Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada sesiapa yang ada rancangan hendak pergi ke Melaka dalam masa terdekat ni?

Kalau masih terfikir-fikir di mana hendak menginap bila berjimbaan di Melaka sebab Melaka adalah salah sebuah Negeri yang sememangnya mempunyai banyak sangat hotel, den nak cadangkan korang cuba menginap di Swan Garden Hotel Melaka di Kota Laksamana, satu zon pembangunan komersial yang dibangunkan di atas reclamation land.

Kawasan sekitar Swan Garden Hotel Melaka ni masih tidak terlalu terkesan dengan kesesakan lalu lintas.

Masuk je hotel memang akan terpesona dengan deretan hiasan beberapa ekor angsa yang pelbagai saiz dan warna. Comel sangat ni. Geram je.

4 Jenis Tema Bilik Hotel

Hotel 10 tingkat yang beroperasi sejak 2013 ini mempunyai 100 buah bilik dengan 4 tema iaitu Bali (tingkat 3), Baba Nyonya (tingkat 4 dan 5), Melayu Tradisional (tingkat 6 dan 7) dan British Columbia (tingkat 8 - 10). Setiap tema mempunyai keunikan seni yang tersendiri. Den dah pastinya suka sangat dengan tema Bali because I am always in love with Bali.

Bali


Baba Nyonya

Bilik suites dia mempunyai sinki yang paling cantik yang den pernah jumpa dalam hidup den. Serious tak sampai hati nak gosok gigi sebab comel sungguh sinkinya.

Melayu Tradisional
British Columbia

Jenis Bilik dan Harga Bilik

Terdapat pelbagai pilihan bilik yang boleh disesuaikan dengan bilangan mereka yang hendak menginap serta keselesaan seseorang.

Deluxe room RM95+++ke atas

Deluxe room with courtyard RM120

Family room RM120 - RM130

Garden suite - weekday RM220 weekend RM280

Swan suite - weekday RM250 weekend RM310

Semua suites mempunyai bath tub.

Bilik yang mempunyai jakuzi - weekday RM480 weekend RM600++

Super peak season - public holidays dan cuti panjang (harga memang akan meningkat berdasarkan keadaan semasa) ie deluxe room harga boleh jadi RM220++

Boleh hubungi hotel bagi mendapatkan harga bilik yang sebenar pada tarikh yang kita hendak menginap.

Family Room

Den dan keluarga berpeluang menginap di bilik keluarga di tingkat 4 dengan tema Baba dan Nyonya.

Bilik dengan sebuah katil Queen dan katil single ini sangat selesa untuk kami sekeluarga empat beranak. Bersih dan kemas memang kriteria den apabila menginap di mana-mana bilik hotel.

Memang 5 bintang untuk kriteria selesa, bersih dan kemas.

Hiasan bilik memang pasu dan gambar memang boleh dapat markah lebih sebab keunikan tema Baba Nyonya tuh sendiri.

Siaran televisyen yang channels nya pelbagai cukup lengkap dengan Disney (untuk kiddos), National Geographic (untuk buong dan kiddos) dan movie channel (untuk den).

Bilik air paling cantik rasanya yang den pernah jumpa dalam hidup den sebab jubinnya yang colourful sangat. Sinki pun comel.

Setiap nombor bilik dilengkapi dengan sweet quote. First time rasanya den jumpa keunikan macam ni. Dah la den memang suka nice quotes. Jadinya 5 bintang juga untuk effort sebegini.

Kemudahan di Swan Garden Hotel Melaka

Selain daripada terdapat 4 pilihan tema bilik yang menarik untuk dipilih apabila menginap di Swan Garden Hotel Melaka, ada pelbagai kemudahan yang membuatkan hotel ini sesuai dipertimbangkan bukan sahaja untuk keluarga berehat dan kawan-kawan melepak tetapi juga untuk tujuan perniagaan dan perkhidmatan.

Swan Spa Village

Para suami boleh belanja isteri masing-masing untuk memanjakan diri di spa yang terletak di tingkat 3 hotel yang beroperasi setiap hari dari 10 pagi.

