Lepas melawat Nyang Fish Farm kat Kulai tuh, kitaorang terus je gerak ke Zoo Johor yang terletak di Johor Bharu.

Tiketnya memang sangat mampu milik. RM 2 untuk orang dewasa (12 tahun ke atas) dan RM 1 untuk kanak-kanak (2 -12 tahun).

Masuk je kat entrance lepas kaunter tiket tuh akan ada orang amik gambo kitaorang yang mana akan dijual RM 25 setiap sekeping masa kat exit zoo nih nanti. Memang tempting nak beli untuk kenangan tapi tak beli pun sebab macam mahai la plak rasanya.

Walopun keluasan zoo nya agak comel kalo nak dibandingkan dengan Zoo Taiping dan Zoo Negara tapi adalah agak berpeluh ketiak bergerak ke hulu ke hilir menengok semua binatang yang ada kat sini di kala panas lit-lit ditambah pulak berjalan semasa bulan Ramadhan.

Masa kitaorang berjalan-jalan kat zoo nih, hanya kitaorang je orang Melayu. Cemerlang sungguh.

Banyak je binatang yang ada kat zoo nih macam beberapa spesies ular, unta, harimau, singa, gorilla, gajah, kura-kura, burung enggang, ayam, rusa, iguana, ayam belanda dan tapir@cipan@tenuk.

Anak-anak den memang sangat bergumbira la bergelinjangan kat sini.

Untuk parents yang bawa stroller @ warga emas @ warga bukan emas yang ada masalah sakit lutut memang agak mencabar nak berjalan kat kawasan yang ada tangga-tangga tuh. Bley je la jalan tapi kena berangkut stroller nya.
Jenuh gak oiii kalo nak angkut stroller panjat turun tangga nih
Ada disediakan 2 kedai serbaneka yang jual makanan ringan dan minuman sejuk yang sangat-sangat menggoda di kala bulan posa dan panas terik tuh.

Ada small playground yang ada gelongsor dan buaian berdekatan dengan kedai serbaneka nih. So sempat la den dan buong berehat kat sini mengambik nafas sementara budak-budak bergelinjangan main kat situ.

Untuk den yang ada anak kecik nih, memang sesuai bawak budak-budak ke zoo nih sebab harga tiket yang mampu milik.

A worth place to visit for kiddos.

0 Comments