Siapa yang pernah baca blog den pastinya sesekali terperasan yang skop kerja hakiki den melibatkan aktiviti lawatan tapak yang biasanya berlaku di bawah terik mentari. Jadinya kulit muka den memang akan sentiasa terdedah pada cahaya matahari tak kisah macam mana den pakai topi dan berpayung pun. Sudahnya pigmentasi memang bermaharajalela di muka den dengan jayanya.

Bila dapat tau Dr. Chong Clinic Shah Alam ada membuat promosi hebat sempena Ulang Tahun Ke-4 bagi pelbagai rawatan muka termasuklah Pico Laser, makanya memang molek benar la den mengambil peluang ni sebab muka memang terpleot gila akibat site visit dan sesi berjimbaan lalu lupa daratan bersama konco-konco hehehehehehhe.

Disebabkan kerja di tapak + penjagaan muka yang asal boleh ikut tahap kerajinan, makanya kulit muka memang terpleot sungguh. Definasi kulit muka cantik adalah kulit yang sihat, tak glowing pun tak apa je tapi kalau boleh segala mak nenek jeragat den harap dapat kurangkan.

Rawatan Pico Laser di Dr. Chong Clinic Shah Alam merupakan rawatan muka menggunakan teknologi laser bagi mengatasi kulit muka yang tidak rata serta membantu mengurangkan jeragat dan rawatan yang berterusan boleh menghilangkan semua jeragat di muka.

Kulit muka den yang telah terdedah bertahun-tahun kepada cahaya matahari sepanjang tempoh bekerja 19 tahun ni bukan sahaja perlukan produk kecantikan tetapi untuk kesan yang lebih cepat dan memerlukan kepada rawatan tambahan seperti rawatan muka menggunakan teknologi laser. Harga rawatan macam ini memang boleh tahan agak mahal. Jadinya bila ada promosi harga diskaun rawatan Pico Laser ni, lets grab the opportunity gitu.

Promosi hebat rawatan kecantikan di Dr. Chong Clinic Shah Alam masih berlangsung sehingga 30 September 2020. Lebih kurang seminggu lagi korang nak grab sebarang rawatan muka yang diberikan diskaun. Yang lagi best, di samping mendapatkan rawatan kecantikan pada harga promosi, korang juga boleh menyertai pertandingan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi berjumlah sehingga RM100,000. Hadiah utamanya adalah sebuah kereta Proton Saga. 

Moh la kita beramai-ramai mengambil peluang merawat kulit wajah pada harga diskaun sempena promosi oleh Dr. Chong Clinic Shah Alam ni.

Dr. Chong Clinic

Disebabkan den sememangnya adalah di dalam kelompok yang jarang sangat buat rawatan muka, makanya walaupun Dr. Chong Clinic Shah Alam menawarkan promosi yang menggugat jiwa, den siasat dulu sedikit sebanyak pasal Dr Chong Clinic terutamanya maklumat tentang sijil dan kelayakan personnel yang akan membuat rawatan kulit muka tersebut.

Dr. Chong Clinic dibarisi oleh doktor dan kakitangan terlatih. Dr Chong Clinic setakat ini mempunyai 4 cawangan serta memiliki sijil dermatologi dan estetik bagi perawatan kulit, rambut dan badan.

4 Lokasi Dr Chong Clinic yang boleh korang dikunjungi:-

Dr Chong Clinic Kepong, Kuala Lumpur (HQ)

Alamat: 37-G, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur.

No.Telefon: 03-6179 3157 / Whatsapp: 018-473 8818

Dr Chong Clinic Shah Alam (Branch)

Alamat: F-33-G, Vista Alam, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

No. Telefon: 03-5524 3083/ Whatsapp: 018-471 0988

Dr Chong Clinic TTDI (Branch)

Alamat : 14 & 15, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 6000 Kuala Lumpur

No Telefon : 03-55243083 / / Whatsapp: 011-21288188

Dr Chong Clinic Johor Bahru (Branch)

Alamat: 49G, Jalan NB2 2/2, Taman Nusa Bestari 2, 81300 Skudai, Johor Bahru, Johor.

No. Telefon: 07-559 6110 / Whatsapp: 011-5636 6110

Salah satu sebab den pilih untuk buat rawatan Pico Laser di Dr Chong Clinic adalah lokasinya di Shah Alam yang terletak sepelaung je daripada pejabat den hehehehehehe.

