Kompleks Nasyrul Quran Tempat Menarik Putrajaya 2020 Bahagian 1
Cerita nih berkurun-kurun
duduk dalam draf sebab tahun ni merupakan tahun den pemalas sungguh hendak
update blog tak pasti la kenapanya.
Den bersama group kelas
tajwid berpeluang melawat ke Kompleks Nasyrul Quran yang terletak di Presint
14, Putrajaya pada 19 Disember 2019.
Cerita dah nak masuk satu
tahun baru nak cerita sekarang. Biasa la den nih ha, perkara yang baik selalu
lambat sangat nak dikongsinya tak pasti la kenapa.
Seriously den tidak pernah
tahu tentang kewujudan Nasyrul Quran ini yang merupakan kompleks atau pusat
pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Madinah.
Jejak je kaki ke Kompleks
Nasyrul Quran yang dibangunkan dengan dana RM60 juta ini sememangnya akan
membuatkan kita terkesima melihatkan bangunan yang tersergam indah dengan
binaan dan seni ukiran Islam yang menyejukkan hati dan minda.
Bangunan tuh sendiri dah
tersergam indah. Setiap ukiran pada pintu, etc memang menarik sangat. Untuk
orang yang suka OOTD memang den boleh katakan banyak tempat yang korang boleh
berposing sakan di sini.
Terdapat 3 ruang pameran
yang terdapat di Nasyrul Quran iaitu:
1. Galeri Mushaf Luar Negara - Mushaf
dari beberapa negara di dunia;
2. Galeri Mushaf dari semua Negeri di Malaysia; dan
3. Galeri Hiasan Dalaman dan Seni Bina Islam.
Terdapat juga ruang lain di
Nasyrul Quran iaitu:
1. Anjung Tinjau yang merupakan pusat/kilang percetakan Quran;
2. Jualan Quran, buku
agama, cenderahati dalam bentuk arah kiblat, penanda buku, cawan, poster dan
sebagainya; dan
3. Café. Yang ini kitaorang
tidak sempat singgah sebab hendak mengejar masa.
Disebabkan den pastinya
akan terkelembap di dalam berkongsi cerita tentang Nasyrul Quran ini dan den
nak kongsikan hampir semua gambar-gambar menarik yang den sempat rakamkan di
sini, den akan bahagikan cerita tentang Nasyrul Quran ini kepada 2 bahagian ye.
Dewan taklimat |
Den sarankan korang sampai
pagi dalam pukul 9 am macam tuh sebab kalau ada kumpulan yang besar yang datang
pada ketika itu, kita boleh turut serta di dalam penerangan ringkas tentang
Nasyrul Quran di dewan dalam pukul 9.30 pagi. Setiap lawatan mengambil masa
lebih kurang 2 jam.
Kalau korang nak datang in
group rasanya lebih baik hubungi pihak Nasyrul Quran untuk tarikh yang sesuai
supaya tidak terlalu banyak group langsung dah bersesak-sesak. Lagi-lagi
Malaysia akan berada di dalam tempoh PKPB sehingga Disember 2020, makanya lebih
baik semak dulu apa SOP yang telah ditetapkan oleh Nasyrul Quran terutamanya
bagi lawatan dalam kumpulan ye.
Tayangan Video Nasyrul Quran
Ada 3 tayangan video yang
ditunjukkan semasa taklimat ringkas tentang Nasyrul Quran.
1. Video 1 - Al Quran
mushaf Malaysia (guna motif Malaysia). Budaya penyalinan Quran sebagai budaya
Malaysia. Sekarang ada 10 manuskrip. 2010 Malaysia cetak Quran sendiri.
Terjemahan dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Jawi, etc.
Penyalinan Quran dibuat di Shah
Alam dan dicetak di Nasyrul Quran, Putrajaya.
Semuanya diuruskan oleh Yayasan
Restu. www.yayasanrestu
2. Video 2 tentang bangunan
Nasyrul Quran dan perkara-perkara yang berada di dalamnya.
3. Video 3 - pameran tentang
perjalanan hidup Rasulullah, Rehlah Nabawiyah yang terdapat di Kompleks
Seni Islam Antarabangsa Selangor, Seksyen
10, Shah Alam. Boleh baca di sini ye tentang Rehlah Nabawiyah Rehlah Nabawiyah ni http://www.dinohauz.com/2020/01/tempat-menarik-di-shah-alam-2020-rehlah.html
Percetakan Al-Quran di Nasyrul Quran
Putrajaya
Mesin cetak buatan Jerman boleh
mencetak 10,000 - 15,000 helai muka surat (depan belakang) dalam masa 1 jam.
4 jam diperlukan untuk
menyemak setiap huruf bagi 16 mukasurat Al-Quran yang dicetak.
Di dalam tempoh 1 jam,
sebanyak 1300 Al-Quran boleh disiapkan.
Pemandangan kawasan percetakan Al-Quran dari Anjung Tinjau |
10 Langkah untuk menyiapkan sebuah Al-Quran
1. Pengeluaran plate
2. Semakan plate
3. Penyusunan kertas
4. Pemasangan plate
5. Penglipatan juzuk Al quran
6. Pre-gather juzuk Al quran
7. Pengumpulan juzuk Al Quran
8. Pemasangan soft cover
9. Penjahitan Al Quran
10. Pemasangan hard cover
2. Semakan plate
3. Penyusunan kertas
4. Pemasangan plate
5. Penglipatan juzuk Al quran
6. Pre-gather juzuk Al quran
7. Pengumpulan juzuk Al Quran
8. Pemasangan soft cover
9. Penjahitan Al Quran
10. Pemasangan hard cover
In sya Allah banyak ilmu
kita boleh dapat bila melawat Nasyrul Quran ni.
Sementara nak tunggu entah
bila den nak siapkan bahagian 2 tentang Nasyrul Quran ni, korang boleh dapatkan
maklumat lanjut tentang Kompleks Nasyrul Quran di:
Website1: https://yayasanrestu.com/
Website2: https://www.nasyrulquran.com/
Email: nasyrulquran.nq@gmail.com
Waktu Operasi: 9 pagi - 5
petang (setiap hari)
Alamat: Nasyrul Quran, 14811, Jalan P14J, Presint 14,
62675,
Putrajaya
Putrajaya
6 Comments
Baru tahu boleh masuk and tour dalam tu.. thank for the info :D
ReplyDeleteIn sya Allah memang menarik tempat ni
Deletehai, jom join GA ni
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html
Terima kasih atas info
Deletecantik kawasan dalam ni
ReplyDeletememang terpesona tengok ukiran, senibina di sini
Delete