Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Sekarang ni ramai di antara kita yang sememangnya memasukkan aktiviti berkaitan fitness, beriadah dan bersukan di dalam agenda mingguan atau bulanan dalam usaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan berkualiti.

Bila bersenam ni, pakaian yang bersesuaian memang sangat penting kan supaya pakaian tersebut tidak menyekat pergerakan dan memberikan keselesaan penuh sepanjang kita beraktiviti. Bagi den yang paling penting pakaian untuk bersenam harus selesa banget.

Jadinya den memang teruja bila AEON melancarkan Athleisure Brand Innercasual, iC yang dibuat daripada fabrik menggunakan teknologi Jepun.

Tiga (3) perkara yang den berkenaan dooh dengan Innercasual, iC ini adalah ianya:

1. selesa teruk. Memang fabrik yang sangat selesa. Rasa nyaman begitu. Sangat penting untu kita yang berada di iklim Khatulistiwa ini;

2. ringan. Tidak terasa pakaian tuh kat badan. Macam eh ‘aku pakai baju kan?’ hehehhehehe; dan

3. rekaan yang simple. Pakaian sukan memang molek begini biar santai begitu.

Innercasual, iC menjanjikan pakaian yang berkualiti dengan menerapkan tiga (3) konsep iaitu pakaian adalah sesuai untuk semua peringkat umur, saiz badan dan harga mampu milik.

Innercasual, iC diperkenalkan di Malaysia melalui tiga (3) gaya yang unik dan menarik iaitu:

1. ActiveWear - fun and functional;

2. PeaceFit - gaya hidup;

3. Sustainable - kolaborasi bersama pereka fesyen dan aktivis, Katherine Hamnett (pioneer in ethical fashion).

Saving The Planet tertera di kebanyakan pakaian Innercasual, iC yang membawa semangat untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dan bumi. Setiap rekaan menggunapakai fabrik mesra alam sekitar, kapas organic (ditanam di ladang yang tidak menggunakan baja kimia atau pestisid) serta tahan dipakai untuk jangka masa yang panjang.


Naoya Okada, AEON’s Deputy Managing Director semasa melancarkan Innercasual, iC begitu teruja berkongsi tentang rangkaian ini ‘innercasul is all about being comfortable while opting to be versatile and flexible in our way of life so the decision to ensure that the brand is brought to Malaysia is definitely a good fit with our lifestyle strategy’.

Fabrik Innercasual, iC yang unik memberikan rasa keselesaan serta merta daripada bahan yang silky soft and buttery yang membuatkan rasa nyaman dan elok terletak bila kita memakainya.  Fabrik ini juga menyerap peluh dan kering dengan cepat. Di samping fabrik yang ringan dan mudah lentur (stretchable) yang menyokong pergerakan, Innercasual, iC direka dengan ciri anti bau, anti bakteria dengan perlindungan daripada UV.

Pelancaran Innercasual, iC bersama TRIBE Boxing Studio, Low Ngai Yuen, AEON’s Chief Merchandise and Marketing Officer mengatakan kolaborasi bersama komuniti TRIBE yang mendukung aspirasi yang sama iaitu mengutamakan fitness bersekali dengan mengetengahkan gaya tersendiri. AEON memanggilnya sebagai fit-style

Tidak kira jenis bentuk badan dan gaya anda, Innercasual, iC menyokong semua melalui empat (4) cara iaitu fungsi, estetik, lestari dan mampu milik (functionality, aesthetic, sustainability and affordability).

Sempat ye den bersama rakan-rakan menyertai sesi latihan asas tinju bersama jurulatih TRIBE Boxing Studio. Walaupun caca merba tinju den tu tetapi tetap juga den gembira dapat sertai sesi ini.


Untuk maklumat lanjut tentang Innercasual, iC boleh layari:

Website: https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/innercasual 

Facebook: https://www.facebook.com/InnerCasualByAEONMalaysia

 Instagram: https://www.instagram.com/innercasual.my

0 Comments