THE WORKING DEAD MUSICAL, 18 JULAI - 4 OGOS, 8.30 MALAM (ISNIN-SABTU), 3.00 PETANG (AHAD), PENTAS 2, KUALA LUMPUR PERFORMING ARTS CENTRE, KUALA LUMPUR

22:29
Ha…gitu tajuknya. Dah lengkap bagitau pasal persembahan teater musical made in Malaysia bertemakan “adakah berbaloi kita mengorbankan kebahagiaan di dalam hidup seperti kasih sayang, keluarga, kesihatan dan sebagainya hanya kerana sebuah pekerjaan”.

Semalam den berpeluang menyaksikan persembahan The Working Dead Musical oleh KuLT Productions di KLPAC ni.
Sinopsis ringkas The Working Dead Musical. Edwin merupakan seorang pekerja korporat yang sangat berdedikasi dan sanggup bekerja sampai nak mati sebab nak menyediakan kehidupan yang lebih bahagia dan gembira untuk isterinya Sarah. Akibat asyik bekerja lebih masa, stress, etc, dia tiba-tiba meninggal dunia akibat serangan jantung. Boss dia, Mr Chan, mengupah bomoh untuk menghidupkan semula Edwin untuk sambung buat kerja. So jadi la si Edwin ni corporate zombie. Sarah dan kawan-kawan sepejabat Edwin cuba membetulkan situasi ni. 

Serba serbi tentang The Working Dead Musical ni memang awesome. Memang berbaloi mereka yang terlibat mengambil masa 2 tahun untuk menggarap hasil karya The Working Dead Musical ni.

Phenomenal, superb and awesome performance by all the talented casts. Check.

Talented sungguh depa ni k. Daripada Edwin sampai la ke tok bomoh. Setiap watak memang unik dan best. Even Derek yang kaki kipas tahap aircond kat pejabat tuh pun den terberkenan hehehehehe.

1Malaysia sangat barisan pelakon The Working Dead Musical ni. Terbaekkkkk la.

Semua boleh menyanyi sambil menari dengan marvellous. Serious depa ni boleh beat artis era sekarang nih ye baik segi berlakon dan juga nyanyian depa. Kalau masuk The Voice ni, mau keempat-empat coach pusing kerusi berebut depa ni.

Lantunan setiap dialog memang jelas dan padu (nih kena bagi kredit dekat sound system juga sebab memang perfect). Untuk orang yang English nya ala-ala level rempit cam den nih ha, memang boleh faham setiap butir dialog tuh.

Sungguh dah macam Broadway performance depa ni ye.

Hats off to Brian Cheong, Colin Kirton, Denise Yap, Iz Sulaini, Kirthana Kuhendran, Pryanka Rasa, Tina Isaacs, Zhafri Hassan, Zickry Yusof, and Zukhairi Ahmad. Memang meletops kau memang dabomm la korang ni.

Ramai rupanya artis berbakat macam depa ni yang den tak pernah tau. Dah macam hidden treasure camtuh depa ni.
Engaging and realistic storyline. Check.

Persembahan The Working Dead Musical yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit ni will easily beat mana-mana drama pukul 7 malam sebab not only the casts are fabulous tetapi jalan ceritanya tuh reality sangat, memang kita boleh relate sebab berkait sungguh dengan kehidupan harian kita. (memang bukan spesies jalan cerita anak Dato jatuh cinta dengan orang gaji ke gadis kampung naïve nak mampus macam kan dia duduk dalam gua tapi cinta terhalang sebab darjat atau dipaksa kahwin bagai tuh).

Ada scenes memang buat bulu roma meremang sebab memang touching habis lagi-lagi masa Sarah and Edwin saying goodbye.
Catchy and on point script, dialog and writing. Check.

‘If you want to die, please apply two weeks in advance yar’. Ha...gitu kata boss dalam pementasan The Working Dead Musical ni. Terngiang-ngiang dialog ni dalam kepala den sampai hari ni hehehehehe.

Mampu masukkan pantun dalam jampi serapah nak hidupkan orang mati? The Working Dead Musical did it effortlessly. Elok je pantun ‘pecah kaca pecah gelas sudah baca mesti balas’ diolah bersama mantera bagi menyeru zombie.

Malu apa bosskur, SST, GST, Malaysia Baru pun ada hehehhehe.

