Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Harap semuanya dalam keadaan sihat. Risau juga ye dengan statistik Covid19 dan influenza sekarang yang semakin meningkat saban hari. Jaga diri molek ye semua.

Cuaca sekarang sangat panas. Seperti kata orang utara 'panas lit lit' yang bererti panas terik. Cuaca sebegini bukan sahaja menyebabkan kulit muka cepat berpeluh, berminyak dan melekit tetapi juga boleh menjadi asbab jerawat bermaharajalela huhuhuhu.

Muka den yang jarang berjerawat selama ini terjebak dengan pertumbuhan jerawat akibat cuaca panas kering dan lembap yang tidak menentu akibat perubahan iklim ni. Mahu tidak mahu kena cari produk yang boleh membantutkan atau menyahkan kehadiran jerawat di kulit muka den ni.

Memilih produk penjagaan dan kosmetik yang betul-betul sesuai dengan kulit kita sangat penting bagi memastikan bahawa sebarang produk yang digunakan dapat memberikan kulit muka yang sihat, segar, berseri dan menawan agar kita lebih bersemangat melaksanakan aktiviti harian.

Kosmetik Fanbo yang telah bertapak sejak 1968 di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit muka dan tatarias wajah pada harga mampu milik yang menyerlahkan kehebatan setiap wanita menerusi produknya agar mereka dapat tampil dengan versi diri mereka yang terbaik kini dibawakan untuk wanita pada semua peringkat umur. 

Rangkaian Penyelesaian Jerawat Fanbo (Fanbo Acne Solution Series)

Fanbo yang terkenal kerana kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk semua jenis kulit tempatan, dan semestinya nilainya yang berbaloi, Fanbo kini menawarkan Rangkaian Penyelesaian Jerawat Fanbo yang diformulasi khusus bagi kulit muka berjerawat dengan motto Beauty Without Worry.

Dilengkapi dengan bahan semulajadi dan aktif seperti Tea Tree Oil, Hydragenic Solution, Silver Active dan pro Vitamin B, set ini adalah sesuai bagi memulakan langkah untuk mendapatkan kulit muka yang sihat, segar, berseri dan menawan melalui lima (5) langkah rutin penjagaan kulit muka.

Lima (5) Langkah Rutin Penjagaan Kulit Muka Rangkaian Penyelesaian Jerawat Fanbo

Sekiranya kita mempunyai masalah kulit muka berjerawat, minyak berlebihan dan pori kulit yang besar, boleh mencuba lima (5) rutin ini ye:

1. Fanbo Acne Solution Facial Foam - membersihkan minyak dan kulit muka yang mudah berjerawat dengan berkesan;

2. Fanbo Acne Solution Toner - menyegarkan dan menyingkirkan lebihan kotoran, minyak dan sebum;

3. Fanbo Acne Solution Moisturizer Gel - mengawal lebihan minyak dan melembutkan kulit muka;

4. Fanbo Acne Solution Acne Gel - mengurangkan bengkak dan kemerahan jerawat; dan

5. Fanbo Acne Solution Loose Powder - bedak non-comedogenic dan mengawal sebum. 

Fanbo Acne Solution Facial Foam

Pembersih muka dengan buih lembut boleh membantu mencegah pertumbuhan jerawat dengan tiga (3) langkah mudah iaitu:

1. menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan dengan lembut;

2. membersihkan kulit tanpa mengeringkannya, melembapkan dan melembutkan kulit muka; dan

3. menyegarkan dan membantu mengawal minyak berlebihan pada kulit muka dan membuatkan kulit lebih segar dan berseri. 

Fanbo Acne Solution Toner

Selepas menggunakan pembersih muka, teruskan rutin penjagaan kulit muka dengan menggunakan toner yang berfungsi bagi:

1. menyegarkan dan membuang sisa kotoran, minyak dan sebum bagi mendapatkan kulit muka yang bersih;

2. membantu mengawal minyak berlebihan dan memastikan liang pori kulit wajah bersih; dan

3. membantu mencegah pertumbuhan jerawat dan mengecilkan liang pori. 

