Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat sejahtera.

Cuaca sekarang sangat panas sampai mandi waktu pagi pun tidak perlu gunakan air panas lagi. Penggunaan pendingin hawa pun memang meningkat. Menangis nanti hendak membayar bil elektrik huhuhuhuhu.

Cuaca panas ini molek sangat kalau kita dapat menyejukkan badan dan berendam di dalam kolam kan? Ha….korang boleh berjimba riang ria bermain air di kolam renang atau di  Splash Park di Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Boleh bermain air dan berendam di lagoon pool, grotto, aqua play, lazy river, falling coconut dan berehat di gazebo yang tersedia di sekitarnya.

Penginapan

Ada dua (2) jenis pilihan penginapan yang ditawarkan di Desaru Beach Resort & Spa ini. Korang boleh pilih pangsapuri 1 bilik, 2 bilik, 3 bilik dan 4 bilik yang semuanya dalam keadaan bersih, kemas dan selesa.

Kalau hendak terasa inginkan kelainan dan hendak bersantai secara kayangan, boleh pertimbangkan penthouse nya yang memang awesome banget.

Harga terkini setiap bilik boleh rujuk di laman sesawang Desaru Beach Resort & Spa ye di mana setakat ini harga pangsapuri bermula dari RM 230 hingga RM1000 satu malam.

Bagi penthouse, harganya adalah RM 1125 satu malam.

Setiap penginapan tersedia talian internet, televisyen dan lain-lain. Setiap penginapan yang kita pilih didatangkan bersekali dengan sarapan dan wristband (untuk kita memasuki Splash Park, kolam renang dan gymnasium). Yang membezakannya adalah jenis penginapan akan memberikan bilangan sarapan dan wristband yang berbeza.

Contohnya pangsapuri 1 bilik akan mendapat sarapan dan wristband untuk 2 orang. Pangsapuri 2 bilik akan mendapat sarapan dan wristband untuk 4 orang.

Semua maklumat tentang penginapan, pakej dan kemudahan yang tersedia di sini boleh didapati di laman sesawang Desaru Beach Resort & Spa.

Den berpeluang untuk menginap di pangsapuri 3 bilik. Katilnya memang empuk sampai rasa tidak mahu bangun ke mana-mana hehehehehe.

Setiap bilik dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz queen. Seronok sungguh bergolek di sana sini.

Pemandangan pangsapuri den mengadap Splash Park. Memang awesome ye.

Restoran

Kalau malas hendak keluar dari Desaru Beach Resort & Spa  ini, tidak perlu risau kelaparan kerana tersedia banyak pilihan restoran untuk menjamu selera. Rasanya yang perlu dirisaukan adalah kiraan kalori sebab macam-macam ado di sini hehhehehehe.

Restoran Sea View merupakan restoran yang terbesar di sini adalah restoran yang menyajikan sarapan pagi.

Restoran Rhu Seafood menyajikan pilihan makanan laut yang kita ngences lagi-lagi menu lobster dia tuh, mengancam sangat. Lobster salted egg, lobster aromatic mayo, lobster kam heong dan lobster Thai chu chi sause. Menu lain pun boleh tahan menggoda.

Lotus Spices menghidangkan aneka makanan India dan ala Bollywood. 

Korean BBQ semakin mendapat permintaan ramai sejak gelombang Korea melalui KPop dan KDrama memeriahkan kehidupan rakyat Malaysia.

Den berkesempatan untuk makan tengahari dan makan malam di Teratai Coffee House. Ada banyak pilihan makanan daripada pembuka selera, makanan utama, pencuci mulut dan sebagainya. Memang temanya kita makan sampai segah perut begitu ye hehehehehe.

Kemudahan

Selain daripada bermandi manda dan berjimba di Splash Park dan kolam renang, terdapat pelbagai aktiviti dan kemudahan tersedia di Desaru Beach Resort & Spa.

Bagi mereka yang hendak memanjakan diri, boleh berehat di Lotus Spa yang tersedia di sini yang menawarkan perkhidmatan urutan, body scrub and wrap, glow, manicure and pedicure dan lain-lain.

Kalau datang ke Desaru Beach Resort & Spa tetapi tidak membuat aktiviti pantai macam tidak lengkap percutiannya kan kerana resort ini terletak di tepi pantai. Makanya boleh pilih mana-mana aktiviti rekreasi pantai dan laut yang bersesuaian dengan minat masing-masing. Boleh parasailing, naik jet ski, banana boat, family tube, boat ride, memancing dan sebagainya.

Ramai pengunjung yang mandi laut di sini.

Kalau macam den yang hanya hendak bermalas-malasan di tepi pantai, boleh berehat di kerusi yang disediakan sambil menantikan pemandangan matahari terbenam dan timbul. 

Aktiviti paintball dan memanah pun tersedia di sini.

Bagi mereka yang memang tidak boleh meninggalkan rutin bersenam di gymnasium boleh meneruskan aktiviti sihat anda di bilik gymnasium yang terletak berhadapan dengan kolam renang.

Tersedia lebih daripada 15 buah bilik mesyuarat yang boleh digunakan bagi tujuan perbincangan, mesyuarat, bengkel, seminar dan sebagainya.

Retail shops menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk kudapan serta keperluan lain bagi memastikan penginapan kita di Desaru Beach Resort & Spa santai dan ceria.

Ada banyak lagi sebenarnya aktiviti di sini. Ada wayang pacak dan lain-lain.

Den dan kawan-kawan berpeluang menyertai Line Dance yang diadakan di kawasan lapang di antara semua restoran yang ada (di hadapan Restoran Sea View) biasanya diadakan semasa cuti malam minggu dan cuti umum. Ianya ala-ala zumba macam tuh. Memang berpeluh sakan menari beramai-ramai. Happening sangat.

Pelbagai Pilihan Pakej

Boleh dikatakan Desaru Beach Resort & Spa menyediakan pelbagai pakej yang merangkumi keperluan semua termasuk mereka yang hendak bersantai, berehat, bekerja dan sebagainya.

Terdapat pakej Hari Keluarga, Sambutan Hari Lahir, Pertemuan Semula (Reunion), Perkahwinan, Bulan Madu, High Tea, Jabatan Kerajaan dan sebagainya.


Terdapat 3 pakej yang menarik perhatian den iaitu Pakej Membawang, Brunch By The Beach dan Work At The Beach. Memang awesome banget ye ketiga-tiga pakej ini.

Cara Perjalanan Ke Sini

Kebiasaannya kita memang akan datang ke sini bersama keluarga dan teman-teman dengan menaiki kenderaan sendiri tetapi sekiranya kita tidak mahu memandu sebab hendak berehat-rehat, kita boleh menaiki bas ekspress dari Terminal Bersepadu Selatan terus ke Perhentian Bas Bandar Penawar yang mengambil masa lebih kurang 5 jam. Dari Bandar Penawar, kita boleh mengambil grab atau teksi di mana perjalanannya adalah lebih kurang 10 minit ke Desaru Beach Resort & Spa ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Desaru Beach Resort & Spa, boleh layari:

Laman sesawang: www.lotusdesaru.com 

Facebook: https://www.facebook.com/Lotusdesarubeachresort/ 

Instagram: https://www.instagram.com/lotusdesarubeachresort

Telefon: 017-2031881 atau 07-8842800 samb 1901 

Email: rsvn@lotusdesaru.com

 

Selamat berehat, bersantai dan bergembira bersama keluarga dan teman-teman di Desaru Beach Resort & Spa.


 

 

0 Comments