Wordless Wednesday 31/2025
![]() |
Meriah pula big breakfast yang den masak kali ni. Pancakes itu tidak mahu bagi kerjasama. Sedikit terpleot rupanya tetapi rasa masih awesome. Eceh. |
![]() |
Buku + durian memang kombinasi molek |
![]() |
Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya siap sediakan troli sebab setiap seorang boleh pinjam maksima 20 buah buku. |
![]() |
Sebelah kiri buku pilihan den. Sebelah kanan buku pilihan member den. Habis baca ke idok semua buku adalah sesuatu yang misteri begitu |
![]() |
Yeay dapat parcel 2 chili's mate ni. Jatuh suka masa makan dekat rumah jiran |
![]() |
Comel kan cawan dekat sebuah cafe yang den hanya sempat tapau 1 air. In sya Allah next time kita cuba lepak mengopi di sini |
![]() |
Souvenir daripada jiran yang balik daripada menziarah keluarganya di Singapura |
21 Comments
Rajin baca buku ..ada pula gelas antik..salam singah ya
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah😊
DeleteMemang meriah betul tengok big breakfast tu. Tak kisahlah terpeleot ke apa, janji kenyang. Rasa boleh kenyang sampai tengahari tu KakSarie. Wah, banyak betul eh boleh pinjam buku. Best tu kalau jenis ulat buku. Ramai juga dah berniaga chilli oil ni. Dapat yang sedap, kita pun terpengaruh nak beli. Sedap makan dengan mi sup-sup ke kan. Itu je yang saya terbayang. Eeeeii comelnya cawan tu. Ada satu buat koleksi best tu, boleh buat gambar kopi lagi cantik gitu. Alamak, kalau saya durian dan buku bukan padanan menarik. Kena baca buku, fokus kat buku je. Kalau sambil makan macam terganggu pulak. hihi...tapi yelah, lain orang lain keselesaan dia.
ReplyDeleteHa betul tuh yang penting kenyang kan. Kadang-kadang KSarie ni pinjam buku je lebih....membacanya ke laut dalam😅
Deletebig breakfast tu betul2 big! nak sikitt
ReplyDeleteBoleh boleh😅😅
DeleteRasa lagi penting dari rupa tau. Durian tu, khusyuk ke baca durian kat depan tu KSarie. Hehe. Alhamdulillah rezeki dapat souvenir dari Singapore. Cawan tu memang lah comel.
ReplyDeleteKSarie bab multitasking makan sambil membaca tuh memang kadang-kadang molek kejadiannya😅
DeleteIni syurga pencinta buku ni...
ReplyDeleteMemang heaven lepak lama-lama di sini😊
DeleteEh 20 buku boleh pinjam kak???? Berapa hari batas waktunya?? Banyak sangaat 🤣. Saya dulu member juga di library dekat rumah semasa masih tinggal di Aceh.
ReplyDeleteTp sejak pindah ke Penang, laku pindah lagi ke jakarta, tak adooo 😅. Sebab jadi rajin beli buku-buku second , dan lama kelamaan menumpuk 😄. Itupun sampai skr belum tamat saya baca 🤣.
20 buah buku untuk 30 hari. Kemudian boleh renew secara online untuk tambahan 30 hari lagi. Buku-buku yang saya beli pun masih belum habis baca😅
Deletelarat ke baca buku2 satu troli tu? sy beli baucer buku sbyk 4 buah pun masih tersimpan rapi atas rak...huhuhu...
ReplyDeleteHahahahaha selalu berangan nak baca lepas tuh yang habis baca sekupang dua je😅
DeleteWah, sungguh menyelerakan, homemade big breakfast. 😋
ReplyDeleteBanyaknya, dia bagi pinjam buku, sampai 20. Last sekali saya pergi library, dia bagi pinjam maksimum 5 buku je. Tapi sedar diri di situ, sebab itu pun pulang buku, tak sempat baca. Adoii..
Comei bebenor cawan tu, dan unik juga, macam tak pernah jumpa cawan sedemikian rupa.
Ha sakan boleh pinjam buku sampai 20 buah tapi entah bila hendak membacanya memang satu misteri yang tidak bisa dirungkaikan😅
DeleteWah, bestnya boleh pinjam sampai 20 buah buku!
ReplyDeleteLepas tuh peram tidak baca-baca sebab terlalu banyak buku😅
DeletePancake terpeleot sikit tak apa la... janji sdap bila di makan... apa pun meriah breakfast tu hihiii... cantik cawan kat cafe tu... kalau jual mesti saya beli hihii :D
ReplyDeleteNanti kalau terpergi cafe tu lagi sekali nak siasat boleh beli ke idok cawan tu
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete