BookXcess Ipoh (Kong Heng)

13:17
Mengakhiri short trip ke Perak sebelum balik ke pangkal jalan, sempat juga den singgah ke BookXcess Kong Heng yang terletak di Kong Heng Square, Ipoh.
Apa specialnya BookXcess Kong Heng ni?

A former bank vault turned into bookshelves.

Memang klasik dan unik.

Berenyut-renyut buku diletakkan di dalam peti besi lama di tingkat bawah. Kena turun tangga baru jumpa bank vault ni ye.

Melepak kat sini terasa macam jadi pelakon tambahan bagi movie yang buat plan nak merompak peti besi bank hehehehehehehe.
Yang lebih unik ada 1 bilik khas yang menempatkan gambar-gambar hasil bidikan kamera oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Disediakan sekali tempat untuk bersantai untuk menonton tayangan iklan-iklan hasil garapan pengarah tersohor ini. 1 jam perlu diperuntukkan untuk semua iklan ni. Den tak sempat tengok sebab buong dok tunggu dalam kereta di tepi jalan huhuhuhu.
Sebuah bilik dikhaskan bagi poparts gallery yang dicoretkan bersama famous quotes daripada superheroes, legendary characters from movies, etc.
Of course semua buku yang ada di sini harganya diskaun kaw-kaw sama seperti franchise BookXcess di tempat lain. 
Novel yang biasanya harga RM35.90 di kedai buku boleh dapat harga RM15.90 kat sini.

Semua genre ada di sini. Cuma nak cari masa nak melepak lama kat sini browse semua buku yang dok ada.
In sya Allah will try to find time to return to this book heaven.

2 comments:

  1. Menariknye. Bank Vault dijadikan BookXcess. I selalu pergi yang dekat Tamarind Square tu je. Tu pun berjam gak duk dalam tu. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah ulat buku camtuh la ye. Memang akan berlama-lamaan kat mana-mana kedai buku hehehehehehhe.

      Delete

Powered by Blogger.