Tahun nih setakat pertengahan Mei 2016 nih, tatau kenapa program mari membaca den macam caca merba. Serious terpleot di sana sini.

Banyak events pasai buku den tak sempat nak pi termasuklah Pameran Buku Antarabangsa dekat MAEPS Serdang baru-baru nih dan FreeBook Event kat perkarangan Masjid TTDI 14 Mei lepas.

Ada banyak buku yang termasuk dalam senarai buku yang den nak beli tapi tak terbeli-beli.

Yang paling tragis adalah ada a few books yang den dah mula baca tapi tak abis-abis sampai sekarang tatau la kenapa. Faktor utama yang menyebabkan perkara nih berlaku mungkin sebab den dok busy tengok fb dan main candy crush saga dengan jayanye sampai terpleot tab den.

Ada seko buku yang agak ilmiah yang serious ntah bila nak abis bacanye. Eh mana plak la den letak buku tuh kan? Haish...

Ebook Dilema Melayu oleh Dr M pun baru baca sampai chapter berapa je dah tersemput-semput coz ianya agak heavy untuk otak den yang sangat cemerlang nih.

Ada dua novel fictions yang den baca 4 chapters, lepas tuh duduk terperuk tak bukak-bukak lagi bukunya. Satu buku terperosok sebelah almari, den letak situ konon-kononnya nak baca masa nak tido. Lagi seko terletak elok chantek je dekat rak buku tuh.

La nih dok bawa satu buku yang agak ilmiah jugak dalam handbag den ke hulu ke hilir berangan nak baca masa on the way pergi site, etc. Setakat nih baru berjaya baca bab 1.

Harap-harapnya perangai membaca buku sampai abis nih tercetus la kembali huhuhuhuhuhu.

0 Comments