Pejam celik pejam celik tak sangka dah setahun den jugak den berzumba rupa-rupanya walopun 60% of the time memang ada perasaan malas nak pergi kelas sebab den memang tak berminat nak bersenam.

Tak sangka akhirnya den terjumpa dengan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Bak kata my ex-boss ‘you memang sesuai dengan zumba sebab you suka lagu & menari’. Den tak reti menari tapi den suka tengok orang menari. Sebab tuh den suka tengok video clip JLo hehehhhehehehe.

Alhamdulillah den dapat berzumba at least 2 kali seminggu sepanjang setahun nih (kalo takde outstation bagai la).

So sempena 1 tahun dah berjaya berzumba dengan jayanya nih, reward untuk diri sendiri berkaitan zumba nih adalah kasut zumba + beg untuk isi baju, etc.

Sluaq untuk berzumba yang bercorak pelbagai dan bewarna menarik takde dalam perancangan lagi untuk dibeli coz mahai la jugak seluaq spesies camnih ye. Den pasrah je la pakai seluaq track suit yang ada setakat nih.

Sport bra yang dok ada sekarang nih memang den sangat puas hati. Mujoq sempat beli beberapa helai sebelum ZIN Zana tuh ditamatkan kontrak dia dekat kelas yang den pergi nih.

Tshirt zumba yang den berkenan dok pakai setakat nih adalah tshirt Harry Potter yang den beli dekat London masa technical visit March lepas dan tshirt yang beli masa sesi berjimbaan di Jogjakarta April lepas.

Amboiiiiii…..tshirts oversea saje yek den nih. 2 tshirts nih memang sedap pakai. Ada lagi satu tshirt yang den suka pakai bila berzumba iaitu Captain America masa dibeli masa tengok movie Civil War tahun lepas. Tapi kalo basuh ke ape, den blasah je pakai tshirt ape je pun.

Dalam semua attire zumba den, den paling berkenan dekat stokin den heheheehee. 4 pasang stoking yang menwakili umah dalam Harry Potters yang den beli sama dengan TShirt Harry Potter tuh.

Berdasarkan status terkini tahap kolesterol den yang ngeri tuh, in sya Allah aktiviti zumba nih akan diteruskan. Kalo nak diikutkan, berangan nak tambah kelas zumba. Isunya nak pergi kelas pukul 830 pm tuh adalah berchenta. Kesian la plak nak minta buong anto dengan kiddos, etc. Nak bawak kereta sendiri tuh macam tak terjangkau la plak akal fikiran nye huhuhuhu. Ntah bila la phobia nak memandu nih dapat diatasi….haish…..

#walopun tak reti menari dan ada step zumba tuh den belasah je tapi bila dah dengaq lagu tuh, terasa macam Beyonce + Shakira + JLo + Britney Spears all in one gittew hehehhehehehehe.

0 Comments