Nih la first time dalam hidup den joint Kursus Pengurusan Jenazah. Ada je peluang untuk joint kursus camnih 2,3 kali yang dianjurkan oleh surau-surau kat area umah den nih ha tapi den memang tak tergerak hati nak pergi sebab memang dasar perangai kan.

So bila Kelab Sukan dan Kebajikan opis anjurkan kursus nih, Alhamdulillah den ada rejki nak joint. Lagipun best skit joint kursus kalo ada orang yang kita kenai walopun kadang-kadang kena pi kursus sorang-sorang sebab kawan-kawan tak mau ikut hehehehhehe.

Nama pun pi kursus kan. Patutnya buku nota dan pensil atau pen tuh memang wajib la kan. Tapi tatau la kenapa den mai kursus kali nih dengan melenggang kangkung bawak hp dan 1 buku cerita je. Loqlaq sungguh.

So kena la menumpang kasih kawan-kawan opis. Sorang kawan sedekah 2 helai kertas. Lagi sorang pinjamkan pen. Mujoq la sangat kan.

Ustaz yang bagi taklimat pasal kursus nih adalah Ustaz Haji Md Idris bin Haji Abdullah daripada Pusat Islam UiTM Shah Alam yang juga merupakan Imam Besar UiTM.
Ustaz Penceramah
Beliau maklumkan biasanya Kursus Pengurusan Jenazah (taklimat dan praktikal) mengambil masa satu hari. Disebabkan opis den cuma bagi masa setengah hari untuk program nih, memang banyak perkara yang dia terpaksa ajar dengan laju dan ada certain part yang terpaksa dilangkau sebab kekangan masa.

Untuk den yang first time attended kursus nih memang la terblur-blur dan ada banyak perkara yang kurang jelas sebab ustaz cakap laju dan ada part dia terpaksa skip. So catatan den nih berdasarkan apa yang den paham sekupang dua taklimat oleh ustaz dan praktikal oleh ustazah yek. Memang akan ada banyak kekurangan catatan den nih tapi kita coba amik ilmu yang mana den sempat catat dan paham la yek.

Taklimat Kursus Pengurusan Jenazah oleh Ustaz

Ada ada bila kita menziarahi orang sakit dan orang yang telah meninggal dunia.

Menguruskan jenazah adalah fardu kifayah.

Ustaz kata bukan semua orang ada kemampuan untuk menguruskan jenazah walopun dah berkali-kali menghadiri kursus pengurusan jenazah.

4 perkara yang wajib dilakukan oleh waris kepada si mati selepas berlakunya kematian:

1. Ta - Tajiyizul Maiyyit - menguruskan jenazah - mandi, kafan, solat dan kebumikan;

2. Dal - Dainun - hutang;

3. Wau - wasiat; dan

4. Mim - Mairot - harta pusaka.

Ustaz tulih nih semua dalam bahasa jawi la dekat papan putih. Langsung la kan den terkesima coz dah lama gila kot tak tulih jawi. Dah la masa dok pernah tulis jawi dulu-dulu memang cemerlang sangat. Langsung la kan terkial-kial menulis jawi. Siap kena gelak dengan member sebelah lagi. Sabo je la kan.
Nota agama compang camping je rupanye yek. Sabo je la. Tengok la tulisan jawi yang tak semenggah tuh.

Ada dua jenis hutang iaitu hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia.

Hutang dengan Allah seperti puasa yang belum diganti, haji yang belum dibuat dan zakat yang tidak terbayar (tanaman, harta, emas, simpanan, pendapatan, etc).

Kita boleh gantikan posa mak ayah kita yang telah meninggal dunia. Tapi ustaz kata kalo posa kita sendiri pun tak terganti (sapa la tuh kan yang tak abis ganti lagi posa tahun-tahun lepas tuh huhuhuhuhuhu), kita boleh bayar fidyah ke atas posa-posa yang ibu bapa kita tak sempat ganti.

Lupa plak den nak tanya Ustaz kalo kita macam mana nak buat kalo kita tatau berapa banyak posa yang parents kita tertinggai. In sya Allah akan ditanya dalam ceramah akan datang atau den check kat google nanti.

Hutang dengan manusia nih termasuklah hutang bank, kawan, sedara mara, ceti, etc.

Ustaz kata wasiat mesti bertulis.

Harta pusaka dibahagikan mengikut faraid.

#dalam keempat-empat perkara tuh, Ustaz explained agak detail pasal hutang tuh. Pasai pa la kan? Even dalam surah yang terpanjang dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah pun diterangkan pasai hutang kan? So maknanya hutang nih macam mana kira pun kalo dah namanya berhutang memang la wajib kena bayaq dan azabnya berat kalo kita buat-buat lupa hutang kita, etc. Eh eh mode setazah plak den ye. Nih peringatan untuk diri den sendiri jugak.

