Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Batam sememangnya mempunyai pelbagai tarikan untuk kita bersantai dan bercuti bersama keluarga bersama keluarga dan teman-teman. Di samping merupakan antara hub yang menghubungkan pulau-pulau lain yang terdapat di Kepulauan Riau, Batam sendiri menawarkan destinasi percutian yang merangkumi khazanah kebudayaan dan tradisi, alam semulajadi terutamanya pantai dan juga aktiviti membeli belah.

Terdapat pelbagai pilihan penginapan di Batam yang boleh disesuaikan dengan kehendak pengunjung.

Fave Hotel Nagoya Batam merupakan salah sebuah hotel yang menawarkan penginapan dengan akses yang mudah bagi semua kemudahan yang tersedia di Batam. Terletak di kawasan yang sedang di dalam pembangunan ini boleh dikatakan one stop center terutamanya bagi mereka yang hendak bersantai di hotel, makan-makan, membeli belah, mengurut dan sebagainya kerana di sekeliling hotel ini sendiri kita boleh membuat semua aktiviti ini dengan hanya berjalan kaki untuk sampai ke tempat-tempat tersebut.

 

Lokasi strategik 30 minit perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Batam Center Point International Ferry Terminal dan Harbour Bay merupakan destinasi yang sesuai untuk mereka yang hendak berehat dan juga bekerja. 

Bagi mereka yang datang ke Batam dengan agenda shop till you drop, Grand Batam Mall Nagoya Hill Shopping Mall, BCS Mall dan Lucky Plaza boleh diakses secara mudah dari Fave Hotel Nagoya Batam.

Soft Launching Fave Hotel Nagoya Batam

Kami berpeluang menghadiri Soft Launching Fave Hotel Nagoya Batam pada hari pertama kami menjejakkan kaki di Batam untuk program Batam Mega FAM Trip daripada 13 - 16 Julai 2022 anjuran pelbagai pihak di Batam yang diuruskan oleh Batam Tourism Promotion Board.

Kami disambut dengan paluan kompang, persembahan silat dan Tarian Sekapur Sirih yang begitu berseni sebelum mendengar ucapan daripada Pengurus Besar Fave dan Aston Hotel, Pengarah Batam Tourism Board, Batam Tourism and Culture Office serta Vice President Archipelago.

Selepas program perasmian disempurnakan dengan memotong pulut kuning, semua hadirin menjamu selera makan tengahari sambil dihiburkan dengan tarian Nona Singapura.

Penginapan di Fave Hotel Nagoya Batam

Terdapat dua (2) jenis bilik penginapan yang ditawarkan di Fave Hotel Nagoya Batam ini iaitu FaveRoom dan FabRoom.

Kami berkesempatan menginap di bilik FaveRoom selama dua (2) malam kami di Batam. Bilik dua katil single ini mempunyai balkoni yang menghadap bangunan berhadapan Fave Hotel Nagoya Batam ini.

Selesa banget bilik FaveRoom yang dilengkapi dengan semua kemudahan seperti katil empuk yang membuatkan kami hampir terlajak bangun pagi hehehehehhe, shower yang mantap - seronok ye mandi sambil menyanyi ria, pelbagai pilihan rangkaian siaran televisyen yang mengundang rasa berbelah bahagi samada hendak teruskan tengok macam-macam cerita atau hendak tidur, peti keselamatan, set kopi dan teh serta wifi yang awesome.

Sebagaimana namanya FabRoom, bilik ini memang fabulous sebab ianya lebih luas, mempunyai dapur dan ruang makan. 

Makanan

Kalau memang malas hendak keluar ke mana-mana, boleh berurusan dengan pihak hotel untuk penyediaan makanan ye.

 

Den berkesempatan makan sarapan dan tengahari di sini. Buffet spread nya lengkap dan sedap tersedia daripada appetizer, main course dan dessert. Den sarankan usah mengira kalori kalau berjalan sebab makanannya memang enak banget.

Kemudahan di Sekitar Hotel

Kalau tidak mahu makan di Fave Hotel Nagoya Batam, boleh sahaja makan di food court dan kopitiam yang terletak bersebelahan hotel.

Kami sempat mengurut di premis urut yang terletak bersebelahan hotel.

Memang one stop center Fave Hotel Nagoya Batam ni.

Untuk maklumat lanjut tentang Fave Hotel Nagoya Batam, boleh layari media sosial berikut ye:

Website: https://www.favehotels.com 

Facebook: https://www.facebook.com/favehotelNagoyaBatam 

Instagram: https://www.instagram.com/favehotelnagoyabatam/ 

Email: batamnagoyainfo@favehotels.com

Selamat mempertimbangkan Fave Hotel Nagoya Batam sebagai penginapan pilihan apabila bercuti ke Batam nanti ye.


 

0 Comments