Rawatan Pico Laser

Ada banyak spesies rawatan kulit wajah yang ditawarkan di Dr Chong Clinic Shah Alam nih ye tapi bergantung kepada perundingan atau konsultasi bersama Doktor, beliau akan bagi cadangan yang terbaik kepada kita rawatan apa yang seeloknya kita mulakan terlebih dahulu.

Pertama - Borang Kebenaran dan Surat Aku Janji

Untuk sebarang rawatan tak kisah la untuk muka ke, badan ke, rambut ke, perkara pertama yang perlu diselesaikan oleh mereka yang hendak mendapatkan rawatan adalah mengisi beberapa borang maklumat peribadi, borang kebenaran dan surat aku janji. Ini merupakan standard operating procedure (SOP) yang penting dan rutin di mana-mana klinik rawatan kecantikan dan kesihatan.  Maklumat daripada semua borang yang kita isi akan memberikan panduan asas kepada Doktor untuk menilai tahap kesihatan kita sebelum sesuatu rawatan dimulakan.

Kedua - Perundingan atau Konsultansi

Kita akan dibawa ke bilik perundingan atau konsultansi di mana kita akan menceritakan keadaan kulit muka kita dan Doktor yang akan membuat rawatan kecantikan ke atas kita tengok keadaan kulit muka kita. Den berpeluang mendapatkan rawatan dengan Dr Leong yang handsome (dah macam pelakon Korea pun ada hehehehehehe). Den ceritakan kepada Dr Leong tentang nature kerja den yang selalu di tapak. Dr Leong tanya ada pakai sunblock tak? Ada pakai moisturizer tak? Ada pakai whitening cream tak? Huhuhuhuhuhuhu. Memang jawapannya nan hado la sebab den memang la pemalas bab-bab nak pakai semua cream nih ha. Menggeleng Dr Leong tengok kulit den hehehehheehhee.

Lemah lembut je Dr Leong bagi nasihat tentang penjagaan kulit muka. Katanya paling kurang kena pakai sunblock dan whitening cream kalau selalu kerja luar. Kena pakai topi besar atau payung untuk melindungi kulit muka.

Dr Leong cakap kulit muka den ada masalah pigmentasi dan skin tag. Jadinya perkara pertama yang perlu dirawat adalah pigmentasi menggunakan kaedah Pico Laser. Dah settle pigmentasi esok-esok baru la boleh mulakan rawatan untuk skin tag.

Dr Leong terangkan bagai teknik Pico Laser akan digunakan ke atas kulit muka den. Apa kesan yang mungkin berlaku selepas rawatan Pico Laser termasuklah penjagaan kulit muka sejurus selepas rawatan Pico Laser dibuat. Kata Dr Leong perlu elakkan guna toner dan serum dalam tempoh 1 minggu selepas Pico Laser dibuat.

Ketiga - Persediaan Sebelum Pico Laser

Selesai je perundingan dengan Dr Leong, den dibawa ke bilik persediaan awal sebelum rawatan Pico Laser dibuat di mana beautician akan membersihkan semua kotoran yang ada di muka kita. Kemudiannya, krim kebas akan disapu di seluruh muka bagi mengurangkan kesakitan sewaktu rawatan Pico Laser dibuat.

Masa nak tunggu krim kebas memberikan efek kebas kepada muka dalam tempoh 30 minit, rasa nak terbuai-buai macam nak lena pun ada sebab waktu rehat tuh diiringi dengan lagu-lagu yang dipasang siap dengan desiran ombak. Ada satu lagu daripada music box zaman dulu yang klasik yang den dah lama tak dengar pun dimainkan. Syahdu sangat rasanya.

Keempat - Rawatan Pico Laser

Hati den memang agak berdebar sebelum Dr Leong membuat rawatan Pico Laser ke atas muka den. Risau juga kot sakit sangat ke macam mana. Alhamdulillah takde la sakit mana pun rawatan tuh. Rasa macam muka kena gigit semut setiap kali laser tuh dipancarkan ke tempat sasaran iaitu pigmentasi yang bermaharajalela tu.

Rawatan Pico Laser yang Dr Leong buat ke atas muka den mengambil masa lebih kurang 25 minit.  

Selepas siap rawatan Pico Laser, beautician pakaikan mask di muka den bagi meminimakan kesan ‘down time’akibat laser tersebut.

