Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den ni dalam kategori orang yang tidak beberapa hendak cakna kalau mengambil gambar.

Selalu main hentam keromo je.

Ada sesetengah orang berseni aje bila dia mengambil gambar.

Den asal ada gambar jadilah begitu konsepnya.

 

Walaupun begitu, tetap la juga rambang mata hendak pilih 12 gambar pemandangan yang den paling suka bagi 2023.

Gambar biasa-biasa tetap mengundang rasa eh gambar ni cantik juga, yang itu pun comel.

Den tidak masukkan gambar sungai-sungai yang den pergi semasa lawatan tapak kerana itu memerlukan kepada satu post yang berbeza hehehhe.

Setelah sekupang dua memilih berdasarkan rasa sendiri, den kongsikan 12 gambar pemandangan terbaik 2023 daripada sudut mata den ye.

 

1. Pemandangan Malam dari Balkoni Apartment Den

Kadang-kadang terlupa hampir setiap malam den dapat tengok pemandangan macam ni.

Kalau ada bunga api lagi molek pemandangannya.

Cuma den tak ambil gambar sebab sakan menghayati bunga api yang sambung menyambung.

Bila pekena teh o panas sambil tengok pemandangan macam ni memang rasa awesome sangat.

 

2. Pemandangan Masjid Negeri Selangor

Ini salah satu pemandangan yang selalu terlupa untuk bersyukur.

Dari bilik den di pejabat memang akan nampak masjid ini hari-hari.

Molek sangat kan pemandangan?

Gambar ini den ambil semasa bertugas baru-baru ini.

Stesen bertugas depan Tasik Shah Alam mengadap Masjid Negeri.

Best kan?

 

3. Kubang Badak Bio Geo Trail Langkawi

Di jeti ini, kome boleh naik bot untuk melawat Kubang Badak Mangrove Reserve.

Macam-macam tempat boleh lawat sebenarnya termasuk Kebuk Arang, etc.

Memang comel gambar deretan bot di sini.

 

4. Pulau Bohey Dulang, Semporna

Pemandangan di sini selepas kome mendaki 650-meter dari aras laut memang berbaloi.

Walaupun rasa hendak pengsan mendaki disebabkan den tidak biasa melasak.

Tetap la juga hati berbunga-bunga tengok pemandangan indah ni.

Kome boleh baca dan tengok lebih banyak gambar di sini ye

https://www.dinohauz.com/2023/08/pengalaman-mendaki-bohey-dulang-di.html

 

5. River of Life, Kuala Lumpur

Walaupun ini bukanlah gambar terbaik River of Life (ROL) yang pernah den rakamkan, tetapi den tetap suka gambar ni.

Jauh lagi perjalanan kita untuk menjadikan ROL ni seumpama Sungai Cheonggyecheon di Korea Selatan tetapi kita hargai dulu apa yang ada di depan mata ye.

Boleh tengok gambar lain di post den yang terdahulu ye

https://www.dinohauz.com/2018/02/kolam-biru-blue-pond-river-of-life-rol.html

 

6. Masjid Panglima Kinta, Ipoh, Perak

Tak tau kenapa den berkenan dooh dekat masjid yang dibina pada 1898 dan telah diwartakan sebagai bangunan warisan pada 2012.

Mungkin sebab masjid nih putih melepak-lepak gitu.  

Boleh baca di sini tentang masjid ni ye

https://www.dinohauz.com/2023/10/tempat-menarik-ipoh-masjid-panglima.html

 

7. Kanopi Pokok Kapur Yang Tidak Bersentuhan, FRIM Kepong

Lama gila den teringin hendak tengok pokok ini secara fizikal.

Selama ini selalu tengok dalam presentation FRIM sahaja.

Alhamdulillah rezeki tahun ini dapat tengok pokok ini secara langsung.

Memang awesome teruk.

Ada macam-macam lagi kita boleh jumpa di Denai Saleh di FRIM

https://www.dinohauz.com/2023/10/aktiviti-menarik-di-frim-kepong.html

 

8. Pulau Tioman

Mesmerizing bak kata orang putih begitu.

Comel aje pulaunya tetapi tetap ada banyak tempat menarik.

Lagi-lagi pantainya.

Mungkin kena ulang datang ke sini ye.

 

9. Projek Barat Laut Selangor, Tanjung Karang

Ini lawatan tapak semasa membuat siasatan punca penurunan paras air di Sungai Tengi.

Cantik kan kawasan ni.

10. Merlion, Singapura

Orang kata kalau pergi Singapura tetapi tidak mengambil gambar di Merlion ini macam ala-ala tidak lengkap itinerari begitu hehehhee.

Rezeki den sebab sampai sini pukul 7.30 pagi.

Jadinya tiada ramai orang lagi datang ke sini.

Memang sakan bergambar di sana sini dekat Merlion ini.

 

11. Sonmarg, Kashmir

Pemandangan musim salji memang menakjubkan sebab putih di sana sini.

Memang wow sangat.

Cumanya untuk orang yang tidak tahan sejuk macam den nih ha tidak la begitu sesuai ke tempat sebegini.

Sebab dok menggigil-gigil, asyik hendak terkucil, sakan tergelincir sana sini, etc.

 

12. Himeji Castle, Jepun

Himeji Castle atau White Heron Castle (Hakuro-jo) adalah tapak warisan dunia pertama Jepun yang diwartakan sebagai UNESCO Cultural World Heritage Site.

Hampir di setiap pelusuk adalah tempat yang molek untuk dirakamkan kenangan.

 

Begitulah 12 gambar pemandangan yang den sempat ambil gambar yang den paling suka bagi tahun 2023 ini.

Perjalanan hidup yang macam-macam ni kadang kala memang buat rasa terpleot yang bukan dibuat-buat.

Tetapi ada banyak juga perkara yang kita perlu bersyukur.

12 gambar pemandangan ini adalah antara perkara yang den bersyukur untuk tahun 2023 ini.

Setiap gambar mempunyai pelbagai anekdot cerita dan kenangan.

Semoga tahun 2024, kita semua diizinkan Allah untuk terus merakamkan keindahan di sekeliling kita.

In sya Allah.


 

 


0 Comments