Mengopi dan Membaca di Ngoepi Chilandak, Jakarta Selatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua di hari Isnin ini?

Rakyat Selangor berbahagia sebab cuti umum sempena 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor.

 

Den hendak sambung kisah sesi berjimbaan seorang diri di Jakarta pada September 2025 di dalam misi mengopi dan membaca.

Takde orang boleh la den tumpang bergambar

Ngoepi Chilandak adalah sebuah book cafe yang terletak di Jakarta Selatan.

Sebuah book cafe yang sangat den berkenan.

Book cafe klasik dan tradisional yang sangat cozy dan welcoming.

Ruang di dalam dan luar cafe molek sangat untuk bersantai, melepak, membaca sambil mengopi.

Berjalan seorang diri macam ini la ye. Bergambar asal boleh. Den tiada tripod segala. Den cuma sendalkan handphone pada buku/cawan/pasu bunga, dsb yang bisa buat ia berdiri begitu😅 

Disebabkan ruangnya yang luas makanya boleh bersantai dengan jayanya begitu.

Kebetulan pula semasa den datang, hanya ada tidak sampai 3 orang pengunjung di sini.

Untuk orang introvert macam den, memang molek sangat suasana sebegini😅. 

Bila tidak ramai orang makanya tidak la begitu segan hendak mengambil gambar.
Sayang den tidak bawa apa-apa buku kalau tidak boleh tukar buku di sini. Buku di rak ini kita boleh baca juga

Ada pelbagai minuman yang kome boleh pilih di sini.

Pilihan makanan tradisional nya juga buat hati den rasa nyaman.

Suka hiasan macam ni
Macam-macam ado di sini. 

Den melepak di sini hampir 2 jam sebab hujan.

Den makan pisang goreng dan kue lapis.

Den minum kopi o dan es teh.

Semuanya dalam Rp110K.

Memang ngam sungguh di kala hujan makan goreng pisang panas dan minum kopi o panas begitu. 

Rezeki sangat den dapat membaca 2 buah buku di sini.

📙Buku Berjemur Di Tepi Sungai Gyeongsan oleh Pnadu Wijaya Saputra dan Septian Tito Megananda.

📘Buku 69 Things To Be Grateful About Being Single oleh Feby Indriani. Ilustrasi oleh Emte.

2 buah buku yang manis yang bisa dihabiskan dalam masa 1 jam.

Dia kalau melepak di book cafe molek la kita baca buku yang santai dan manjah-manjah begitu sebab kita hendak merehatkan minda di samping menikmati suasana begitu.

Kalau kita pilih buku berat macam penjajahan Belanda segala, den risau sampai book cafe nya tutup kita tidak habis membaca lagi😅.

Itu belum kira tercopot jantung sebab banyak perkara yang buat kita patah hati bila baca buku sebegitu.

 

Ini adalah book cafe yang den memang berkenan.

In sya Allah kalau ke Jakarta lagi satu hari nanti, mungkin boleh kembali ke sini sekiranya tidak ada book cafe lain yang berkenan untuk disiasat.

Jakarta ni selalu aje ada cafe dan book cafe baru saban tahun.

Itu yang kadang-kadang tidak bisa diulang book cafe yang telah pergi sebab ada banyak lagi book cafe yang belum pergi.

Sesungguhnya den suka banget book cafe ini♥️.

 

18 comments

  1. Uishh….terbaik ni KSarie, jalan sorang-sorang memburu book cafe, siap baca 2 buah buku dalam masa sejam! Seronok tengok tempatnya dan makanannya tu.

    Kita bergambar untuk kenangan, tak apalah kan macam mana pun hasilnya janji ada gambar kenangan dan bukti sampai 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul tuh....konsepnya asal ada gambar kenangan kan? Kalau takde gambar tuan tanah gambar tempatnya pun jadi la begitu kan

      Delete
  2. Syok juga konsep cafe macam ni. Sesuai untuk orang yang suka membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha memang tempat lepak yang sajak untuk orang yang suka buku

      Delete
  3. seronoknya.. salute ni jenjalan sorang2 just for coffee n books. anyways, be happy always.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah moh kita terus be happy always

      Delete
  4. Wah kak sarie...saya tingin nak buat solo trip tapi tu la takut jadi mati kutu🤣🤣 saya ni jenis suka jalan² at least ada sorg teman. Sebab tkut tido hotel sorg² kekdahnya 🙈🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha dulu KSarie pun ada rasa macam tu tetapi bila udah terbuat solo trip satu kali udah macam best la pula😅

      Delete
  5. Vibes macam kat rumah je.... memang lama la boleh lepak

    ReplyDelete
  6. Cantik deko, industrial style. Kalau nak lepak gini, memang pilih buku-buku ringan je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kalau pilih buku berat memang tak akan terhabis membacanya. Sakit kepala pun iya juga😅

      Delete
  7. Kunjungan balas.
    Ya, Selangor cuti Isnin. Hanya duduk rumah.
    Wah! sangat santai cafe sebegini. Cantik pula dan nampak sangat tenang, lagi-lagi sambil menanti hujan reda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nyaman je duduk di book cafe macam ni

      Delete
  8. Saya ada menyumbang buku di sebuah kedai kopi di Kluang. Masalahnya nak lepak baca buku belum boleh lagi dgn 2 anak kecil yg tengah ligat😂 maybe kena request me time hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama apa ye kedai kopi yang disumbangkan buku itu. Macam menarik je untuk disinggah. Ha molek tuh request me time untuk mengopi sambil membaca

      Delete
  9. sukanya konsep book cafe yang cantik camni. nampak tenang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cozy, welcoming dan santai sangat cafe nya. Itu yang suka berlamaan di sini

      Delete