Don Hu Jurassic Park Garden Muar

Sejak-sejak tempat nih viral dalam FB, makanya den selaku omak yang selalu super excited lebih daripada anak-anak berangan la nak membawa kiddos ke sini.

Makanya 31 Ogos lepas di kala semua dok menengok perbarisan kemerdekaan bagai, kitaorang sekeluarga melawat taman dinosaur di dalam nursery pokok yang terletak kat Muar nih.

Masa kitaorang pergi tuh, untuk parking dan masuk ke kawasan nih masih percuma. Mungkin sebab tempat nih belum fully develop gamaknya. Ada anggota Rela akan guide kita untuk parking di mana. Ada kawasan parking berbumbung dan ada parking di kawasan terbuka.

Uniknya tempat nih adalah 3 perkara:

1. ada replika pelbagai spesies dinosaur di taman nih (ada lebih kurang 20 ekor dinosaur). Ada sebahagiannya yang kita bley bergambar sambil pegang-pegang dinosaurs tuh (nih dekat kawasan luar tempat jualan souvenirs) + ada dinosaurs yang bley bergambo dari agak kejauhan (di dalam kawasan tempat jualan souvenirs);
Kiddos menyorok bawah perut Brachiosaurus sebab panas berdenting-denting
Spesies Pachi dalam Walking With Dinosaurs
Antara dinosaurs yang berada di luar tempat jualan

Dinosaurs di dalam kawasan jualan souvenirs:

2. jualan souvenirs bertemakan dinosaurs daripada tshirt, set baju tidor, patung dinosaurs pelbagai saiz dan spesies, keychains, frame gambo, bag, etc yang in sya Allah bermula daripada harga mampu milik serendah RM 4 sehingga harga buntang bijik mata beratus-ratus. Serious banyak gila patung dinosaurs sampai berpinar-pinar bijik mata nak memilihnya; dan
Tiba-tiba terselit jualan mee siput di antara dinosaurs tuh

3. pada masa-masa tertentu akan ada orang yang pakai costume/replika dinosaur dan berjalan-jalan di dalam kawasan jualan souvenirs tuh. Kita bley bergambo dengan dinosaurs nih jugak.
Depa dua nih tetap terkesima walopun dah berapa kali tengok dinosaurs

Cuma disebabkan kawasan nih dalam kawasan nursery pokok, memang agak panas berdenting-denting walopun kita duduk kat dalam kawasan jualan dinosaurs tuh k.

Ada jualan air dan ais krim kat sini yang untuk membantu kita menghilangkan dahaga sambil menunggu anak-anak yang dok rambang mata nak pilih dinosaur yang ada.

Of coz la den & buong tak dapat keluaq dari tempat nih kalo tak membelikan dua orang anak bertuah tuh dinosaur seko sorang. F pilih Parasaurus. A pilih spesies Triceratops. Den belikan jugak depa sepasang baju tidoq.

Terdapat kawasan yang sedang ditambahbaik macam track go kart. Ada kawasan pameran batu kristal. Ada sekawan angsa jugak. Tatau la kalo depa tengah planning mini petting zoo kan.
go kart track in the making agaknya
Ditemui di track go kart
Mungkinkah akan dibuat mini petting zoo?
Pameran basikal lama?
Sila awasi anak anda. 1 batu kristal nih paling murah RM5K. Kalo terpecah, tersumpit, tergolek & macam-macam ter lagi, harus pitam mak pak nak membayonya

Den suspek kalo kawasan nih telah dibangunkan sepenuhnya, ia akan kenakan tiket bayaran masuk sebab dah nampak macam ada kaunter tiket kat situ hehehehehhe.

Untuk peminat dinosaurs @ ada anak yang minat dinosaurs macam anak-anak den, tempat nih wajib pergi ye sebab memang menarik.

#Nih antara konsep tempat yang den pernah berangan nak buat.

No comments:

Powered by Blogger.