The ‘Ticket’

12:27
Setelah dua minggu dok meneka-neka camne nak beli tiket + korek tabung + siap buat reminder kat telefon untuk standby depan laptop pukul 9.45 am pada 14 Ogos untuk mencoba nasib membeli tiket Konsert 24K Magic Tour Bruno Mars + a few days before tengok seat map untuk konsert tuh kat website prworldwide.com + mencongak kat mana la agaknya seat yang den nak pilih dengan rege tiket yang paling minima, akhirnya tiba la masa yang ditunggu-tunggu tuh.

Perkara di bawah berlaku semasa 14 Ogos 2017 di salah satu dewan seminar kat Shah Alam nih sebab den kena hadir bengkel la plak. 

9.50 am Den dah buka website prworldwide.com untuk countdown kaunter tiket online dibuka. Masa nih pembentang paper utama dok cerita pasal polisi, pelan pengurusan, etc tapi den dengaq tak dengaq je la sebab dok pokos kat website jualan tiket nih dok tengok waktu berdetik-detik sampai juling-juling bijik mata. Masa nih credit card dah standby kat sebelah laptop.
sakit jantung menengok countdown nih
10.00 am Den teruih click kat butang ‘buy ticket’ bila pukoi 10 am. Kata website tuh kena queue la plak sebab ramai gila orang nak beli tiket tuh. Daripada waiting time 1 minit dah jadik 10 minit. Masa waiting time dah 10 minit, hati den dah keciwa skit sebab rasa macam takde harapan je nak beli tiket tuh.

10.09 am Alih-alih den dapat masuk ke bahagian pilih jenis tiket, etc. Den takde pilih seat apa pun sebab nak cepat. Den key in je semua info depa nak. Dah masukkan OTP untuk payment bagai, alih-alih payment tak dapat diproses sebab error plak katanya. Den coba contact nombor telefon kaunter tiket online tapi harus la kan engage.

10.14 am Den coba lagi sekali beli tiket nih from 1st step. Sama jugak macam kali pertama tadi. Payment tak dapat proses sebab error yang sama macam first time percobaan tadi. Masa nih ada plak 2 orang member opis ajak bergosipan, memang la kena jeling dengan den muhahhahahaha. Sorry Ustaz N dan En L, keadaan begitu genting tak sempat nak bergosipan. Masa nih memang den dah rasa macam tak akan dapat tiket nih.

10.19 am Den coba buat kali ketiga untuk beli tiket nih. Alhamdulillah payment diterima dan order confirmation diterima pada 10:21:26.

Pinjam sat printer kat bengkel tuh untuk print order confirmation tuh dengan bantuan budak IT opis.

Dah settle semua, baru bley bernafas dengan normal. Masa dok buat transaksi tuh macam tertahan-tahan nafas….ha…bongok betoi.

Rege tiket termurah tuh ada + transaction fee + GST. Memang abis la tabungan RM 1 yang dok ada tuh.

Bila dah masuk opis baru la den tengok kat mana kedudukan den kat seat map tuh. Den bajet-bajet dengan rege tiket termurah + den tak pilih seat sebab nak cepat, sure la den dapat seat yang paling ujung dewan yang memang tak akan nampak Bruno Mars atas pentas (kalo nampak pun mungkin macam dot kecik ke ape camtuh), alih-alih den dapat seat yang not so bad yang in sya Allah bley nampak Bruno Mars sebesaq kepala mancis but I am so happy enough.
Seat den mungkin bley nampak Bruno Mars sekupang
Kalo dah rezeki in sya Allah tidak ke mana kan. Alhamdulillah rezeki nak booking tiket dah dapat.

Harapnya ada rezeki nak tengok konsert nih in sya Allah….lama lagi kot, 9 Mei 2018. 

Wish me luck k.

#my kind hearted friend cakap bley la tengok order confirmation ke konsert tuh bila rasa nak lempang sapa-sapa kat opis sebab berperangai tak semenggah. Tiket tuh bley jadi semangat untuk hari-hari yang terpleot kat opis gittew hehehehehehhe.

No comments:

Powered by Blogger.