Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semasa Batam Mega FAM Trip baru-baru ini, kami dibawa melihat hotel-hotel di bawah rangkaian Hotel Aston iaitu Aston Inn Gideon Batam dan Aston Batam Hotel & Residence. Terdapat sebuah hotel lagi iaitu Aston Nagoya City Hotel tetapi kami tidak melawat hotel tersebut kerana semasa kami di Batam, hotel tersebut belum beroperasi dan memulakan operasinya pada 23 Julai 2022.

Aston Inn Gideon Batam

Mula-mula menjejak kaki di Aston Inn Gideon Batam, terpesona sebentar melihat lampu chandelier yang cantik di ruang lobinya.

Aston Inn Gideon Batam terletak di Penuin, Batam yang terkenal dengan aktiviti membeli-belah dan hiburan. Kita boleh berjalan kaki untuk ke BCS Shopping Mall dan Grand Batam Shopping Arcade. Kalau menginap di sini memang temanya shop till you drop la begitu ye.

Lokasi strategik 25 minit perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim dan 12 minit ke Harbour Bay menjadikan ianya destinasi penginapan bagi mereka yang memang suka membeli-belah dan mencari liburan begitu.

Penginapan

Aston Inn Gideon Batam bertaraf 3 bintang ini menawarkan lima (5) jenis penginapan yang menyediakan katil empuk, shower yang mantap, pelbagai pilihan rangkaian siaran televisyen, peti keselamatan, set kopi dan teh serta wifi yang awesome:

1. Superior Room

2. Deluxe Room

3. Premier Room - ada pantry comel

4. Executive Suite - seluas 60 meter persegi, ruang makan, ruang tamu dan dapur

5. Family Room - 2 bilik dan dapur

6. Family Suite - ruang makan, ruang tamu dan dapur

Kemudahan

Boleh dikatakan hampir semua tersedia di sini. Tidak perlu keluar dari hotel pun kalau malas terasa hendak bergerak ke mana-mana. Tersedia restoran Bamboo. Kalau tidak terasa hendak turun ke bawah, boleh sahaja pesan room service

Apabila ibu atau ayah menghadiri seminar atau bengkel di bilik-bilik mesyuarat dan ballroom yang ada di hotel ini, anak-anak boleh riang ria mandi di kolam renang. Bagi mereka yang memang tidak boleh meninggalkan rutin bersenam di gymnasium boleh meneruskan aktiviti sihat anda di bilik gymnasium yang tersedia ye.

Untuk maklumat lanjut tentang Aston Inn Gideon Batam, boleh layari media sosial berikut ye:

Website: https://www.astonhotelsinternational.com/en/hotel/view/76/aston-inn-gideon---batam

 Facebook: https://www.facebook.com/ASTONInnGideonBatam

 Instagram: https://www.instagram.com/astoninngideonbatam

Email: bataminfo@astonhotelsinternational.com

Aston Batam Hotel & Residence

Aston Batam Hotel & Residence yang terletak di tengah kota Batam menawarkan penginapan hotel dan juga pemilikan apartment kepada mereka yang hendak merasai pengalaman penginapan di kediaman dan hotel bertaraf empat (4) bintang.

Lokasi strategik 25 minit perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim dan 5 minit Batam Center Point International Ferry Terminal menjadikannya destinasi pilihan bagi mereka yang hendak melaksanakan urusan perniagaan dan juga mereka yang hendak berlibur dan bersantai bersama keluarga dan teman-teman.

Penginapan

Aston Batam Hotel & Residence menawarkan penginapan samada hotel atau pangsapuri yang menyediakan katil empuk, shower yang mantap, pelbagai pilihan rangkaian siaran televisyen, peti keselamatan, set kopi dan teh serta wifi yang awesome.

Bilik Hotel

1. Studio

2. Studio Style

3. Family Studio

4. Studio Plus

5. Suite Room

6. Aston Suite - bilik terbesar dan paling eksklusif

Residence

1.  2 bilik tidur

2. 3 bilik tidur

Kemudahan

Memang menarik ye kemudahan yang tersedia di Aston Batam Hotel & Residence ini termasuk kolam renang, restoran, bilik mesyuarat/seminar/bengkel, bar yang tersedia pentas untuk gig (macam menarik banget ni), gymnasium dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Aston Batam Hotel & Residence, boleh layari media sosial berikut ye:

 Website: https://www.astonhotelsinternational.com/en/hotel/view/52/aston-batam-hotel---residence

 Facebook: https://www.facebook.com/astonbatamhotel/

 Instagram: https://www.instagram.com/astonbatam/

 Email: bataminfo@astonhotelsinternational.com

Selamat mempertimbangkan mana satu hotel di antara tiga hotel di bawah rangkaian Aston sebagai penginapan pilihan apabila bercuti ke Batam nanti ye. Kalau tanya den, den berkenan dooh dekat Aston Batam Hotel & Residence.

0 Comments