Baru den tau ada Universiti Bomoh Malaysia (UBM) hehehhehe. Patut den apply sambung belajar kat sini dulu. Senang sikit nak cast a spell untuk orang yang patut-patut hehehehee.

Bahasa Inggeris yang digunakan memang yang sempoi habis sampai den yang kadang-kadang terlupa sikat tuh dalam Bahasa Inggeris nya apa pun boleh faham. Serious simple English yang memang boleh faham.
Great scores and music arrangements. Check.

Ada lebih 20 lagu dipersembahkan dalam The Working Dead Musical ni

Dah nama musical kan, memang la penuh dengan lagu tapi every single song memang super awesome. Baik dari segi muzik atau susunan lagu tuh sendiri dan juga liriknya. 

Mampu korang masukkan ayat ‘our former PM went to jail’ dan ‘semua benda asyik naik tapi gajinya dok takuk itu juga’ tapi sedap bunyinya dan sepadan je dengan lagu? Ha…The Working Dead Musical did it nicely.

Lagu curi tulang masa bekerja pun best heheheheehhe. Steal Some Bones tajuknya. 

Dah macam lagu-lagu Disney pun ye especially untuk lagu Give Me A Little Time, Dare To Dream dan A Dream So Big. Lirik pun puitis je. 

Lagu Deadlines dah stuck kat kepala den nih pula dah hahahahhahahaa.

Yang paling unik dan menyebabkan persembahan The Working Dead Musical ni extra ummphh adalah muziknya live (secara langsung) gitu. Memang boleh tercopot-copot la jantung bila sampai scene yang mendebarkan tuh sebab melantun-lantun muziknya tuh. 

Awesome Choreographer. Check.

Setiap scene yang ada sesi menari memang best la. Tak tau apa lagi nak cakap.

Even bila hampir semua jadi zombies pun elok molek je gerak tarinya tuh.

Zombies dancing buat den teringat kat Thriller Michael Jackson.

Boleh dikatakan semua aspek dalam pementasan The Working Dead Musical ni adalah perfect bagi den termasuklah costume design, etc.

Cukup rencah, cukup perisa The Working Dead Musical ni. Kisah realiti yang ada humor, sedih, gembira, etc.

Jalan cerita The Working Dead Musical ni kena setepek kat muka gitu hehehhehee. Prop punch card tuh tak bleh blah. Punch card kuning dengan mesin punch card tuh adalah sinonim beno dengan orang gomen yar. Den la tuh salah sorang daripadanya.

Punya la dok focus tengok The Working Dead Musical ni sampai sempat ambil gambar sekupang dua je.

Serious korang wajib tengok musical ni sebab sangat berbaloi. Paling kurang sekali harus tengok k.

Den bagi markah/bintang penuh untuk The Working Dead Musical ni. Tahniah kepada semua yang terlibat dengan pementasan ni. Korang memang inspiring dan awesome.

Den ada rasa nak ulang tengok ni.

The Working Dead Musical ni dah jatuh kategori wajib dipentaskan di segenap pelusuk negeri di Malaysia sebab memang best kerana membawa cerita yang dekat di hati rakyat dan reality kehidupan pada hari ini. 

Selayaknya The Working Dead Musical ni menjadi kebanggaan kita sebab setiap aspek pementasan ni daripada kreatif dan teknikal, semuanya 100% Malaysian made. Ramai orang kita berbakat cuma kita yang tak tau, tak nak ambil tau atau tak nak bagi peluang. Serious wei berbakat deme ni semua.

The Working Dead Musical ni patut mendapat tajaan dan sokongan Kementerian Pelancongan Kebudayaan Malaysia, Jabatan Kebudayaan Negeri, etc agar dapat diberi peluang untuk dipersembahkan kepada lebih ramai rakyat jelata.

Korang jangan lepaskan peluang tengok super awesome musical made in Malaysia ni ye. Maklumat penting tentang pementasan The Working Dead Musical.

Tarikh: 18 Julai - 4 Ogos 2019

Masa: 8.30 pm (Isnin - Sabtu) dan 3 pm (Ahad)

Tempat: Pentas 2, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC)

Tiket: RM88. 

Bagi Selasa dan Rabu, RM68 bagi pelajar, warga emas dan OKU.

Tiket boleh dibeli di Protiket https://proticket.com.my/klpac-the-working-dead/

Boleh juga dapatkan details tentang show ni di https://www.facebook.com/workingdeadmusical/

Jom support The Working Dead Musical.

No comments:

Powered by Blogger.