Pia's the Padi, Langkawi

Den baca reviews di Trip Advisor yang mengatakan Pia's the Padi ni adalah antara restoran wajib untuk kita menjamu selera kalau ke Langkawi lagi-lagi kalau konsep kita nak makan adalah dining with a view gitu.

Kat Pia's the Padi ni korang boleh lunch and dinner with a view je k sebab dia takde breakfast dan opening hours nya pun adalah pada 2 masa ni je k.

Tempat dia den memang bagi markah penuh sebab di kelilingi sawah padi walaupun padi tuh di luar pagar restoran hehehehehehe. Restoran memang santai, luas dan bersih, bercirikan tradisional dan suasana kampung. 
A restaurant in the paddy field gitu.

Ada banyak sangat menu k. Memang terkulat-kulat la sekejap membaca senarai menu yang boleh membuatkan lidah tergeliat hehehhhehee. Lobster semua ada la kat sini. Ada western food dan juga masakan orang Malaysia. Boleh pilih nak makan buffet ke ala carte. 
Disebabkan kitaorang ni deria rasa nak makan pun macam dah tak beberapa nak ada, kitaorang pilih seafood butter massala dan dessert pancake with ice cream atau cakap omputihnya lempeng bubuh eskrem.
Food dia bagi den sodap aje la cuma harganya agak hipster la untuk den hahahahahaha.

Biasa makan kat kedai mamak alih-alih menjamu selera dekat restoran yang dapat reviews mantop daripada Trip Advisor kan, harus la terkujat tengok harga macam tuh kihkihkihkih.

Den paling suka lempeng aiskrim tuh. Biasa la tekak orang tuh macam ni la ye. 

Budak-budak happy kat sini sebab depa adalah agak jakun tengok padi tengah menguning. Bila cakap nasi yang kita makan berasal daripada pokok padi tuh depa pandang den macam kan den kelentong depa heheehehhehee.
Kombinasi gaya Beyonce (topi) dan JayZ (peace yo)
Kalau korang nak lunch atau dinner di sini, boleh dapatkan info kat bawah ye:


Waktu Operasi: 12 tengahari - 3 petang dan 6 petang - 9 malam (Isnin  Ahad)

Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
  
Telefon: 012-4933713

No comments:

Powered by Blogger.