Senarai Tugas Pengurusan Jenazah

Ketika sedang nazak:

1. Ajarkan syahadah di telinga kanan;
2. Alihkan muka pesakit ke arah kiblat, kaki berlunjur arah kiblat; dan
3. Titiskan air ke mulut.

Setelah berlaku kematian:

1. Selimutkan jenazah dengan kain bersih;
2. Tanggalkan pakaiannya;
3. Senamkan sendi tangan dan kakinya;
4. Pejamkan kedua belah matanya. Sekiranya matanya masih terbuka, letakkan duit syiling ke atas kelopak mata sehingga kelopak mata tertutup rapat;
5. Ikat tangan dan pergelangan kaki. Qiamkan seperti di dalam solat;
6. Hubungi AJK masjid/surau;
7. Buat laporan polis dan doctor untuk sahkan kematian;
8. Beli kain kapan, peralatan mandi, tempat mandi, papan keranda (bergantung kepada keperluan sesuatu tempat); dan
9. Hubungi kereta jenazah dan penggali kubur.

Pembelian alat kelengkapan

1. 15 m kain putih (bidang 60-70) untuk orang dewasa;
2. 3 gulung kapas;
3. 1 kotak kapur barus;
4. 1 botol air mawar;
5. 5 bungkus serbuk kayu cendana;
6. 1 botol minyak wangi;
7. 1 keping tikar;
8. Tanah untuk tayamum bagi mayat yang uzur (post mortem, cedera, etc) atau kanak-kanak belum berkhatan;
9. Sebotol body syampoo atau sabun buku cap kapak;
10. 1 kotak putik kapas (nak hilangkan kotoran di celah-celah kuku, telinga, hidung, etc);
11. 5 gayung;
12. Lain-lain keperluan bergantung kepada keadaan (jug untuk isi air, 1 baldi air limau nipis, 1 baldi air kapur barus, 1 baldi air mutlak, pewangi, etc)

# Den lupa plak nak tanya kat Ustaz kalo kanak-kanak tuh berkhatan masa baby dan depa meninggal masa belum baligh, depa kena tayamum ke atau diwudukkan.

# Masa Ustaz nak cakap 5 bungkus serbuk kayu cendana, dia tercakap serbuk kunyit k. Den being blur as usual teruih terpikiaq ‘serious aku nih gila babi jahil coz tak pernah tau pun serbuk kunyit terlibat sekali nak handle jenazah nih’. Serious k den memang tak terfikir langsung Ustaz tersalah. Alih-alih bila Ustaz kata ‘eh…serbuk kunyit plak…serbuk cendana. Serbuk kunyit nak buat apa’, baru la kitaorang tergelak-gelak dan realized serbuk kunyit memang takde kaitan langsung.

My point is camnih la gamaknya kadang-kadang kenapa ramai orang boleh terikut dan percaya ajaran-ajaran sesat coz being a normal human being yang tak belajaq agama sebagaimana yang sepatutnya, kita tend to believe whatever our Ustaz or Tok Guru said and teach us coz kita memang jahil, kita malas nak menyiasat kebenaran sesuatu perkara atau fakta yang dinyatakan atau kita memang tatau pun nak menyiasat apa coz kalo dah solat kita pun masih lompong-lompong, celah mana la kita nak cerita pasal kitab, nas, khilaf ulama’, etc. Harap-harapnya dengan kita masih dok kalut dengan hal duniawi yang macam-macam nih, Allah tetap pelihara kita supaya tidak terpesong terikut mana-mana ajaran sesat no matter how sinful we are.

Memotong Kain

Kain putih dipotong kepada 5 bahagian (2 bahagian untuk kain kapan, 1 untuk tudung kepala, 1 untuk baju/telekung/jubah dan 1 untuk kain).

Hujung kain kapan digunting/dikoyakkan untuk buat tali bagi mengikat jenazah di 5 bahagian (hujung kepala, bahu, punggung, lutut dan hujung kaki).

Mandikan Jenazah

1. Siram daripada sebelah bahu kanan ke bawah/kaki;
2. Bersihkan jari dan kuku tangan dan kaki, kedua cuping telinga, lubang hidung dan sugi giginya; etc
3. Wudukkan jenazah (boleh dibuat di awal atau akhir mandian); etc.

Cara mandikan jenazah yang ada penyakit seperti HIV, etc dan jenazah yang reput adalah berbeza. Ianya biasanya dibuat di hospital.

