Tajuk: Seporsi Mie Ayam Sebelum Mati
Pengarang: Brian Khrisna
Mukasurat: 209
Brengek mau mati saja kenapa malah jadi susah begini.
Ayat yang Ale ucapkan apabila terjebak dalam satu insiden di dalam misinya untuk menamatkan nyawanya.
Sebuah buku tentang putus asa dengan hidup, berdamai dengan takdir, bertahan hidup, melihat kepada perkara-perkara kecil yang membahagiakan dan menghargai setiap hari yang dilalui.
Ale merupakan seorang lelaki 37 tahun yang membuat keputusan untuk memb*n* h diri kerana beliau berasa gagal di dalam hidup - trauma selalu disisih oleh ibunya membuatkannya rendah diri, rakan sekantor yang cuba mengelakkannya, dsb.
24 jam sebelum memb*n*h diri, beliau membersihkan biliknya, mengajak guard di apartmentnya makan bersama, dsb.
1 minit selepas masa ditetapkan untuk menamatkan riwayatnya, beliau teringin hendak makan seporsi mee ayam oleh Pak Zolam.
Dia rasa kecewa bila tengok gerai mee ayam Pak Zolam tutup.
Dia cakap punyalah gagal hidupnya sampai hendak makan mee ayam sebelum mati pun gagal.
Kalo lo hidup dan besar di jalanan, jadi orang jahat itu akan jauh lebih aman timbang jadi orang baik
Tanpa Ale rancang, dalam masa 3 minggu Ale berjumpa dengan 7 orang yang mengubah pandangan Ale tentang kehidupan:
1. Pram - anak Pak Zolam penjual mee ayam yang meninggal dunia pada hari Ale hendak makan mee ayam terakhir sebelum membunuh diri
2. Murad - ketua gangster pengedar syabu yang ditemui Ale di dalam lokap semasa direman selama 5 hari. Seorang yang menjaga penduduk kampungnya dari diganggu gugat oleh penjahat.
3. Adik Murad yang sangat berminat hendak kerja di kantor karyawan
4. Mama Louise - seorang 'mama' kelab malam yang menyediakan persekitaran selamat kepada kupu-kupu malam mencari rezeki. Seorang yang pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
5. Juleha - seorang wanita tuna susila atau bunga latar yang bekerja bagi menyara anak berusia 8 tahun. Anak yang lahir kerana dia dir*g*l
6. Ipul - cleaner di kantor yang berusaha gigih mencari nafkah untuk keluarga bekerja 2 kerja setiap hari tanpa cukup rehat.
7. Pak Uju - pemilik toko layangan
8. Ibu di jalan rel keretapi - yang menyesal tidak pernah mengungkap kata sayang dan maaf kepada anaknya
9. Pak Jipren - seorang buta yang tidak pernah berputus asa untuk terus berjuang hidup walaupun penuh luka di sana sini.
Buku tentang masih ada yang sayang.
Setiap kebaikan yang dibuat ada bahagianya kepada mereka yang kadang kala kita tidak perasan.
Perkara-perkara yang kecil dan sederhana bisa membahagiakan.
Buku yang den akan ulang baca nanti.
Penulis-penulis Indonesia yang den berkesempatan membaca buku mereka sekupang dua mempunyai aura tersendiri di dalam bercerita.



Thanks for sharing KSarie. Walau tak baca pun buku ini, namun olahan ringkas KSarie dapat membayangkan sebahagian kisahnya. Banyak pengajaran nya. Ada yang terkesan di hati.
ReplyDeleteSama-sama kasih☺️
DeleteSikit persamaan dengan movie A Man Called Otto. Dia nak bunuh diri tapi selalu gagal. Bila baca buku, ceritanya lebih meresap ke jiwa, kan. Itu yang rasa nak ulang baca.
ReplyDeleteHa....movie itu pun best juga. Bila baca buku lebih terasa di hati sebab kita boleh ulang baca banyak kali dan boleh relate dengan kehidupan yang kita lalui
Deletesinopsis dia nampak menarik. bila jumpa dgn ramai org yg berlainan latar belakang hidup, mesti rasa lebih appreciate apa yg kita ada
ReplyDeleteSetiap orang yang kita jumpa akan beri kita pengalaman dan pengajaran yang tersendiri
DeleteKak Sarie, insyaallah kalau nanti kita ketemu, saya akan bagi beberapa buku dari pengarang bagus di sini, yg saya dah baca berkali2, dan rasanya teringin kak Sarie nanti juga baca 😍😍.
ReplyDeleteOk, setelah baca review buku Brian, confirm saya akan beli bukunya 😍😍
Wahhh terima kasih ye Fanny. Semoga KSarie ada rezeki membaca buku-buku oleh penulis Indonesia yang lain juga.
DeleteNasib dia baik sebelum nak membunuh diri tu jumpa mereka yang boleh beri motivasi.
ReplyDeleteItu la....tapi buku ni memang touching...menginsafkan pun iya
Delete