Mengopi Di KopiKupi Kampung x Bayu Padi Cafe

Assalamualaikum.

Semoga bahagia semuanya dan dipermudahkan segala urusan di hari Jumaat yang barokah ini.

Esok Sabtu...yeay😅. 

 

Masa keluarga den hantar den untuk kursus di Sungai Besar, Selangor, kami singgah mengopi di KopiKupi Kampung x Bayu Padi Cafe.

Padahal baru aje selesai makan tengahari😅.  

Lepas itu tertanya-tanya kenapa makin melebar dan membulat ye😅. 

Den pun tidak pasti kenapa kami selalu mengopi di kala matahari masih tegak di kepala😅. 

Cafe KopiKupi Kampung x Bayu Padi Cafe ini molek kalau datang waktu pagi sungguh atau petang selepas solat Asar begitu. 

Cafe ini terletak di seberang jalan yang ada sawah padi yang terbentang luas.

Lupa pula hendak ambil gambar sawah padi yang tengah sakan menghijau pada ketika itu. 

Ini je gambar sawah padi yang den terambil masa ambil gambar buku

Ada banyak pilihan makanan dan minuman.

Disebabkan masih kenyang, den pilih 4 makanan sahaja buat merasa.

Kami makan laksa, roti bakar sapu kaya, kentang goreng dan kek batik. 

Kopi hipster yang den mampu minum sedikit adalah caramel machiato.

Lagi satu air itu lupa sudah apa spesiesnya tapi ada campuran strawberi begitu.

Laksanya untuk den molek sebab kuahnya pekat, terasa ikan di dalam kuahnya, sedang elok masamnya dan sedang elok pedasnya.

Roti bakar sapu kaya pun ngam sebab rotinya ada kombinasi garing dan lembut.

Kayanya pun tidak terlalu manis.

Budak-budak paling suka kek batik sebab moist sungguh dan tidak terlalu manis. 

Ada pilihan untuk duduk di dalam atau luar cafe.

Disebabkan kami ala-ala hendak eating with a view begitu, makanya kita duduk la di luar walaupun panasnya boleh tahan. 

Sebenarnya paling molek melepak di sini adalah waktu Maghrib sebab boleh tengok matahari terbenam.

 

Kalau kome ke Sungai Besar, dipersilakan singgah di sini ye.  

 

21 comments

  1. Cantiklah tempat mengopi ni. Rumah papan comel je dua tingkat.
    Tulah tu, baru nak tanya. Agaknya dah terlanjur ke situ waktu tengah hari kot. Bedal je lah gitu.
    Bestnya datang sana masa musim padi menghijau. Sedap mata memandang kehijauan sawah padi.
    Banyak juga pastry, kek dan makanan lain. Okay sangatlah ni kan. Laksa tu pun macam okay portion dia.
    Ohh kat dalam pun boleh duduk jugak ek. Nice juga vibes kat dalam tu.
    Kena datang petang lah gitu nak tengok sunset. Nice tempat ni. Bolah masuk dalam list.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha terdatang waktu tengahari makanya pasrah aje la makan tengah panas rembang itu😅

      Delete
  2. Cantik view sawah tu... helok menghijau.
    Dulu kerap gak ke Sungai Besar sebab nak visit atau ambil Kak Widad study Poli Sabak Bernam. Sekarang takde dah nak pi area sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak makanan molek di Sungai Besar ni kan? Macam lama pula tidak merayap ke sini

      Delete
  3. Lawa cafe ni. Makanan pun nampak sedap belaka. Cuma cuaca panas ni sy allergic sikit. Ngada haha 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau kenapa KSarie selalu terpergi kedai makan waktu tengahari rembang😅

      Delete
  4. Cie suka betul vibes kedai macam ni. Kek batik tu sedapnya siap ada cheese tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie pun suka mengopi di tempat makan macam ni.

      Delete
  5. Hahhaa betul tu kak sesuai dtg waktu pagi or lewat ptg baru syiok mengupi sambil ditiup angin sawah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya KSarie kena datang lagi la nampaknya ye untuk tengok sunset pula

      Delete
  6. Cantiknya bendang... saujana mata memandang...
    Banyaknya kipas dia... mesti panas kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang panas pakej makan sambil ketibas begitu😅

      Delete
  7. Memang panas pakej makan sambil ketibas begitu😅

    ReplyDelete
  8. Nampak dessert sedapnya tapi bila tengok laksa, hhhmmpppp yumms sedapnya KSarie

    ReplyDelete
  9. Tempat kopinya baguuus, tapi saya rasa tak kuat nan mengopi di luar 😅😅.

    Aiiiih laksanya memang kliatan sedaap 😍😍😍.kalau pekat begitu saya sukaaaa.

    Naah kalau kek batiknya tak terlalu manis, sayapun sukaaa. Cantiiik bentuknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Fanny. Tak tau kenapa KSarie selalu terpegi mengopi di saat panas😅

      Delete
  10. Wah, tempat yang cantik untuk mengopi, sambil tengok sawah padi. Mekasih, KSarie, atas perkongsian. Boleh masuk list tempat mengopi, kot tersampai sana nanti. 😊 Masya-Allah, kek batik tu nampak sungguh menggoda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tapi Tot datang awal pagi atau petang ye supaya dapat enjoy mengopi tanpa ketibas😅

      Delete
  11. Duduk belah dalam pun best jugak. Rasa vibes2 kekampungan gitu. Kalau datang sini kne petang2 dah redup baru ngam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha molek datang petang supaya tidak ketibas dan dapat menikmati makanan dan pemandangan dengan nyaman begitu

      Delete