yang tenang dan aman je.

Hendak bercakap pun udah malas jadinya.

Hendak memberi ulasan atau cadangan di dalam mesyuarat memang tidak akan berlaku dah rasanya.

Kalau ada perkara yang dibincangkan ala-ala babi pun boleh terbang, den biarkan aje.

Konsepnya kalau dikatakan 1+1=3 juta pun den iyokan aje.

Ha begitu hehehehehe.

Penat la dituduh acah-acah fighter.

 

Jadinya sekarang kita buat hal kita saja la ye.

Apa skop keroje kita, kita buat selayaknya.

Selain daripada itu, apa-apa yang di luar kawalan dan kemampuan kita, kita pasrah aje la konsepnya ye.

Kalau tiba-tiba kena tatatertib, biorkan je la ye.

 

November ini den hendak fokus buku-buku yang tersusun bak teritip di rak buku den tuh ha.

Tak tau sempat baca berapa buku sebab sejak akhir-akhir nih otak macam melemau sungguh.

Dia jadi macam orang utara cakap ‘jadi macam bodo’.

Ada officemate tanya progress dalam Bahasa Melayu apa.

Dalam 5 minit juga la den terkebil-kebil sebelum dapat bagi jawapan.

Itu belum lagi tengok anak-anak den punya homework.

Dia terus jadi macam ‘eh sungguh ke den ni graduated dari university ni. Kenapa den tidak boleh jawab soalan matematik tingkatan satu ni’.

 

Kalau kena pergi seminar ke bengkel ke den selalu terfikir ‘sebenarnya den buat apa la dekat sini’.

Semua orang dalam pelbagai program ini semunya berpengetahuan tinggi bicarakan tentang perubahan iklim, national security priority, microplastics pollution, water transformation sector, national policy, etc.

Udah den macam tersesat tidak pasal-pasal di situ huhuhuhu.

 

Banyak juga event dan program pempengaruh yang den tidak ikut sekali sebab malas hendak menguit ke mana-mana.

Instagram, Facebook dan Tik Tok udah sebulan idok ber update.

Dasyat ehh den berhibernasi?

Hehehehheheehe.

 

Adakah midlife crisis or breakdown?

 

November ini den rancang hendak tengok KDrama Moving.

Antara KDrama yang hype gila untuk 2023.

Ada KDrama yang agak cringe gila yang den hendak habiskan.

Den udah tengok 41 episod.

Ada lagi 9 episod den nak kena habiskan.

Walaupun ceritanya bengong tapi untuk kemampuan otak den sekarang, cerita macam ni yang okay walaupun hero dia den tak kenal.

Sumpah cringe nak mati ceritanya hahhahahaa.

 

Den harap November ni den dan keluarga sihat lagi-lagi anak-anak den tuh ha.

Cuti den untuk tahun ini pun udah abis.

Banyak rupanya cuti yang den ambil tanpa den sedari hehehehhee.

Kadang-kadang cuti bukan pergi mana pun.

Banyak urusan keluarga dan berehat-rehat di rumah.

 

Kadang-kadang agenda cuti den adalah masak nasi goreng cili kering seperiuk, lepas tuh lepak layan Neflix.

Kalau idok pun, tidur bersungguh-sungguh sampai bila terjaga jadi weng dok terfikir eh udah pukul berapa ni atau hari apa ni hehehehehe.

 

Hendak berjalan sakan udah keterhutangan serius.

Jadinya cuti rehat diambil supaya dapat bersantai di rumah.

Udah tua ni, perkara macam ni pun udah buat den happy.

 

November ini sesuai untuk buat spring cleaning kot ye.

Spring cleaning almari baju dan rak buku.

Tengoklah tahap kerajianan nanti ye.

 

Den doakan November ini adalah November yang terbaik untuk kita semua.

Have a wonderful November.

Semoga ada rezeki tengok view macam ni lagi

 


 

0 Comments