Putera Gunung Tahan oleh Pak Sako

13:00
Saya menulis Putera Gunung Tahan khusus sebagai alat perjuangan menuntut kemerdekaan, keadilan dan menghalau penjajah”.

Buku setebal 110 muka surat ini ditulis pada tahun 1937 iaitu 20 tahun sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Walaupun den baru baca buku ni semalam iaitu selepas 82 tahun buku ini ditulis, tetap la jua apa yang Pak Sako sampaikan berkenaan tingkah laku orang Tanah Melayu terutamanya orang Melayu masih terpakai sehingga sekarang melalui bait karangan yang begitu menyentap hati.

Buku yang simple melalui penceritaan pengembaraan tuan Robert dan William ini walaupun boleh dibaca sekali hadap, pengajaran daripada penceritaan tersebut melalui sindiran tajam Pak Sako sebenarnya yang mencengkam jiwa.

Walaupun kita tidak dijajah oleh penjajah secara fizikal lagi buat masa sekarang, tetapi kita tetap dijajah daripada segi pemikiran dan emosi, kita masih lagi terpengaruh dan nak meniru budaya barat atau mana-mana budaya yang tidak elok dan membawa lebih banyak kesan negative.

Paling den terkesan adalah dialog Ratu Bongsu di muka surat 65 yang mengatakan “saya sekali-kali tidak akan membenarkan dan menjualkan tanah air saya yang secebis ini walaupun dibayar dengan harga setinggi gunung ini (Gunung Tahan) atau walaupun diberi gelaran yang panjang-panjang dan dianugerahkan oleh kerajaan tuan bintang kebesaran berpuluh-puluh butir”.

Novel ini memberi peringatan secara halus kepada kita semua tentang:

1. kedudukan raja dan pembesar Melayu yang berada di telunjuk penjajah;

2. bahaya pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita;

3. orang kita sendiri mungkin lebih mementingkan keuntungan berbanding kerosakan yang akan berlaku kepada anak bangsa dengan sesuatu pembangunan/projek/keputusan, etc;

4. jangan terlalu percaya kepada orang dagang. Ini mengingatkan den kepada cerita semasa Melaka ditawan Portugis di dalam Kitab Tamadun Melayu oleh The Patriots. Orang yang berdagang di Melaka terutamanya this one specific ethnic tidak membantu mempertahankan Melaka walaupun bersahabat baik dengan Melaka semasa keadaan aman. Benar sungguh pesanan jangan terlalu percaya kepada orang dagang ni;

5. dalam sesetengah situasi, sesiapa yang hanya go with the flow walaupun salah (menurut sahaja dan tidak membantah kesalahan atau kerosakan yang berlaku) akan cepat naik pangkat, dapat gaji lebih, dapat habuan, etc. 

Banyak lagi sebenarnya pesanan Pak Sako di dalam buku ini.

Walaupun den terlambat nak membaca buku ni, tetap la jua den kagum kerana semangat patriotism Pak Sako melalui penulisan buku ini sebenarnya masih boleh terpakai untuk situasi Malaysia sekarang ini. Banyak pesanan di dalam sindirannya yang menusuk kalbu.

No comments:

Powered by Blogger.