Disebabkan masa memang sangat suntuk, Ustaz bagi taklimat dengan laju dan ada part yang dilangkau. So memang la nota den tak lengkap especially bab memotong kain dan mandikan jenazah. Bab mengkafankan jenazah lagi la tak sempat salin langsung.

Memang ada la den tak paham here and there coz topik berat kot. Diajor plak laju-laju, memang la agak blur. Tapi kalo benda-benda lagho elok je pahamnye ye tak? Tak diajo pun boleh paham kadang-kadang tuh. Haishhh…

Praktikal Memandikan dan Mengkapankan Jenazah oleh Ustazah

Disebabkan masa sangat mencemburui kitaorang semua, kitaorang cuma tengok praktikal tentang memandikan jenazah yang ditunjukkan oleh Ustazah. So ada yang den paham dan ada yang tidak la. Yang den paling ingat Ustazah cakap pasal memandikan jenazah nih adalah:

1. aurat bagi jenazah wanita adalah di antara pusat dan lutut. Semasa dimandikan, tukang mandi tidak boleh melihat kawasan aurat ini;
2. selepas dubur dibersihkan daripada najis, dubur akan disumbatkan dengan kapas sehingga penuh;
3. bagi jenazah yang ada tatu, rambut bewarna warni (yang mana pewarnanya tidak telap air), pakai kuteks (eh camnih ke ejanye), etc, jenazah tidak dapat diwudukkan, ianya akan ditayamumkan.
Ustazah dok tunjuk cara nak siapkan jenazah yang baru meninggal dunia
Cara memandikan jenazah
Disebabkan kami pun tak dan nak buat praktikal memotong kain kapan, Ustazah suruh kami buat praktikal mengkapankan jenazah menggunakan kain kafan yang telah digunting/dikoyakkan oleh jemaah beliau.

Bila praktikal nih, kita lebih jelas la macam mana nak susun kain kapan tuh. Kata ustazah kapas diletakkan di setiap anggota sujud.

Dalam setengah jam jugak la kami yang dibahagikan kepada 3 kumpulan membuat praktikal mengkapankan jenazah nih. Disebabkan jenazah kitaorang masih hidup (setiap kumpulan pilih sorang ahli untuk jadi jenazah), memang banyak la adegan kelakar secara tak sengaja macam jenazah pakai sendiri kain kapannya, jenazah bagitau macam mana nak susun kain kapannya, ada jenazah yang duduk lepas diikat, etc.
Best student nyiaw tuh. Daripada orang solat jemaah zuhur sampai la abis praktikal, dia dok ada je kat surau tuh
Ustazah betoikan kedudukan kapas pada jenazah kumpulan kami
Nyiaw the best student dok memantau
Ustazah perkemaskan ikatan terakhir di kaki jenazah. The nyiaw is still there
Dalam dok gelak-gelak tuh, dalam hati masing-masing den rasa memang dok ada rasa berdebar-debar coz bila meninggal dunia, bak kata Rabbani ‘pergi tidak kembali’. Takut sangat rasanya lagi-lagi kalo mengenangkan amal yang tak seberapa dan dosa yang tinggi menggunung.

Budak-budak lelaki buat praktikal sampai solat jenazah.

Walopun kursus nih singkat sangat, Alhamdulillah den dapat la sedikit sebanyak info pasal pengurusan jenazah. Tapi bila ada kursus nih dianjurkan lagi di masa hadapan oleh mana-mana pihak, bila ada rejki in sya Allah den memang nak joint lagi coz banyak kot yang den dok blur. Nak kena amik tau jugak coz nak tak nak kita akan melaluinya satu hari nanti, samada untuk menguruskan jenazah atau menjadi jenazah yang diuruskan.

Den sememangnya dah tak berpeluang nak uruskan jenazah Allahyarham mak coz masa dia meninggal den baru 10 tahun dan jenazah Allahyarham atok coz anak-anaknya dan cucu-cucunya ramai yang menguruskannya. In sya Allah harapnya ada rejki den nak menguruskan jenazah abah dan mak pak mentua den bila sampai masanya (tuh pun kalo den tak mati dulu la. Ntah-ntah depa yang uruskan jenazah den).

Cakap pasai mati nih memang takut kan? Untuk den, takut sebab tau diri banyak berdosa, amalan tak cukup, chentakan duniawi, etc. Tapi ntah bila nak kembali ke pangkal jalan tuh tatau la macam mana nak dikobakan. Doanya adalah semoga Allah kurniakan kasih sayangNya untuk memberi peluang kepada kita semua untuk kembali ke jalan lurus dan benar.

Serious pulak rasanya entry kali nih.

0 Comments