Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Apa khabar semua?

Harap semuanya sihat ye.

 

In sya Allah ini adalah penulisan terakhir tentang sesi berjimbaan ke Semporna pada Mei 2023 yang lepas.

Selain daripada laut yang crystal clear dan kombinasi warna biru, hijau dan turquoise yang menjadi igauan ramai, Semporna juga mempunyai pelbagai kawasan hijau lain yang menarik banget untuk kita terokai.

Dalam banyak-banyak tempat kami cuma sempat ke Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak.

Punya la singkat masa kami di sini, kami hanya tidak sempat pun ke bangunan yang menempatkan pelbagai warisan dan artifak Bukit Tengkorak.

Kami hanya sempat hiking kawasan hijau di sini.

Itu pun tidak sempat sampai ke puncak sebab mengejar masa.

Perjalanan dari pekan Semporna ke Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.

En Zaki fetch kami dari Dragon Inn Semporna dan terus hantar kami ke sini.

Asalnya kami kena redah sendiri berjalan di sini.

Alhamdulillah rezeki kami En Zaki minta tolong seorang kawannya guide kami untuk berjalan di sini.

 

Kelebihan bila ada guide di samping sebab utama tidak akan tersesat adalah kita akan memperoleh pelbagai maklumat tentang kawasan tersebut.

Maklumat daripada segi sejarah, folktale dan sebagainya.

Kami siap dapat maklumat tentang flora, fauna dan kisah mistik semua ada.

Bukit Tengkorak ini dikenalpasti sebagai kawasan pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara sejak zaman Neolitik.

Sebenarnya masa berjalan di sini boleh sahaja kita terjumpa serpihan tembikar.

Cumanya disebabkan kami tidak teringat langsung hendak cari serpihan tembikar ni sebab fokus hendak sampai cepat ke kawasan lalang huhuhuhu.

Banyak sejarah kawasan ini.

Banyak den nak kena baca ni.

 

Walaupun jalannya lurus sahaja di sini, naik tangga dan ikut denai yang tersedia, kalau tiada guide rasanya kami akan sesat dan tidak dapat bergambar di kawasan lapang lalang sebab denainya agak tersorok.

Ala-ala off trail.

Kalau jalan sendiri mau sampai anak tangga terakhir je kami jalan.

Lepas tuh kami pasti akan patah balik sebab risau sesat.

 

Sekiranya kita mendaki sehingga ke puncak, kita boleh tengok pemandangan laut sekitar Semporna dan pekan Semporna.

Tapi itu la tiada rezeki kami nampaknya.

Bila berperang dengan masa ini memang ada banyak perkara yang kita kena let go.

In sya Allah next time bila ada rezeki hendak ke Semporna lagi, den rasa kena habiskan masa paling kurang 1 hari untuk explore kawasan hijau di sini.

 

Kawasan hijau Bukit Tengkorak ni memang cantik untuk kita bergambar.

Di kawasan tangga-tangga kayu pun memang molek untuk dipotretkan.

Sekupang dua je gambar kami di sini sebab mengejar masa.

Untuk sampai ke kawasan untuk bergambar mengambil masa lebih kurang 30 - 45 minit bergantung kepada stamina + banyak ke idok soalan ditanya kepada guide + kekerapan berhenti untuk bergambar.

In sya Allah simple track sahaja.

Untuk den yang tidak biasa bersenam pun boleh hiking di sini.

Dia kan kadang-kadang demi sekeping gambar memang sanggup hehehehehe.

 

Di kawasan pelantar kayu seusai menaiki tangga tidak sampai 10 minit pun kita boleh tengok pemandangan awesome.

Sementara mengumpul semula nafas dapat tengok pemandangan memukau.

In sya Allah berbaloi.

Sepanjang hiking untuk ke kawasan lalang tuh, kita akan dikelilingi dengan pelbagai jenis flora.

Ada juga batuan yang membentuk separa gua, etc.

Kalau ada banyak masa memang kita boleh menghayati keindahan alam ini at our own sweet time.

Bila den hendak menaip coretan ini, baru terfikir eh masa kami hiking ke kawasan lalang tuh, tidak terfikir langsung pasal fauna macam ular atau serangga berbisa lain.

Rezeki kami tidak bertembung dengan mana-mana fauna seperti di atas.

 

Siapa sangka siapa menduga kawasan lalang menghijau boleh menjadi tempat bergambar yang molek.

Sakan juga kami bergambar di sana sini di bawah terik mentari.

Demi sekeping gambar sanggup tuh hehehehehee.

Kesimpulan apa yang kome boleh dapat bila datang ke Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak adalah:

Maklumat sejarah kalau kome sempat masuk ke dalam Muzium Terbuka Arkeologi Bukit Tengkorak

Hiking ke puncak tertinggi Bukit Tengkorak

Pemandangan awesome teruk

Berehat di pelantar kayu yang cantik

Bergambar sakan di kawasan lalang

Simple hiking - bagus untuk kesihatan sebab terbersenam

Perjalanan yang dikelilingi dengan alam semulajadi

 

Kalau tanya den memang den sarankan kome datang ke Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak sebab tempatnya memang awesome.

Waktu operasi adalah dari 9 pagi dan 5 pm.

https://maps.app.goo.gl/g83yzeeAf2pyYany5

 

In sya Allah kalau ada rezeki, den hendak datang lagi ke sini berjalan-jalan tanpa mengejar masa.

So moh kome kita datang ke Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak.

In sya Allah berbaloi.


 

0 Comments