The Blanket Hotel, Seberang Jaya

Antara hotel bajet yang budak-budak berkenan sebab ada bath tub. So sakan la depa dok berendam sakan di dalam bath tub tuh sampai kecut-kecut. Dihambat keluar baru depa nak keluar dari situ.
Hotel bajet yang macam masih baru yang bagi den memang memuaskan hati sebab bersih, kemas dan selesa. Itu yang paling penting pun kat mana-mana tempat penginapan yang kitaorang bermalam.

Biliknya sederhana besar. So selesa untuk kitaorang 4 beranak.
Kemudahan yang biasa ditemui di mana-mana bilik di hotel bajet ada di sini termasuklah televisyen, mini fridge, kettle, etc.

Bilik air pun best sebab ada bath tub tuh hehehhehe.
Yang uniknya hotel ni adalah ruang lobinya yang sempoi dan menarik. Suka budak-budak duduk dekat kerusi berbentuk mulut tuh.
Walaupun hotel bajet tapi ada welcoming drink ye. Menarik kan?

Hotel ni sesuai untuk semua sebab ada lif. 
Antara hotel yang terbaik den pernah menginap di Seberang Jaya.

4 comments:

  1. Kami pun kalo cari hotel, kalo boleh cari yang ada bath tub. Hiburan anak-anak. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camtuh la kita omak-omak nih kan? Yang penting budak-budak happy.

      Delete
  2. Deco dalam dia nampak menarik.. takdelah nampak macam hotel budget.. berkenan betul hotel macam ni.. selesa je tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selesa, bersih dan kemas. Harga pun mampu milik. Memang ksarie rekomendasikan hotel ni kalau ke Seberang Jaya

      Delete

Powered by Blogger.