Pergi Tak Kembali

Cerita tentang kehilangan orang yang agak rapat dengan kita memang tak akan pernah menjadi sesuatu yang mudah untuk dinukilankan. 

This is one of those entry.

Cubaan mengarang pula dibuat sambil mendengar lagu-lagu yang memang den tau Allahyarham suka. Memang menambah kesukaran untuk mencoretkan rasa dan kenangan.

Hari ini merupakan hari kelima kawan sepejabat den kembali ke rahmatullah.

Hampir lima hari ni juga kepala den agak weng sebab masih macam tak percaya Allahyarham dah takde, dok terkenang-kenang kat Allahyarham because he was our family who isn’t blood. Beberapa kali bila terjaga dari tidur terus teringat kat Allahyarham. Ayaq mata toksah cerita. 

Sebenarnya tak tau nak tulis apa sebab ada banyak sangat cerita, kenangan, etc. 

This will be a very long entry.

Tak ramai orang ada rezeki jumpa sahabat di pejabat. Lagi extra sahabat yang dijumpai turut menjadi sahabat buong. He was a family friend to us gitu.
Beza umur kitaorang dengan Allahyarham adalah 16 tahun. So Allahyarham memang macam the cool uncle or the big bro that we never had before.

Persahabatan yang hampir 16 tahun sepanjang den dan Allahyarham bekerja di pejabat ni memang antara persahabatan yang den sangat hargai.

Allahyarham kat ofis memang legend, otai yang expert sangat pasal hal-hal kat site. Rajin naw menolong dan menjebakkan diri di dalam program dan aktiviti pejabat walaupun masa Allahyarham dah mula kurang sihat. Den memang selalu bising-bising kat Allahyarham sebab dok kerja bersungguh-sungguh walaupun dah mula sakit.

He was an outdoor and adventure person. Memang kerja-kerja site, randuk sungai, program cari invertebrate dalam sungai, siasatan pencemaran, etc tuh mainan Allahyarham. He was so talented and knowledgeable.

Allahyarham was a person who always spread hope, love, happiness and kindness.
Seorang yang sangat bermurah hati. Rasanya sepanjang bersahabat ni, tak pernah langsung den bayar kalau kitaorang keluar makan sama-sama. Memang Allahyarham yang akan bayar. 

Masa den dan buong pindah rumah, Allahyarham tolong kemas dan angkat barang.

Masa den dan buong buat kenduri masuk rumah, Allahyarham yang sibuk bagaikan bapa pengantin make sure semua food cukup, etc.

Buong teringat pernah mandi manda dekat Sungai Gombak dengan Allahyarham.

He was a foodie. Suka sangat bawa den, buong, kawan-kawan sepejabat makan kat tempat yang kadang-kadang memang kitaorang tak tau kewujudannya. Kedai ikan cencaru kat Petaling Jaya tuh will always reminded me of him. 

He was one of my travel buddies. We and a few other friends went to Bukit Tinggi (2009), Bandung (2012) and Jogjakarta (2017).

Kitaorang plan nak pergi ke India in 2020.
Trip yang tidak kesampaian
Allahyarham layan je den dan konco-konco yang dok merancang nak ikut ke Jepun sebab anak Allahyarham ada belajar kat sana.

Allahyarham mempunyai tulisan yang paling cantik yang den pernah jumpa di dalam hidup den. Den tak pernah terfikir nak minta Allahyarham tulis kata-kata hikmah, pesanan, pantun or at least lirik lagu untuk den sepanjang kitaorang berkawan tuh. Sekarang ni, tiada satu pun tulisan Allahyarham den dapat simpan buat kenangan.

Bila Allahyarham meninggal dan ofis minta gambar-gambar arwah untuk buat tribute, den baru tersedar kali terakhir den bergambar dengan arwah adalah pada 1 Mei 2017 semasa trip ke Jogjakarta. That was 2 years ago.

Tak pernah terdetik pun kat hati den nak bergambar dengan Allahyarham walaupun ada je Allahyarham datang melepak kat bilik den untuk sesi gossipan, kitaorang keluar makan sama-sama, etc.
Tak tau kenapa dalam banyak-banyak gambar kitaorang, den paling suka gambar ni. Di Bukit Tinggi, 2009. 10 tahun lepas.
Banyak sangat benda yang tak sempat nak dibuat kalau dihitung-hitung.

Dah la den ni memang old school at heart. Hampir semua lagu yang Allahyarham suka den suka sebab lagu-lagu dulu banyak yang best-best kot. There will definitely be time when I listen to the songs, den akan terpleot.

Banyak lagi cerita dan kenangan but I have to stop here. I am heartbroken.

I really thought we have more time.

He was diagnosed with cancer on 7th May 2019. A few days before his 57th birthday.

Masa Allahyarham sakit, den sempat ziarah Allahyarham beberapa kali but I didn’t really sit down and have heart to heart talk with him. 

I never got the chance to say thank you for all the friendship, guidance, love, memories, etc.

I never got the chance to say I am sorry for all my wrongdoings to him.

I never got the chance to say goodbye.

But I guess there will never be the right time to say goodbye.

To my dear forever and special friend, Zolhezam bin Mohammed Yusoff, may Allah granted you the highest jannah.

You will forever and always be in my doa, in sya Allah.

Al-Fatihah.

2 comments:

  1. إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎ (ʾinnā lillahi waʾinnā ʾilayhi rājiʿūna).
    “We surely belong to Allah and to Him we shall return”

    My most heartfelt condolences. Remembering his wonderful and gentle soul will forever remain in your hearts. May he rest in peace! A good heart has stopped beating, a good soul ascended to heaven.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnnn. Thank you Abam Kie atas doanya.

      Delete

Powered by Blogger.