Lepas check out dari hotel, kitaorang terus ke Kalibiru. MPV hanya boleh sampai kat kaki bukit sahaja. Kita memang perlu sewa jeep untuk naik ke kawasan tinggi, tempat untuk kita mengambil gambar dengan sakannya.
 
Kitaorang sewa 2 buah jeep. Sebuah jeep untuk 4 orang penumpang. Masa dalam perjalanan untuk sampai ke tempat mengambil gambar tuh, kitaorang bersembang dengan owner jeep tuh (kebetulan pula dia yang jadi supir untuk jeep kitaorang). Dia maklumkan bahawa semalam atau kelmarin ada jeep yang jatuh di tepi cenuram tuh, nasib baik tiada kematian. Ngeri oooo dengar info macam nih. Memang jalan untuk sampai ke puncak tuh agak ngeri dengan sempitnya. Memang bergantung harap pada skill pemandu jeep tuh.

Dia cerita yang dia dulu pernah kerja kat Malaysia selama beberapa tahun. Balik je Jogjakarta, dia dapat beli beberapa buah jeep hasil daripada gaji semasa bekerja kat Malaysia lalu membuka perniagaan sewa jeep bagi perjalanan ke Kalibiru. Cemerlang sangat kan? Ada target dalam hidup dia. Kerja bersungguh-sungguh kat Malaysia supaya dapat buat perniagaan sendiri bila balik ke Jogjakarta. Macam mana den nak dapat semangat macam nih ye? Hmmmmmmmm.
Dalam 10 minit juga dari tempat sewa jeep tuh nak sampai ke tempat letak kereta sebelum entrance masuk untuk mengambil gambar tuh.

Dari tempat letak kereta tuh, kita kena berjalan kaki mendaki bukit sejauh lebih kurang 150 meter. Walaupun jalan adalah jalan tar tetapi disebabkan kena mendaki bukit, makanya den termengah-mengah la juganya. Sampai je di kaunter tiket yang den dah terlupa berapa harga tiket bagi setiap seorang tuh, memang la kena berehat sebentar mengambil nafas sebelum meneruskan perjalanan mendaki bukit lagi untuk sampai di check point pertama untuk mengambil gambar dengan pemandangan cantik tuh.


Semasa kitaorang pergi ke Kalibiru nih dimaklumkan ada 4 check points untuk bergambar semuanya di mana di setiap check point tuh. Di check point pertama, kita dikenakan bayaran untuk bergambar di situ. Disediakan jurugambar di situ yang akan mengambil gambar kita. Setiap keping gambar dijual dengan harga RM 1.50 kalau den tak silap yang mana gambar-gambar nih akan dipindahkan dari laptop mereka ke dalam handphone kita. 

Jurugambar akan ambil gambar kita beberapa keping. Terpulang pada kita nak beli berapa keping gambarnya.

Mungkin disebabkan check point pertama nih adalah check point yang mula-mula sekali kita akan jumpa selepas mendaki bukit dari kaunter tiket + pelantar yang disediakan untuk bergambar adalah lebih besar, makanya ramai orang nak mengambil gambar di sini. 

Kitaorang kena beratur untuk mengambil giliran bagi bergambar di sini. Sementara menunggu giliran kitaorang dipanggil, kitaorang bergambar di sekitar kawasan nih sebab di mana-mana pun terdapat pemandangan indah.
Check Point 1

Disebabkan den adalah super penakut, agak berdebar jugak masa panjat tangga yang disediakan untuk naik ke pelantar untuk bergambar. 

Di semua pelantar untuk mengambil gambar, semua orang wajib memakai harnest yang diikat dengan kabel bagi tujuan keselamatan.

Kat sini kami ambil gambar berkumpulan sebelum jurugambar mengambil gambar setiap seorang.
Group photo
Memang cantik la gambar yang photographer ambil sebab warna dia nampak terang
Disebabkan kitaorang mengejar masa, kitaorang ambil gambar di 2 check points je. Check point pertama dan check point kelopak bunga. Di check point kelopak bunga, pun dikenakan bayaran yang den dah terlupa berapa. Kemudiannya kita akan dicaj berdasarkan berapa keping gambar yang kita nak download dalam handphone kita.

Di check point kelopak bunga nih, ruang untuk kita naik ke pelantar tuh adalah sangat kecil k. Masa den naik tuh, punggung den ngam-ngam je lepas ruang untuk sampai ke pelantar. Kalau sesiapa yang ada punggung ala-ala Kim Kadarshian memang la tak lepas nak ambil gambar di pelantar nih.

Di antara check points nih jaraknya agak boleh tahan naik turun trail yang elok la dibuatnya. Ada beberapa kedai menjual air minuman dan makanan macam pisang goreng, etc.

Aktiviti flying fox dan merentasi titian gantung juga disediakan di Kalibiru nih tapi ahli rombongan seorang pun tidak berminat nak joint aktiviti nih sebab semuanya sibuk bergambar dengan jayanya.

Lepas sakan bergambar, masa on the way berjalan balik ke tempat letak kereta, den singgah sebentar beli anak ketam dan udang celup tepung. Sedap jugak sebab panas-panas baru goreng dan crunchy. Krup krap krup krap kitaorang makan.

Den rasa tempat nih memang menarik untuk disinggah kalau kita datang ke Jogjakarta sebab ada superb breathtaking view. Cumanya untuk orang tua dan sesiapa yang ada anak kecil macam kurang sesuai sebab nak kena berjalan agak jauh + kena memanjat tangga untuk pelantar ambil gambar + kalau anak-anak suka bergelinjangan macam anak-anak den, agak bahaya sebab tepi gaung kan tempatnya.

In sya Allah bila ada rezeki untuk datang ke Kalibiru lagi, den harap dapat mengambil gambar di semua check point yang ada.

#kan bagus kalau di tempat macam zoo, taman tema, tempat peranginan, etc di Malaysia ni melaksanakan konsep RM 1.50 untuk setiap gambar yang diambil yang dimuat turun dalam handphone kita daripada laptop pengurusan. Tak perlu la caj sampai RM 35 bagi setiap gambar yang diprint. Kalo print atas mug kena caj sampai RM 50. Kadang-kadang harga gambar lagi mahal daripada entry ticket. RM 35 untuk sekeping gambar agak mahal untuk den.

2 Comments

  1. Aiiiiih saya saja belum pernah tahu ke Kalibiru kak 🤣. Kakak malah sudah. Kalibiru ini awal2 belum terkenal, sepiiiii. Dari cerita teman saya yg memang suka wisata ke Jogja. Saya lihat foto2 dia memang menarik. Blm ada penyewaan Jeep atau spot foto macam di atas dulu.

    Dan waduk(reservoir) yg terlihat dari atas itu banyak cerita mistisnya hahahahah.

    Tapi wajarlah, kalo tak ada cerita legenda, macam tak seru kan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yang ada cerita lagenda memang ada tarikan tersendiri. Extra seru begitu. Sekarang mungkin bertambah lagi tarikan di sini ye

      Delete