Semalam lepas mandi dalam kul 10 am tuh, ingatkan nak bawa kiddos pegi tengok dinosaurs kat Discoveria, Avenue K tapi cam kemalasan la plak. Alih-alih tuh den cakap dengan buong jom bawak budak-budak mandi kat theme park kat Melaka. Buong kata macam menarik.

So den teruih tengok website Bayou Lagoon Park Resort Melaka. Teruih booking online. Packing baju berlebih kurang. Kul 1045 am kitaorang dah keluar umah. Breakfast dulu kat Qaseh sebelum gerak ke Melaka.

Kitaorang amik bilik studio with jakuzi. RM 267/malam dengan breakfast untuk 2 orang & 2 tiket water theme park. So untuk F, kena tambah RM 20 untuk tiket water theme park + RM 18 untuk breakfast. Si A tuh nasib baik la belum cecah tinggi lebih 3 kaki, so takde la bayaran tambahan untuk dia.

Kitaorang check in dalam kul 2 pm. Disebabkan bilik belum siap, kitaorang teruih la pi mandi kat water theme park tuh dari kul 2 pm - 6 pm. Taman tema tuh tutup kul 7 pm tapi disebabkan budak-budak dah biru-biru muka, kaki dan tangan + menggigil-gigil, kita surrender la 1 jam awal.

Water Theme Park nye den bagi 3.5 markah la. Disebabkan den tak pernah pegi banyak water theme park, so tak bley nak compare sangat la. Dia ada 4 bahagian. 

Bahagian 1 tuh ada slides + baldi yang tumpahkan ayaq. Ayaq kat sini paras lutut orang dewasa. So sesuai la kanak-kanak & toddlers main kat sini. F suka main kat sini. Lama dia dok turun slides kat sini.
Bahagian 1
Jenoh buong melayan si A naik slide
suka sangat nih F naik gelongsor
Baru den perasan tudung mandi pool den nih lagi labuh daripada tudung den pakai pegi reja. Haishhh...apa nak jadi la den nih
Bahagian 2 ayaq panas yang cetek sangat. Paras buku lali je. Tak paham betoi la napa dalam banyak-banyak bahagian, hat nih la yang si A tuh dok berkenan nak mandi & bergelinjang. Sakan dia dok baring telentang, meniarap kat sini.
Tatau la dok minum ayaq ke apa nih
Macam nak shooting majalah Mangga sangat nih
Abang pun nak minum jugak ayaq kat sini
Bahagian 3 ada slides yang lebih sesuai untuk orang dewasa walopun ayaq dia paras pinggang orang dewasa je. Ada juga pistol ayaq walopun daripada 4 pistol, 1 pistol je berfungsi. Ada buaian di bawah pancutan ayaq. Ada a few pancutan ayaq kat sini. Nih pun sesuai untuk budak-budak jugak. F mandi lama jugak kat sini lagi towards akhir tuh masa dia terberkenan dengan sorang budak. Sakan dia dok main dengan budak tuh lompat masuk dalam kolam.
Bahagian 3
Macam Olympia plak struktur atas slides tuh
From different view
Suka sangat si F tuh main ayaq
Bahagian 4 ada 3 slides yang lebih sesuai untuk orang dewasa coz ayaqnya lebih dalam & slides dia lebih tinggi. Si A suka kat sini. 3 kali dia turun slides. Tak takut dia walopun tenggelam-tenggelam. Paling lama dia berendam kat sini. Tak padan dengan tak cukup ketinggian tau budak sorang tuh.
Slides nih agak ngeri untuk den yang memang gayat main menatang camnih tapi si A relax je gelak-gelak bila turun slides nih dengan buong
Taman temanya untuk anak-anak den memang dah best sangat dah.

Cumanya ada a few spots dalam kolam-kolam tuh dah tercabut marmarnye. So agak bahaya la kalo kita terpijak bahagian yang tercabut marble nye tuh coz boleh terluka tapak kaki. Management kena perbaiki segera kerosakan nih coz bley sebabkan kecederaan especially untuk budak-budak.
The only pistol air yang berfungsi. Tuh pun dah berkarat-karat.
Ayaq kat theme park nih agak keruh. Tatau la kalo ayaq kat Melaka nih memang turbiditinye tinggi atau ayaq kat theme park nih yang tak ditukaq-tukaq. Tak best la skit bila tengok ayaq keruh lagi-lagi bila kita bawa budak-budak mandi. Tapi budak-budak apa heran kan ayaq keruh ke apa ke, yang depa tau depa dapat berendam dalam kolam-kolam yang dok ada.

Kemudahan toilet, shower & tempat tukaq baju okay.

Ada cafe kecik kat dalam taman tema nih, so boleh la menjamu selera bila penat tunggu budak-budak main ayaq. Tatau food apa yang ada kat sini coz kitaorang tak jengah pun.

Kitaorang beli popcorn + 4 aiskrim dengan rega RM17 kat kiosk. Okay la kot ye dak sebab dalam taman tema kan. Harga harus lebih skit. Tapi popcorn dia serious sedap macam caramel popcorn kat GSC plak (tatau la kalo masa tuh kami kelaparan kan).

Ada juga perkhidmatan amik gambo family photo yang kemudiannye dijual dalam bentuk gambo tuh itself, keychain, fridge magnet, mug, tshirt, etc. Den tak tanye harga coz depa tak amik gambo den sekeluarga pun.

Okay je la kalo nak bawak budak-budak mandi kat taman tema nih. Kalo management ganti marmar yang tercabut tuh lagi ohsem la kan. Kalo ayaq jernih macam Gold Coast Morib Theme Park lagi best rasanya.

0 Comments