Girls staycation untuk birthday, bridal shower, meraikan hari graduasi dan lain-lain akan lebih menarik dengan customize spa day/gathering. Best kan?

Seronok kan dapat lepak kat spa untuk urutan manja mengurangkan sakit belakang, sakit kepala, lenguh tengkuk, etc.

Sebarang pertanyaan tentang pakej spa boleh hubungi

Facebook : www.facebook.com/swanspavillage

Email : spa@swangardenhotel.com

Telefon: +606-288 0688

Restoran

Restoran di sini masih di dalam pengubahsuaian jadinya tak dapat la den nak tengok molek ke tak restorannya. So kalau memang plan nak makan kat hotel je kena check dulu dengan hotel restorannya dah beroperasi ke belum masa korang nak ke Melaka ye.

Live Band

Ada sebuah bar di tingkat 2 yang semasa sebelum PKP dan PKPB diceriakan dengan dendangan lagu oleh live band. Den dan hiburan memang tak dapat dipisahkan. Jadinya memang la kena datang lagi ke hotel ni nanti bila live band dah boleh buat persembahan semula kan.

Bilik Seminar dan Kursus

Terdapat 2 bilik seminar dan kursus yang boleh dipertimbangkan iaitu Bilik Swan 1 yang boleh memuatkan 200 orang dan Bilik Swan 2 yang boleh menampung 100 orang dalam satu-satu masa.

Kedai BMS Organic

Di lobi Swan Garden Hotel Melaka terdapat sebuah kedai yang menjual produk kesihatan dan kecantikan berasaskan bahan organik. Kedai BMS Organic yang beroperasi dari 10 pagi - 7 malam setiap hari menawarkan barangan organic pada harga yang masih mampu milik.

Den sempat beli cuka epal, 2 jenis rolled oat, garam laut dan gula hitam. Semua barang ni RM46. Not a bad price for the organic product right?

Kiosk Amber Hut

Kiosk comel yang menjual barangan perhiasan berasaskan batu Amber. Kalau tak beli pun takpe je sebab terapi mata tengok barang cantik-cantik ni.

Tempat Menarik Terdekat dengan Swan Garden Hotel Melaka

Tiga tempat popular dan menarik yang terdekat dalam radius 10 km daripada Swan Garden Hotel Melaka adalah:

Kuih keria gula Melaka (Limbongan) - 4 km

Coconut shake Klebang - 4.4 km

Muzium Kapal Selam Melaka - 6 km

Jadinya moh la kita beramai-ramai menginap di Swan Garden Hotel Melaka bila kita berjimbaan di Melaka ye. Untuk makluman juga, Swan Garden Resort yang terletak bersebelahan dengan Swan Garden Hotel Melaka akan dibuka pada akhir tahun 2020 yang akan dilengkapi dengan ada swimming pool, amusement park dan kemudahan lain.

Untuk maklumat lanjut tentang harga bilik dan sebagainya, boleh lihat:

Website : https://www.swangardenhotel.com/melaka/

Facebook : www.facebook.com/swangardenhotelmelaka

Instagram : www.instagram.com/swangardenhotel

Email : reservation.melaka@swangardenhotel.com

Telefon: +606-288 0888

Alamat: 1, Jln KSB 1, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka

https://goo.gl/maps/SQnkM6JCmexogBhu9

Till then selamat berjimbaan ke Melaka ye dan jangan lupa letak kupon letak kereta hari Sabtu dan Ahad k sebabnya free parking di Melaka adalah pada hari Isnin, Selasa dan cuti umum. Kalau tidak mendapat la surat cinta daripada Majlis Perbandaran Melaka hehehehhehee. Jaga diri semua

4 Comments

  1. psstt cakap tak sampai hati nak gosok gg..hahah jadi persoalanny gosok tak gg tuh?hahah kidding je sis..eh affordable la harga bilik family..da la mmg nak kemelaka isnin ni

    ReplyDelete
  2. Cantik betol sinki oren tu kan. Nyesal plak xselfie aritu hahaha

    ReplyDelete