Den dah pernah menginap kat hotel nih tahun lepas masa ada program opis. Makanya bley la tengok entry den yang terdahulu pasal hotel nih.

Cumanya bila pergi bersama family berjimbaan memang la berbeza beno perasaannya bila dibandingkan masa datang sini untuk kerja tuh.

Masa tengok kat Agoda, harga semalam kat sini RM 280/malam. Bila den tepon tanya ada diskaun tak untuk staff gomen, den dapat rege RM 220/malam + 2 breakfast + 4 tiket mandi pool ada dinosaur. So ada sesetengah hotel memang murah booking through Agoda @ booking.com tapi sekali sekala ada yang lebih murah bila kita gunakan diskaun staff gomen camtuh la.

Berbaloi la rege tuh untuk family room. Hotel memang lengkap serba serbi daripada iron, peti besi, etc. Memang selesa.
Budak yang tak sabaq nak mandi pool

Lepas je check in dalam pukul 2 pm camtuh, budak-budak nih dah sakan tak menyabo nak mandi kat swimming pool yang ada dinosaur tuh. Nih je la pun penyebab den bawak diaorang mai menginap kat hotel ni. Nak bagi depa mandi pool yang ada dinosaur temanya camtuh.

Budak-budak memang seronok mandi bergelinjangan dengan jayanya dekat pool tuh walopun dok panas terik. Awak la yang terkebil-kebil memantau diaorang mandi sebab dok berpuasa. Memang den je la pesoh budak-budak kat pool. Bagi buong peluang tido & berehat kat bilik hotel sebab dah penat dia drive ke hulu ke hilir.

Uisshhhh memang sakan sungguh depa mandi. Ada plak mascot dinosaur yang berjalan ke hulu ke hilir dekat pool tuh. Memang sakan la si F dok pegang dan bergambo dengan dinosaur tuh. Si A tak beberapa nak heran sangat. Dia lebih suka berendam dalam pool daripada amik gambo dengan dino.
Peminat tegar dino sorang nih.
Sesi membelek dino

Disebabkan menginap kat sini masa bulan posa, makanya kupon breakfast kita tuh ditukarkan kepada kupon untuk bersahur. Masa sahur tuh den turun sorang-sorang je sebab buong jaga kiddos. Ramai k orang bersahur. Ramai jugak la yang berjalan-jalan semasa bulan posa nih rupanya.
My sahur

Lepas budak-budak bangun the next day tuh sebelum check out memang abiskan masa melayan depa mandi kolam tuh.

Yang specialnya kolam nih ada beberapa ekoq dinosaur je la dan beberapa gelongsor yang budak-budak bley mandi dengan penuh kegirangan. Taman tema mini je la tapi budak-budak nih apa heran kan. Asal boleh mandi dan melompat di sana sini depa dah gumbira dah.

0 Comments