Mimpi Mainan Tidur
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Best kan cuti rehat 3 hari😅?
Patutnya kita memang kerja 4 hari dan cuti 3 hari setiap minggu kan😅?
Den daripada dulu memang kadang-kadang akan ingat mimpi den.
Semalam den mimpi pasal den ada dekat majlis kahwin di rumah atok di Port Dickson.
Majlis kahwin den😅.
Dekat ruang di antara dapur dan ruang makan dipasang video pertama kali den terjumpa pengantin lelaki.
Dia tengah menyemai benih padi dekat bendang.
Sekali den ingat dia nak mencuri benih padi.
Jadinya den belasah dia dekat tengah sawah padi.
Lepas tuh dalam video tuh terus tunjuk tiba-tiba kitaorang kahwin😅.
Ada vibes KDrama tak😅?
Padahal dalam hidup sebenar, den masuk dalam bendang pun tidak pernah.
Setakat bergambar dekat sawah padi di Sekinchan dan Tanjung Karang ada la😅.
Ni ambil gambar sawah padi dari dalam keretapi. Menyemai benih padi macam dalam mimpi tuh memang la tak pernah
Pengantin lelaki ni den memang tidak kenal dan tidak pernah jumpa di dunia nyata ni.
Chubby macam teddy bear.
Pakai cermin mata bulat.
Dia sibuk makan di dapur dengan 5 orang kawan-kawan dia (dulang boys) yang haram seorang pun den tidak pernah jumpa di bumi nyata.
Tidak diherankan langsung den yang pengantin perempuan ni.
Cis sungguh😅.
Tiba-tiba ada abah dekat situ.
Dia tengok video den sedang belasah si teddy bear itu di tengah sawah😅.
Abah pakai baju Melayu warna mustard tanpa sampin.
Abah memang selalu macam tu.
Abah tengok video tu dengan pandangan bercampur baur.
Dia macam happy anak udah kahwin.
Tapi dalam masa yang sama sayu hendak lepaskan anak memulakan hidup baru.
Macam tuh la kot den rasa.
Den pelik betul kenapa jurugambar tidak ambil gambar den bersungguh-sungguh padahal den pengantin perempuan.
Hangin betul den😅.
Padahal baju pengantin den cantik kot.
Kebaya labuh lace warna putih dengan kain batik Jawa warna coklat corak burung garuda.
Jurugambar guna kamera macam polaroid.
Ambil gambar terus jadi.
Den tengok atas meja semua gambar tetamu.
Gambar den sekupang pun tiada.
Sekali den nampak jurugambar berjalan depan den.
Jurugambar ni cantik rambut ikal mayang pakai kebaya pendek warna lilac.
Den pun tanya dia kenapa dia tidak ambil gambar den padahal den pengantin.
Dia cakap memang konsep dia ambil gambar kenduri kahwin adalah ambil gambar tetamu dan suasana kenduri.
Dia memang tidak akan ambil gambar pengantin.
Lorrr….den pun panas hati udah kenapa tidak ambil gambar pengantin kan.
Yish sungguh.
Lepas tuh den terus rasa macam kena cari jurugambar lain untuk ambil gambar den.
Den teringat dekat ex-boyfriend den yang merupakan seorang jurugambar.
Den udah angkat gagang telefon dan hendak dail nombor ex-boyfriend ni.
Den rasa mimpi den ni berlaku tahun 90an sebab tiada handphone.
Sekali den terfikir ‘eh aku udah la tidak jemput mamat ni datang kenduri kahwin’.
Tak kan la tiba-tiba nak cakap ‘aku tau aku tak jemput hang datang kenduri kawin aku tapi boleh ke hang datang untuk ambil gambar kahwin aku’.
Nanti sure awkward jadinya.
Elok-elok hendak vibes KDrama udah jadi KTrauma atau drama Tamil.
Jadinya batal la hendak telefon ex-boyfriend itu.
Idok la den tahu siapa ex-boyfriend jurugambar dalam mimpi ini.
Dalam hidup sebenar den tiada ex-boyfriend sebegini.
Masa den duduk sebelah telefon bermuram durja sebab tidak ada siapa hendak ambil gambar den, tiba-tiba nampak atok keluar dari bilik.
Atok pakai baju kurung Kedah dan kain batik.
Atok tanya kenapa muka monyok je.
Den cakap la geram jurugambar tidak mahu ambil den padahal den pengantin.
Atok cakap nanti kita tengok macam mana.
Atok minta den tengokkan telinga dia yang berdarah.
Den pun pergi ambil cotton buds untuk tengokkan telinga atok.
Lepas tuh den terus terjaga dari tidur.
Den tidak pasti kenapa den mimpi macam ini.
Tapi yang pasti den happy mimpi dapat jumpa arwah atok dan arwah abah.
Kalau den termimpi arwah atok mesti den akan jumpa atok dekat rumah Port Dickson dan bersembang dengan dia.
Ustaz cakap kalau mimpi orang yang meninggal dunia ni, mereka rindu kiriman doa daripada kita.
Mohon sedekahkan AlFatihah untuk arwah abah, Bahashim bin Khalid dan arwah atok, Rubayyah binti Ariffin ye.
Tetapi kan tetap la juga den sakit hati dengan jurugambar dalam mimpi tuh apsal tidak mahu ambil gambar den padahal den pengantin😅.
Begitulah kisah mengarut den sempena hari Isnin yang buat kepala den weng ini.
In sya Allah den akan cuba blogwalking bila ada kesempatan ye.
Terima kasih kepada mereka yang sudi singgah di blog den.
Semoga hari Isnin kita semua molek-molek belaka ye.
Jaga diri semua.
6 Comments
adoi...tak tau nak gelak ke apa nie kak...maca linda jarang mimpi..boleh kira, tapi bila mimpi, memang yang pelik2 je..
ReplyDeleteal-fatihah buat arwah atok dan abah nya...
Aminnnnnn....terima kasih atas doanya
Deleteaduhhh ksarie, mengekek saya baca mimpi akak ni! random betul plotnya. tapi kalau saya pun bitter juga apalah masalah jurugambar tu taknak ambil gambar pengantin! kita spotlight of the day kot
ReplyDeleteKannnnn....kecik hati kita😅😅😅
DeleteAlhamdulillah..sihat. Memang seronok cuti 3 hari. Untunglah kalau kerja 4 hari je kan.
ReplyDeleteHahaha..mimpi selalu tak logik macam drama Tamil. Boleh pulak photographer ambil gambar suasana majlis je. Gambar pengantin tak amek. Apoo..memang hangin lah kan. Terhibur baca mimpi Ksarie ni. hihi...
Kan....udah la kita raja sehari gitu kan😅
Delete