Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Life is too short to not go on that spontaneous road trip

Temankan sepupu nan seorang menguruskan hal ehwal urusan terkait harta Ahmad Albab.

Den tukang bawa beg dokumen, ambil nombor giliran, kenalpasti tempat makan, penunjuk arah walaupun agak blur di situ, jurukamera, etc.

Tajuknya kita menyantuni hal ehwal di Pejabat Tanah dulu.

Tahniah kakitangan PDT Muallim, PDT dan JKPTG Batang Padang yang mantap perkhidmatannya.

Lepas tu kita hendak jalan-jalan cari makan di mana kita fikir kemudian.

Asal boleh begitu temanya.

HARI 1 - Breakfast di Gombak - Pejabat Tanah Daerah Mualim - Lunch di Tapah Station Cafe - Tapah Street Arts Mural - Pejabat Tanah Daerah Batang Padang - JKPTG Bahagian Pusaka Perak Selatan - Capati Tapah Cenderiang - Dinner di rumah sepupu di Chemor - Gerbang Malam Ipoh - Ipoh Night Market - Nasi Kandar Pelita - BMC Hotel Ipoh

Apa yang agenda berjimba lebih meriah daripada urusan asal ye?

Pengalaman naik LRT dari Subang Jaya ke Gombak semasa peak hour.

Memang melekat pada cermin LRT benar banget.

Udah macam Spiderman pun iya.

Celah mana nak kuruih kalau makan macam ni sokmo

Sekupang beno mural di Tapah Street Arts Mural ni ye.

10 minit siap berjalan dan bergambar.

Boleh la daripada tidak ada ye.

Sedap kopi di Tapah Station Cafe.

Mantap ye capati cicah kari kambing di Capati Cendering.

Dinner sedap banget di rumah sepupu.

Suami isteri sejenis berbesar hati meraikan tetamu.

Endangered species orang macam ni. 

Terima kasih daun keladi.

Lain kali kami singgah makan lagi ye.

 

Kejap hendak duduk hotel A, kejap hotel B.

Sedikit 'drama' berlaku di hotel ini kerana kami tiba-tiba ter blur.

Agak keciwa di situ tetapi sesi berjimbaan harus diteruskan.

Hotel selesa banget.

Ada kedai mamak 2 minit berjalan dari hotel.

Usah percaya pada kenyataan 'kita tengok-tengok je bukan nak beli apa pun' di Gerbang Malam Ipoh & Ipoh Night Market.

Sasaran langkah tercapai.

 

2 Comments

  1. Best nyer jenjalan Tapah.. biasa tapah ni lalu highway jer hahahaa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhee boleh cuba singgah nanti. Banyak tempat awesome juga di Tapah ni

      Delete