King Arthur: Legend of the Sword

12:52
Movie atau drama series pasal King Arthur dan bersangkutan dengannya dah banyak kot dibuat.
 
Movie King Arthur: Legend of the Sword yang the latest nih adalah hasil garapan ex-husband Madonna iaitu Guy Ritchie. Kalo hangpa familiar dengan hasil kerja Guy Ritchie nih, kebanyakan movies dia ala-ala bertemakan dark tale, suram-suram camtuh. Movies Sherlock Holmes, Snatch dan King Arthur mengadaptasi tema lebih kurang sama….banyak warna hitam, kelabu, putih costume depa + adegan lawan yang ada gerak perlahan dan kabur-kabur camtuh la.

Still movie nih menarik jugak jalan ceritanya cuma macam kurang adegan berlawan sebab kalo diikutkan lagenda Arthurian, King Arthur adalah merupakan seorang skilled swordsman kan tapi dalam movie nih macam skit bebeno dia berlawan guna pedang tuh.

Sinopsis ceite nih kat bawah sekali ye. Mula-mula den nak ulas pasai pelakon utama dia iaitu Charlie Hunnam sebagai Arthur yang den rasa macam kurang sajak.

King Arthur nih ceite zaman dolu-dolu so heronya kena ada aura medieval man especially daripada bentuk fizikal badan dan ayaq muka.

Badan tak perlu sado sangat sebab kalo ikut movie atau drama series, celah mana heroes zaman Elizabethan nih badan macam orang pi gym & body builder. Badan heroes zama dolu adalah kekar tapi just nice, takde berketoi-ketoi melampau.

Si Charlie Hunnam nih dah sah-sah la mamat yang dok berjimbaan di gym.

Sapa yang berlakon watak King Arthur nih kena muka classic sebab orang zaman dolu-dolu kot.

Charlie Hunnam nih muka orang moden, rugged dan seksi.

Pelakon-pelakon yang berlakon ceite bertemakan epic yang den rasa sangat sajak adalah:

Viggo Mortensen sebagai Aragorn dalam Lord of The Ring trilogy (2001 - 2003).

Richard Gere sebagai Lancelot dalam movie First Knight (1995).

Clive Owen dalam movie King Arthur (2004).

Kevin Costner dalam Robin Hood (1991).

See…....semua heroes yang dimention kat atas nih badan depa just nice dan memang ada rupa orang dolu-dolu.

Den rasa watak King Arthur (kalo depa nak yang rambut blonde) nih,  depa patut pertimbangkan untuk bagi pada:

Lucas Till yang berlakon X-Men First Class dan MacGyver.

Dan Stevens yang berlakon Beauty and The Beast dan Downtown Abbey.

Josh Holloway yang berlakon drama Lost tapi dia nih dah tua la plak ye. Bley ganti jadi Aragorn nih.

Terkilan bebeno plak si Eric Bana berlakon sekupang je. Dia nih pun sesuai berlakon watak epic camnih.

Den suspek si Jude Law is muse Guy Ritchie sebab dah berapa movies dia berlakon di bawah arahan Guy Ritchie nih Sherlock Holmes dan King Arthur nih.

Den masih tak dapat menerima hakikat Jude Law akan melakonkan watak Albus Dumbeldore nanti. Jude Law nih muka macam charming ke arah miang-miang…..cam tak sesuai jadi pengetua Hogwarts.

So sinopsis movie nih adalah cam biasa jugak kita ketemukan dalam cerita purbakala. 

King Uther Pendragon (Eric Bana) yang memerintah dengan adil saksama dan disanjungi@disayangi oleh rakyat jelata dibunuh oleh adiknya sendiri iaitu Vortigern Pendragon (Jude Law) sebab dia dengki kat abang dia dan dia nak merampas takhta nak jadi raja. Vortigern mendapatkan kuasa sihir daripada ahli sihir (campuran manusia & sotong kurita) dengan mengorbankan wife dia untuk menjadi pahlawan hebat untuk bunuh Urther yang ada pedang Excalibur tuh. Masa Urther nak mati, dia baling pedang Excalibur tuh ke atas dan pedang tuh tercucuk atas badan dia dan tenggelam bersama jasad dia di dalam sungai.

Anak King Uther yang masih kecik sempat melarikan diri dan dijumpai oleh sekumpulan pelacur. Dia dibesarkan di rumah pelacuran dan menjadi budak jalanan yang belajar seni mempertahankan diri daripada seorang mamat Cina yang terror. Sampai dia dah besaq dia dok buat hal sendiri je la. Walopun dia ala-ala samseng tapi dia memperjuangkan kebenaran camtuh la. 

Alih-alih aras air sungai menurun dan muncul la plak pedang Excalibur yang terletak di dalam timbunan batu. Kalo ikut lagenda Arthurian, pedang tuh dikenali dengan frasa ‘the sword in the stone’. Maka si Vortigern yang risau waris Pendragon iaitu anak sedara dia si Arthur akan berjaya mencabut pedang tuh kelak. So dia arahkan semua pemuda di Camelot mencabut pedang tuh sambil diawasi oleh askar-askar dia. Sape yang tak berjaya cabut pedang tuh akan dicop sebagai tanda dah cuba cabut pedang tapi tak berjaya.

Akhirnya Arthur terjebak kena cabut pedang tuh lepas dia ditangkap masa melarikan diri lepas dia ambik duit daripada Vikings yang membelasah sorang pelacur nih. 

Secara tak tersangka dia berjaya la cabut pedang tuh sebab dah sah-sah dia memang Arthur kan.

Dia ditangkap dan masa Vortigern nak pancung dia depan rakyat jelata, dia diselamatkan oleh anak murid Merlin dan bekas askar abah dia yang setia.

Mula-mulanya Arthur tamau terima responsibility sebagai orang yang berhak pada tahkta Camelot tuh tapi disebabkan Vortigern akan terus berlaku kejam bila dibiarkan berleluasa, makanya nak tak nak Arthur terpaksa la menentang Vortigern untuk menyelamatkan rakyat jelata dan Camelot. Bila Arthur pegang pedang tuh, macam ada special power, dia bley tewaskan ramai askar dalam sekelip mata.

Akhirnya Arthur berjaya bunuh Vortigern. Arthur dimasyhurkan sebagai King Arthur dan dia membina meja bulat yang akan digunakan untuk persidangan Knights Templer kemudiannya nanti. 

#mungkin ada sambungan movie nih gamaknya nanti ‘Knights of the Rountable’. 

#Escalibur Sword kalo ikut movie nih ditempa oleh Merlin walopun dalam lagenda Arthurian yang asal, the sword in the stone that Arthur pulls is not Excalibur.

#cameo @ special appearance oleh David Beckham sebagai seorang askar yg supervise rakyat jelata yang diarahkan untuk mencuba nasib mencabut Pedang tuh.

p/s banyak je movies yang agak baru yang den dah tengok tapi tak dan nak buat ulasan pasal movies tuh sebab mood ke laut + den malas. Esok-esok kalo den rajin den buat ye.

Den bagi 3 markah daripada 5 markah untuk movie nih.

No comments:

Powered by Blogger.