Fanbo Acne Solution Moisturizer Gel

Pelembap merupakan satu perkara penting di dalam rutin penjagaan kulit wajah. Fanbo Acne Solution Moisturizer Gel yang dibuat berasaskan air menjadikan tekstur pelembap ini mudah meresap ke dalam kulit muka di mana ianya:

1. membantu menjaga kelembapan kulit;

2. meyegarkan dan membantu mengawal minyak berlebihan di wajah sehingga kulit terasa lembut; dan

3. membantu memudarkan bekas jerawat sehingga kulit nampak lebih berseri. 

Fanbo Acne Solution Acne Gel

Gel lembut yang diformulasikan agar mudah menyerap tetapi tidak melekit ini:

1. membantu merawat kulit berjerawat;

2. menjaga kulit agar tetap bersih dan segar;

3. mengurangkan bengkak dan kemerahan jerawat; dan

4. membantu penyembuhan secara semulajadi tanpa membuatkan kulit menjadi kering. 

Fanbo Acne Solution Loose Powder

Fanbo Acne Solution Loose Powder merupakan langkah terakhir untuk melengkapkan rutin perawatan dan penjagaan wajah di dalam siri Rangkaian Penyelesaian Jerawat Fanbo.

Bedak muka ini adalah:

1. non-comedogenic dan mengawal sebum;

2. membantu menyerap minyak berlebihan pada kulit; dan

3. tidak menyumbat liang pori dan memberikan padanan tona sekata dengan kulit muka.

Bedak muka ini diformulasikan agar ia terasa ringan dan lembut pada kulit wajah. 

Sweet Packaging

Happy sangat bila terima bungkusan daripada Fanbo sebab sweet je warnanya, kombinasi putih dan merah jambu. Den kongsikan kegembiraan den bila unboxing bungkusan daripada Fanbo ni ye.

Keistimewaan Produk Fanbo

Formula unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat:

1. membantu menyihatkan dan melindungi kulit kita;

2. membantu melembapkan kulit dan melindunginya daripada anasir luar supaya kulit kita mempunyai kanvas yang bersih untuk menyerlahkan kecantikan menerusi daya cipta sendiri;

3. mesra wuduk. Ini memang awesome sangat sebab kita tidak perlu memperbaharui solekan selepas membersihkan muka;

4. formulasi yang tahan lama, ringan dan mudah diserap memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya; dan

5. memfokuskan pada penyediaan dan asas yang berkualiti supaya kita dapat menyerlahkan gaya semula jadi diri sendiri. 


 

Produk-produk Fanbo boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di gedung dalam talian berikut:

LAZADA

https://www.lazada.com.my/shop/fanbo-cosmetic-malaysia-store/
 

SHOPEE

https://shopee.com.my/fanbocosmetics.os


PG MALL


https://pgmall.my/seller_store_product/Fanbo-Cosmetic-1

Untuk maklumat lanjut tentang produk Fanbo, korang boleh layari:

Website: www.fanbo.co.id

FBhttps://www.facebook.com/Fanbo.my  

IGhttps://www.instagram.com/fanbo.my  

Tik Tok: https://vt.tiktok.com/ZSReWgywE/  

Youtube: https://www.youtube.com/FanboCosmetics  

 

Selamat mendapatkan kulit yang sihat, segar, berseri dan menawan dengan Fanbo.


 

 

4 Comments

  1. kalau rajin jaga muka...hasilnya memang mantop juga...kelihatan produk ini sangat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dapat rajin tuh yang jenuh tu. Produk dan kotaknya memang sweet

      Delete
  2. kotak dia very nice if nak bgi gift pada orang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....kotaknya sweet gitu. Orang yang terima sure happy.

      Delete