Kalibiru Jogjakarta
Lepas check out dari hotel, kitaorang terus
ke Kalibiru. MPV hanya boleh sampai kat kaki bukit sahaja. Kita memang perlu
sewa jeep untuk naik ke kawasan tinggi, tempat untuk kita mengambil gambar
dengan sakannya.
Kitaorang sewa 2 buah jeep. Sebuah jeep untuk
4 orang penumpang. Masa dalam perjalanan untuk sampai ke tempat mengambil
gambar tuh, kitaorang bersembang dengan owner jeep tuh (kebetulan pula dia yang
jadi supir untuk jeep kitaorang). Dia maklumkan bahawa semalam atau kelmarin ada
jeep yang jatuh di tepi cenuram tuh, nasib baik tiada kematian. Ngeri oooo
dengar info macam nih. Memang jalan untuk sampai ke puncak tuh agak ngeri
dengan sempitnya. Memang bergantung harap pada skill pemandu jeep tuh.
Dia cerita yang dia dulu pernah kerja kat
Malaysia selama beberapa tahun. Balik je Jogjakarta, dia dapat beli beberapa
buah jeep hasil daripada gaji semasa bekerja kat Malaysia lalu membuka
perniagaan sewa jeep bagi perjalanan ke Kalibiru. Cemerlang sangat kan? Ada
target dalam hidup dia. Kerja bersungguh-sungguh kat Malaysia supaya dapat buat
perniagaan sendiri bila balik ke Jogjakarta. Macam mana den nak dapat semangat
macam nih ye? Hmmmmmmmm.
Dalam 10 minit juga dari tempat sewa jeep tuh
nak sampai ke tempat letak kereta sebelum entrance masuk untuk mengambil gambar
tuh.
Dari tempat letak kereta tuh, kita kena
berjalan kaki mendaki bukit sejauh lebih kurang 150 meter. Walaupun jalan
adalah jalan tar tetapi disebabkan kena mendaki bukit, makanya den
termengah-mengah la juganya. Sampai je di kaunter tiket yang den dah terlupa
berapa harga tiket bagi setiap seorang tuh, memang la kena berehat sebentar
mengambil nafas sebelum meneruskan perjalanan mendaki bukit lagi untuk sampai
di check point pertama untuk mengambil gambar dengan pemandangan cantik tuh.
Semasa kitaorang pergi ke Kalibiru nih
dimaklumkan ada 4 check points untuk bergambar semuanya di mana di setiap check
point tuh. Di check point pertama, kita dikenakan bayaran untuk bergambar di
situ. Disediakan jurugambar di situ yang akan mengambil gambar kita. Setiap
keping gambar dijual dengan harga RM 1.50 kalau den tak silap yang mana
gambar-gambar nih akan dipindahkan dari laptop mereka ke dalam handphone kita.
Jurugambar akan ambil gambar kita beberapa
keping. Terpulang pada kita nak beli berapa keping gambarnya.
Mungkin disebabkan check point pertama nih
adalah check point yang mula-mula sekali kita akan jumpa selepas mendaki bukit
dari kaunter tiket + pelantar yang disediakan untuk bergambar adalah lebih
besar, makanya ramai orang nak mengambil gambar di sini.
Kitaorang kena beratur untuk mengambil
giliran bagi bergambar di sini. Sementara menunggu giliran kitaorang dipanggil,
kitaorang bergambar di sekitar kawasan nih sebab di mana-mana pun terdapat
pemandangan indah.
![]() |
| Check Point 1 |
Disebabkan den adalah super penakut, agak
berdebar jugak masa panjat tangga yang disediakan untuk naik ke pelantar untuk
bergambar.
Di semua pelantar untuk mengambil gambar,
semua orang wajib memakai harnest yang diikat dengan kabel bagi tujuan
keselamatan.
Kat sini kami ambil gambar berkumpulan
sebelum jurugambar mengambil gambar setiap seorang.
| Group photo |
| Memang cantik la gambar yang photographer ambil sebab warna dia nampak terang |
Disebabkan kitaorang mengejar masa, kitaorang
ambil gambar di 2 check points je. Check point pertama dan check point kelopak
bunga. Di check point kelopak bunga, pun dikenakan bayaran yang den dah terlupa
berapa. Kemudiannya kita akan dicaj berdasarkan berapa keping gambar yang kita
nak download dalam handphone kita.
Di check point kelopak bunga nih, ruang untuk
kita naik ke pelantar tuh adalah sangat kecil k. Masa den naik tuh, punggung
den ngam-ngam je lepas ruang untuk sampai ke pelantar. Kalau sesiapa yang ada
punggung ala-ala Kim Kadarshian memang la tak lepas nak ambil gambar di
pelantar nih.
Di antara check points nih jaraknya agak
boleh tahan naik turun trail yang elok la dibuatnya. Ada beberapa kedai menjual
air minuman dan makanan macam pisang goreng, etc.
Aktiviti flying fox dan merentasi titian
gantung juga disediakan di Kalibiru nih tapi ahli rombongan seorang pun tidak
berminat nak joint aktiviti nih sebab semuanya sibuk bergambar dengan jayanya.
Lepas sakan bergambar, masa on the way
berjalan balik ke tempat letak kereta, den singgah sebentar beli anak ketam dan
udang celup tepung. Sedap jugak sebab panas-panas baru goreng dan crunchy. Krup
krap krup krap kitaorang makan.
Den rasa tempat nih memang menarik untuk
disinggah kalau kita datang ke Jogjakarta sebab ada superb breathtaking view.
Cumanya untuk orang tua dan sesiapa yang ada anak kecil macam kurang sesuai
sebab nak kena berjalan agak jauh + kena memanjat tangga untuk pelantar ambil
gambar + kalau anak-anak suka bergelinjangan macam anak-anak den, agak bahaya
sebab tepi gaung kan tempatnya.
In sya Allah bila ada rezeki untuk datang ke
Kalibiru lagi, den harap dapat mengambil gambar di semua check point yang ada.























2 Comments
Aiiiiih saya saja belum pernah tahu ke Kalibiru kak 🤣. Kakak malah sudah. Kalibiru ini awal2 belum terkenal, sepiiiii. Dari cerita teman saya yg memang suka wisata ke Jogja. Saya lihat foto2 dia memang menarik. Blm ada penyewaan Jeep atau spot foto macam di atas dulu.
ReplyDeleteDan waduk(reservoir) yg terlihat dari atas itu banyak cerita mistisnya hahahahah.
Tapi wajarlah, kalo tak ada cerita legenda, macam tak seru kan 😁
Tempat yang ada cerita lagenda memang ada tarikan tersendiri. Extra seru begitu. Sekarang mungkin bertambah lagi tarikan di sini ye
Delete