Tidak mahu kuingat lagi

Apa yang telah terjadi

Tragedi Oktober

Benarlah bagai kata Awie dan Wings di dalam lagu Tragedi Oktober sebagaimana apa yang berlaku kepada Malaysia sekarang sejak berakhirnya PRN Sabah di mana pertambahan kes Covid19 telah mengakibatkan kepada pengumuman PKPB di Sabah, Kedah, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dari 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.

Walaupun gelombang kes Covid19 setakat post ini ditulis mencecah 850++ sehari, berganda-ganda melebihi angka semasa PKP diisytiharkan semasa bulan Mac lepas, mungkin Kerajaan tidak mampu untuk melaksanakan total lockdown di seluruh negara setelah mengambilkira faktor ekonomi dan kesihatan mental rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Akhirnya tanggungjawab tertanggung di atas diri kita sendiri untuk memutuskan rantaian Covid19 agar kesinambungan kemandirian hidup dapat diteruskan.

Gelombang Covid19 pada kali ini sememangnya adalah Tragedi Oktober kepada den dan rakan seperjimbaan yang telah pun menempah tiket awal September lepas untuk berfoya-foya di Sabah pada akhir Oktober ini. Nangis mengenangkan kos tiket kapal terbang yang burn itu. Tapi macam mana pun kesihatan dan keselamatan adalah keutamaan yang tertinggi.

Tragedi Oktober juga apabila kitaorang telah booking sesi merehatkan minda di tempat yang terletak di salah satu daerah di Selangor tetapi menjelang sehari kami nak pergi, diumumkan pula PKPB di Selangor yang melarang pergerakan antara daerah. Nangis lagi huhuhuhuhu.

Itu tidak cerita lagi tentang kejadian-kejadian pencemaran sumber air yang menyebabkan loji shutdown lalu dan diakhiri dengan insiden ketiadaan air ke beberapa tempat di Lembah Klang. Sejak Covid19 ni, sakan pula pihak tidak bertanggungjawab melepaskan bahan pencemar ke sumber air. Itu tidak kira lagi tiba-tiba ada kemalangan lori terjun ke dalam sungai huhuhuhuhu. Bila pencemaran mengambil status berdiam diri seketika, tiba-tiba pula paip utama penyaluran bekalan air bersih pecah, membawa kepada terputusnya juga bekalan air. Adoi la. Penuh dugaan sungguh arena pengurusan sumber air di Lembah Klang pada 2020 ini.

Sepatutnya hari ni den ada high tea bersama kawan-kawan sempena Pink October Breast Cancer Awareness di Kuala Lumpur tapi udah tak boleh nak merentas sempadan makanya tergendala la agenda nak makan desserts sambil bergosipan. Rasa terkilan tuh normal tapi kita berpegang kepada setiap yang berlaku in sya Allah ada hikmahnya.

Memang Oktober 2020 dipenuhi dengan tragedi.

Boleh juga dikatakan kekerapan den mengupdate blog turut PKP bersama tuannya yang kengerian sungguh tahap kemalasannya itu. Ini adalah lagi satu tragedi tapi lebih tragis kerana ianya bukan Tragedi Oktober sahaja tetapi juga tragedy setiap bulan pada tahun 2020 ni. Tak pasti kenapa malas nak pengsan nak update blog ni padahal banyak je cerita yang boleh dikongsikan.

Boleh dikatakan 2020 is cancel. Jangan la pandai-pandai buat rancangan berjimbaan yang melibatkan tiket kapal terbang kerana tak tau sampai bila kita akan PKPB bagai ni. Let just sit tight at home and wait for 2021 before we started to plan sesi berjimbaan bersama keluarga dan rakan-rakan.

In sya Allah den akan cuba update blog sekerap yang terdaya ye huhuhuhu.

Marilah kita bersama-sama berusaha memutuskan rantaian Covid19 ini agar kehidupan kita boleh kembali kepada rutin yang lebih selamat dan selesa.

Stay safe dan jaga diri ye semua.


0 Comments