Kesimpulan

Kalau ada rezeki lebih in sya Allah den nak teruskan buat rawatan Pico Laser bagi meminimakan pigmentasi di muka den sebelum buat rawatan untuk skin tag pula.

SEBELUM RAWATAN

SELEPAS RAWATAN

Alhamdulillah den rasa okay sangat Dan berpuas hati dengan layanan dan rawatan oleh Dr Leong yang dibuat di Dr Chong Clinic nih. 

Ada pelbagai rawatan kulit muka, aesthetic treatment yang ditawarkan di Dr Chong Clinic ni. Korang boleh dapatkan maklumat lanjut tentang rawatan kulit, badan dan rambut di:

Website : www.drchongclinic.com

Facebook : www.facebook.com/drchongclinic

Instagram : www.instagram.com/drchongclinic

YouTube : www.youtube.com/DrChongClinic

Email : enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm

Sabtu - Ahad : 10am - 6pm

Untuk temujanji hubungi: 018-2528088 (general line)

5% Lagi Tambahan Diskaun

Kalau korang pergi ke Dr. Chong Clinic dan guna tiket nama “Bidasari Bahashim” korang boleh dapat tambahan diskaun sebanyak 5% (tambahan kepada harga promosi sedia ada sehingga 30 September tuh).

Selepas mendengar nasihat penuh berhemah lemah lembut oleh Dr Leong tentang penjagaan kulit muka, den bersemangat nak terus memperbaiki kualiti kesihatan kulit muka den.

So moh la kita sama-sama menjaga kulit muka supaya lebih sihat.

Jangan lupa survey jenis perawatan kulit wajah yang sesuai dengan korang lagi-lagi dalam tempoh promosi hebat sehingga 30 September oleh Dr Chong Clinic ni ye.

Terima kasih Dr Leong di atas rawatan Pico Laser yang diberikan


3 Comments

  1. bestnya dapat sponser beauty ni..makin cantikla lepas ni..yeayyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehehe in sya Allah. Semoga ada harapan nak dapat kulit flawless tanpa filter gitu. Chewah...

      Delete
  2. Halo semuanya, Nama saya Siska wibowo saya tinggal di Surabaya di Indonesia, saya seorang mahasiswa, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman untuk sangat berhati-hati karena ada banyak perusahaan pinjaman penipuan dan kejahatan di sini di internet , Sampai saya melihat posting Bapak Suryanto tentang Nyonya Esther Patrick dan saya menghubunginya melalui email: (estherpatrick83@gmail.com)

    Beberapa bulan yang lalu, saya putus asa untuk membantu biaya sekolah dan proyek saya tetapi tidak ada yang membantu dan ayah saya hanya dapat memperbaiki beberapa hal yang bahkan tidak cukup, jadi saya mencari pinjaman online tetapi scammed.

    Saya hampir tidak menyerah sampai saya mencari saran dari teman saya Pak Suryanto memanggil saya pemberi pinjaman yang sangat andal yang meminjamkan dengan pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp200.000.000 dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau tekanan dengan tingkat bunga rendah 2 %. Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa nomor saya diterapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, segera saya menghubungi ibu melalui (estherpatrick83@gmail.com)

    Dan juga saya diberi pilihan apakah saya ingin cek kertas dikirim kepada saya melalui jasa kurir, tetapi saya mengatakan kepada mereka untuk mentransfer uang ke rekening bank saya, karena saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres atau penundaan.

    Yakin dan yakin bahwa ini asli karena saya memiliki semua bukti pemrosesan pinjaman ini termasuk kartu ID, dokumen perjanjian pinjaman, dan semua dokumen. Saya sangat mempercayai Madam ESTHER PATRICK dengan penghargaan dan kepercayaan perusahaan yang sepenuh hati karena dia benar-benar telah membantu hidup saya membayar proyek saya. Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman, silakan hubungi Madam melalui email: (estherpatrick83@gmail.com)

    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (siskawibowo71@gmail.com) jika Anda merasa kesulitan atau menginginkan prosedur untuk mendapatkan pinjaman

    Sekarang, yang saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran pinjaman bulanan yang saya kirim langsung ke rekening bulanan Nyonya seperti yang diarahkan. Tuhan akan memberkati Nyonya ESTHER PATRICK untuk Segalanya. Saya bersyukur

    ReplyDelete