N 45 Hotel, Kulai, Johor


Hotel nih terletak dekat Bandar Kulai. Den pilih hotel nih sebab dia macam kat tengah-tengah untuk tempat-tempat yang den plan nak pergi. Nak pergi JPO, Hutan Bandar Putra dan Nanyang Fish Farm dalam 10 minit. 
 
Hotel nih terletak dekat tepi jalan utama. Terletak kat deretan kedai-kedai yang berkaitan pembaikian kereta.

Parking masa office hour memang penuh je la sebab dah kawasan shop lot tapi lepas abis waktu kerja memang banyak sangat parking depan hotel tuh.

Staff kat reception counter tuh sopan santun sangat. Den terlupa nak cakap dengan hotel kitaorang sampai lambat. So bila kitaorang check in around 430 pm tuh dia maklumkan family room yang den booking dengan rege RM 83/malam tuh dah dibagi pada orang lain. Yang tinggal bilik dengan seekor katil Queen dengan rege RM 70/malam. Katanya masa nak check out nanti dia refund balik lebihan bayaran untuk family room tuh. So den okay je la.
Reception area
Dekat sebelah reception counter tuh ada disediakan water dispenser untuk air sejuk dan air panas. Ada juga dijual air mineral dan air dalam tin. Kat kaunter depa jual jajan yang simple macam maggi dan biskut.
Dia nih memang kena menghunas barang kejenye

Untuk naik ke bilik, kita kena letak kasut kat rak yang disediakan dan pakai selipar yang disediakan. Untuk penjagaan kebersihan la gamaknya nih ye. 

Hotel nih dua tingkat dan takde lif ye. So untuk ibu mengandung, warga emas dan OKU memang kurang sesuai.
Bley tahan tinggi tangga dia
Antara hiasan yang ada kat hotel nih

Bilik dia sederhana besar. Sesuai la untuk family 4 beranak cam kitaorang nih. Bilik air comel je. TV adalah tv zaman dulu yang gedabak tuh tapi siaran tv jelas + yang penting ada channel kartun untuk budak-budak nih.

Kat bilik memang takde disediakan cerek atau air mineral. Yang ada hanya jug dan cawan.

Just nice la bilik nih untuk kitaorang.

Memang boleh terdengaq kenderaan dok lalu lalang tapi tak bingit sangat, still manageable la bunyi bising tuh tapi ke sebab kitaorang anak beranak memang jenis bley je tido dalam hingaq pun.

Masa check out tuh, bini tauke dok cakap ‘sorry…sorry’ lebih tiga kali rasanya sebab terbagi family room den pada orang lain. Den okay je sebab bilik deluxe tuh pun okay je cuma bersempit-sempit skit la tidoq atas katil tuh.
Antara kemudahan yang ada, locker untuk simpan barang berharga. Ada ruang untuk iron baju jugak, etc.
Hotel nih sempoi dan kemas bagi den. Semua kemudahan yang basic untuk hotel memang ada. Dekat jugak dengan semua attraction yang ada. Worth for money la untuk kitaorang. 

#First time dalam hidup den, den terjumpa dengan deretan kedai/bengkel yang setiap kedai tuh pokus pada satu benda je. Satu kedai tuh jual ekzos kereta je. Satu kedai lagi jual bateri je. Kedai lain jual compressor je, etc. Serious macam muhibbah sangat sebab semua kedai juai benda yang berbeza walopun berkaitan dengan kereta.


No comments:

Powered by Blogger.