Finally selepas 5 bulan, berjaya jugak siapkan entries pasal trip ke London nih walopun dah banyak perkara yang terlupakan + ada perkara yang den malas nak ceite.

So kesimpulan trip to London nih adalah:

1. Memang la berchenta nak mengharung flight 13 jam. Masa flight ke London tuh, den tak tidoq walo sekupang sebab tak mengantuk. Sudahnya layan 6 movies straight sampai koyak mata (Suicide Squad, Mr & Mrs Smith, Deadpool, Mary Kom, ceite Thai tak ingat tajuk ape, lagi seko movie pun tak ingat). Disebabkan den nih memang membesiaq, ulang alik pi toilet dalam 6 kali jugak, sure minah yang duduk sebelah den tuh bengang sebab dia kena bangun setiap kali den nak pergi toilet (dah tau asyik terkucil sibuk la kan nak duduk kat tepi tingkap jugak walopun nampak sayap kapal terbang je).

2. Masa flight balik masih duduk tepi tingkap tapi disebabkan den sempat tidoq beberapa jam, makanya kekerapan pergi toilet berkurang kepada 4 kali sepanjang flight tuh. Sempat jugak tengok 4 movies (tak ingat dah ceite ape). Makin teruk perangai tak ingat nih. Haishhh.

3. Naik flight kali nih kurang ngeri mungkin sebab kapal terbangnya beso ataupun sebab pungkok dah lenguh duduk 13 jam.

4. Sakan den menjamu mata tengok pondok telefon merah + bus double decker merah tuh. Meriah depa kat sana.

5. Tak sampai 10 keping gambo berposing sebab takde sape nak ambik gambo hehehehehehe. Gambo yang ado tuh pun mintak tolong boss amikkan. Tak kan la nak suruh boss amik gambo hang banyak-banyak kan. Nak suruh consultant amikkan pun lagi la tak tergamak.

6. Gambo selfies terbanyak dalam sejarah sebab tuh yang terbaik yang den bley buat bila takde sape nak amik gambo den. Kawan den cakap trip ke London nih memperbaiki skit skill selfie den sebab den memang tak reti amik selfie pun selama nih. Macam segan pun ada nak berselfie sebab macam tak sesuai.

7. Den lagi suka suasana di Oxford dan Wallingford dari London. Mungkin sebab dah umoq camnih ataupun den memang orang kampong @ old soul @ old skool, makanya suasana nyaman dan tenang kat Wallingford dan Oxford tuh lagi best untuk den.

8. Sila spend 1 hari untuk naik bas hop on hop off mengelilingi kota London tuh ye sebab tiketnya pun dah 100 pound (RM 550). Memang rugi besaq kalo naik bas tuh sekupang dua je macam kitaorang sebab dok kejar masa.

9. Bangunan kat London, Wallingford dan Oxford tuh banyak bangunan lama yang dipelihara dan dipulihara yang digunakan sebagai pusat pentadbiran, institusi pengajian, pusat kajian/penyelidikan (pasai pa perkataan skima semua keluaq nih), kedai, restoran, etc. So memang cantik dan unik bangunan depa. Ukiran yang dok ada kat tiang, pintu, etc semuanya tersendiri dan halus. Untuk orang yang old skool soul cam den nih memang suka la architecture camnih. Kadang-kadang terasa macam berada kat zaman medieval ala-ala King Arthur camtuh.

10. Thames River Cruise is a must untuk first timer ke London sebab ia satu pengalaman yang menarik.

11. Kena pastikan betoi-betoi port untuk naik kapal bagi Thames River Cruise sebab ada beberapa tempat untuk naik kapal tuh k bergantung kepada company handle cruise tuh (ada beberapa companies).

12. Tower of London pun tetap wajib lawat.

13. Walopun dekat toilet di mana-mana public area termasuklah dalam kapal Thames River Cruise, museums, etc takde hos paip tapi takde bau busuk dan sangat bersih k.

14. Sila sediakan botol air mineral kosong untuk senang kita nak pi toilet. Den memang letak botol air kosong tuh dalam sling bag dan heret je ke hulu ke hilir sebab den sedaq diri yang den nih kaki membesiaq.

15. Tak sangka terpegi atau tersipi-sipi pegi tempat yang ada kaitan dengan Harry Potter. Terpegi kat Station yang ada troli nak masuk ke Platform 9 ½ tuh. Tersipi-sipi pegi adalah Oxford University (tak dapat tengok dewan yang digunakan sebagai dining hall dalam movie Harry Potter sebab dah petang sangat, tempat tuh dah tutup).

16. Bila makan tuh especially kalo makan fish & chip sila la order 1 dulu tengok portion dia besaq mana atau tanya waiter tuh besaq mana ikan tuh coz masa kitaorang makan on the last day tuh, potion fish & chip tuh adalah besaq nak mampuih yang patutnya 1 hidangan 2 orang makan.

17. Sila shopping souvenirs di Bayswater sebab situ memang terpaling murah kalo nak dibandingkan dengan kedai-kedai di Piccadilly Circus, Portobello Market dan Camden Market. Bayswater adalah one stop centre untuk hampir 90% of the souvenirs. TShirts, mugs, bags, keychains, fridge magnets, teh, etc. Cuma souvenir macam tabung telephone booth yang antic skit tuh den tak jumpa kat Bayswater. Souvenirs yang berkaitan dengan Harry Potter skit je yang ada kat kedai yang den pegi tuh. Oxford Street banyak jual barang berjenama macam perfumes, kasut Clarks, etc.
Souvenir shop kat Bayswater
18. Hati agak terkilan sebab hampir semua program masa technical visit nih dok mengejar masa. Tak beberapa sempat la nak menghayati keindahan sesuatu tempat, nak membaca pelbagai info, nak explore stuff yang dijuai, etc. Memang tak sempat nak stop and smell the rose gittew kekdahnya.

19. Dah namanya pergi untuk urusan rasmi memang tak sempat la nak berjimbaan kan. So banyak tempat yang sempat singgah sekupang dua je. Macam Touch & Go pun ada jugak. So kira halal je la kan sebab tak tergamak nak repeat London sebab tiket flight je dah bley repeat Bali untuk 1 minggu siap flight, hotel, makan dan berjimbaan.

20. Dalam dok buat entries trip ke London nih baru la den terperasan yang pattern sweater den yang menggelembung tuh menyebabkan den nampak extra membulat. Lepas tuh pakai plak dengan sport shoes kale oren merengak. Dilengkapi dengan tudung sarung nak pasar. Memang la kombinasi meletop. Cis….gagal dengan cemerlang betoi den nih bab-bab nak melawa.
Dinner nasi goreng kampung kat Malaysian Hall masa last night kat sana

0 Comments