Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

 

Apa khabar semua?

Semoga kita semua sihat dan terlindung daripada Covid19 yang saban hari statistiknya semakin meningkat.

In sya Allah esok tinggal 12 hari lagi kita akan berjumpa dengan tahun 2024.

Banyak lagi yang hendak dicoretkan di blog ini tetapi macam kemalasan pula ye hehehehhehee.

 

In sya Allah berbaki 12 hari ini den cuba mengenang kembali coretan sepanjang tahun 2023.

Sememangnya hidup ini ada naik turun.

Udah namanya kehidupan kan?

Kisah yang terpleot selalunya jarang diceritakan kepada sesiapa.

Ada perkara yang lebih molek kita simpan sendiri.

 

Ramai orang cakap kita biasanya menonjolkan sisi yang terbaik di media sosial.

Bagi den mungkin kita kongsi cerita yang indah agar sedikit sebanyak memberikan vibes yang positif kepada sesiapa yang terjumpa post kita.

Bak kata pakar motivasi positivity is contagious.

Hidup ini sudah cukup keras untuk rakyat marhaein.

Jadinya moh la kita kongsikan perkara yang bisa mengundang senyuman kepada orang yang membacanya.

 

Walau ramai orang cakap blog is dead, sudah tidak relevan, etc,

in sya Allah setakat ini den masih berhasrat untuk mencoret di blog ini.

Algoritma blog berubah dengan drastik sekarang.

Ianya menyebabkan trafik merudum teruk ke laut paling dalam.

Biasanya blog den trafiknya 1000 ke atas view setiap hari.

Sekarang ni trafik dalam 50 orang sahaja setiap hari.

Sedih juga tapi tidak apa.

Den cuma mengharapkan apa yang den sempat coretkan di blog ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada sesiapa yang sempat terjengah ke blog den.

 

In sya Allah dalam masa 12 hari ini, den akan cuba coretkan tentang 12 perkara yang berlaku di dalam hidup den sepanjang tahun 2023.

12 perkara sebab kita ada 12 bulan dalam setahun begitu hehhehehe.

 

Antaranya mungkin den hendak cerita tentang:

 

12 makanan sedap banget untuk tekak den

12 tempat yang den ada rezeki menjejakkan kaki pada tahun ini

12 buku terbaik den baca

12 movies atau drama awesome yang den tengok

12 lagu yang den ulang dengar sepanjang 2023

12 gambar pemandangan cantik dari lensa kamera den

12 perkara awesome yang berlaku kepada orang lain yang den tumpang happy

12 simple things that make me happy

12 most favorite photos of myself

12 first times ever

12 missed opportunities

12 lawatan tapak kerja yang best

 

In sya Allah den cuba usahakan ye kalau rajin hehehhheehe.

Semoga 12 hari yang berbaki di tahun 2023 adalah hari-hari yang terbaik di dalam hidup kita.

In sya Allah.

Moh kita.

Antara manhole cover yang cantik banget den pernah jumpa

 

0 Comments