Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Ipoh ni memang banyak tempat menarik kan?

Ada sekali tuh den pergi beli kanvas dekat Ipoh.

Sekali tuh ternampak satu masjid cantik terletak sebaris dengan dengan deretan kedai tuh.

Namanya Masjid Panglima Kinta.

Singgah la sekupang cuma ambil gambar di luar masjid.

Tidak sempat hendak masuk sebab mengejar masa.

Ada lawatan percuma pada masa-masa yang ditetapkan kalau ikut banner yang ada di pagar masjid ni.

In sya Allah akan cuba sertai lawatan masjid ni satu hari nanti bila ada kesempatan.

Berdasarkan maklumat daripada Wikipedia:

Masjid Panglima Kinta telah dibina pada 1898 oleh Datoh Panglima Kinta Muhamad Yusuff bin Lassam.

Kompleks masjid ini dibina di atas tanah seluas 45,000 kaki persegi berhampiran dengan Sungai Kinta.

Masjid ini telah diwartakan sebagai bangunan warisan pada tahun 2012 oleh Jabatan Warisan Negara.

Di dalam perkarangan kawasan masjid ada Galeri Panglima Kinta.

Memang kena ulang datang sini gamaknya ye sebab hendak tengok ada maklumat apa dalam galeri ni.

Lokasi Masjid Panglima Kinta: 15, 3, Jalan Masjid, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

https://maps.app.goo.gl/CxjJa395RM1idmKR8

Kome kalau ada kesempatan moh datang ke sini ye.

 

Moh kita

4 Comments

  1. Ada lawatan percuma kene pergi ni sbb ia tempat bersejarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kena repeat datang sini satu hari nanti

      Delete
  2. Cantik gambar masjid atas tu... Jom kita pergi. LeYa nak join juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jommm Leya kita buat trip dengan konco-konco

      Delete