Di kala cuaca dunia yang tidak menentu, kejap-kejap El Nino (musim panas berlebihan), kejap-kejap La Nina (musim hujan berlebihan), semua orang termasuklah Kerajaan dan rakyat jelata susah hati kalo tak cukup air (terutamanya catuan bekalan air bersih) dan terlebih air (terutamanya banjir).

Mukadimah macam nak buat journal apa je kan hehehehehee. Tapi ianya memang la ada kaitan sekupang dua dengan apa yang den coba nak cerita secara ringkas nih.

OPA nih adalah satu satu usaha Kerajaan untuk memastikan sumber air mencukupi bagi menampung keperluan bekalan air bersih kepada semua rakyat. Ha......ayat yang sangat gomen kan hhahahahhahaha. Tapi itulah hakikatnya dan itulah ayat yang paling ringkasnya.

Dengan kata yang lebih ringkas, Kerajaan akan coba laksanakan OPA bila berlaku musim El Nino dan apabila paras empangan menurun ke suatu bacaan yang ditetapkan supaya sumber air mencukupi. Bila sumber air tuh cukup, baru la kita boleh ada bekalan air bersih yang cukup. Eh kata ringkas, nih berjela jugak yek hehehhee.
Flares untuk OPA
OPA nih bukanlah maknanya kita mencipta awan tapi kita memberikan galakan atau pemangkin (catalyst) kepada awan yang dok ada pada ketika tuh untuk menurunkan hujan gittew.

So untuk memberikan pemangkin pada awan tuh, of coz la kita kena naik kapal terbang untuk melepaskan pemangkin (yang ada dalam flare) pada awan yang berada di kawasan tadahan empangan.

Kejayaan OPA nih bergantung kepada beberapa factor yang terutamanya awan tuh sendiri. Lagi banyak awan lagi baguih. Lagi satu adalah arah tiupan angin. Nih penting untuk tentukan kita nak membuat OPA tuh dari utara ke selatan atau sebaliknya.

Sekiranya sesuatu OPA berjaya dilaksanakan di kawasan A, tak semestinya hujan akan turun kat kawasan A coz awan nih kan bergerak. So in sya Allah hujan akan turun tapi di kawasan yang awan tuh nanti berhenti camtuh la. Matik la kalo salah hahahhahhaa.

OPA nih biasanya dilakukan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (JMM). Depa paling expert pasal awan, pergerakan angin, cuaca, etc.

Bagi Negeri Selangor, opis den bekerjasama JMM bagi membuat OPA nih. Afjets adalah syarikat yang dipilih untuk membantu melaksanakan OPA nih di dalam menyediakan kapal terbang dan peralatan membenih awan (flares).

Perbincangan dari masa ke semasa dibuat antara opis den, JMM dan Afjets dalam menentukan jadual pelaksanaan OPA, etc.

Sebenonya den nak ceite pasal pengalaman den joint pelaksanaan OPA je pun hehehehee.

Kitaorang naik pesawat di Sypark Aviation Centre Bukit Jelutong.
Isi minyak dulu

Selepas hal-hal teknikal untuk OPA macam arah angin, etc dimuktamadkan, kami berempat (den + 3 orang heroes daripada opis den) diberi taklimat keselamatan oleh co-pilot yang comel En Hafiz.
Pilots kami pada operasi kali ini
Kitaorang naik kapal terbang Cessna 208B yang boleh memuatkan 8 orang penumpang.

Penerbangan untuk melaksanakan OPA di empat kawasan tadahan empangan iaitu Empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi, Empangan Batu dan Empangan Klang Gates mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Tiga flares digunakan untuk membenih awan di setiap kawasan tadahan empangan. So 12 flares digunakan untuk empat kawasan tadahan empangan nih.
The flares
OPA nih dibuat di ketinggian 4,000 - 5,000 kaki. So memang kita boleh nampak pemandangan objek dengan agak jelas pada ketinggian tuh. First time experience untuk den.

Di samping kita buat OPA, kita juga boleh tengok corak guna tanah di Negeri Selangor nih daripada pemandangan udara gittew. Boleh tengok keadaan sungai, pembangunan yang selama nih kita tak jumpa dari jalan daratan, etc.

Kawasan tadahan empangan Sungai Selangor
pembenihan awan
First time den naik pesawat Cessna 208B nih. Seperti biasa, kalo nak naik kapal terbang memang la den akan jadik baik skit. Lagi-lagi plak lately kekerapan bencana yang melibatkan pesawat atau helicopter macam bersungguh-sungguh plak. Memang la jadi super baik. Baca doa bersungguh-sungguh masa nak departure. Dasar sungguh.

Disebabkan den nih sejak dulu hingga kini memang ada perangai mabuk udara dan mabuk laut, so OPA nih memang la membuatkan den pening-pening lalat. Lepas setengah jam, den dah rasa macam loya-loya. Towards the last 20 minutes memang rasa nak muntah sangat tapi dok tahan sedaya upaya. Serious tersiksa jiwa raga k. Alhamdulillah mujoq sangat la kan tak muntah sampai la landing. Kalo tak sure kena bahan dengan budak-budak nih.

Pemandangan dari udara nih memang chantek la kan. Tapi disebabkan den dok sakan mabuk dan menahan muntah, den sempat tangkap gambo sekupang dua je la.
Batu Caves
Kawasan Tadahan Empangan Batu
Kawasan Tadahan Empangan Klang Gates
Subang kot nih 
Kawasan Tadahan Empangan Sungai Tinggi

Kesimpulannya, OPA nih bukan untuk the faint hearted gittew ehhehehehehe. Pengalaman yang menarik tapi seperti lagu JayJay, Cukuplah Sekali camtuh hahhahahahaa. Tak larat nak melayan mabuk tuh. Kalo kena bertugas buat OPA lagi, kena la den makan ubat tahan mabuk tuh.

Untuk En Fikri yang merupakan PIC opis den untuk OPA nih, you are really awesome. Bukan semua orang mampu melaksanakan tanggungjawab melaksanakan OPA almost every day and enjoying every minute of it. I am so proud of you.

0 Comments