Cerita bahagian kedua ini akan dipenuhi dengan gambar-gambar yang sempat den ambil semasa lawatan bersama kelas tajwid ke Kompleks Nasyrul Quran yang terletak di Presint 14, Putrajaya pada 19 Disember 2019 lepas. 

Disebabkan dah berkurun baru den nak coretkan ceritanya di sini, pastinya akan ada maklumat yang tidak lengkap sebab den tidak buat catatan apa pun walaupun sedari diri ini memang ada goldfish memory syndrome.

Untuk maklumat tentang guided tour dan apa yang ada di Nasyrul Quran, boleh baca di https://www.dinohauz.com/2020/09/tempat-menarik-putrajaya-2020-kompleks.html

Struktur Motif dan Corak Mushaf

Struktur motif dan corak Mushaf bagi setiap negeri dalam Malaysia dan luar negara adalah daripada pelbagai sumber seperti motif dari bendera, istana, bangunan bersejarah macam muzium, barang kemas, bunga kebangsaan, kraftangan, pakaian dan makanan tradisi, etc.


Bila baca pasal motif dan corak yang terdapat di setiap Mushaf yang terdapat di Kompleks Nasyrul Quran ni, secara tidak langsung kita dapat pelbagai maklumat tentang pelbagai perkara yang selama ini den tidak pernah tahu pun. In sya Allah memang berbaloi.
Dakwat yang digunakan bagi Mushaf dalam negara sebahagiannya merupakan campuran daripada kacang soya dan minyak sawit.

Den kongsikan dulu tentang Mushaf Putrajaya ye. Banyak betul corak dan motif untuk mushaf yang satu ini. 
Galeri Mushaf Luar Negara 

Galeri ini menempatkan Mushaf dari beberapa negara di dunia seperti Khmer, Kazakhstan, Acheh, Thailand, Filipina, Syria, Nigeria, Singapura, Senegal, Rusia, Afrika, Iran dan India.

Ada juga Mushaf Nusantara, Mandarin dan Nurfatimah (Mushaf Fatimah - design, tulisan, etc dibuat oleh wanita sahaja).

Ummu Quran Mushaf Palestin

Mushaf yang paling menarik perhatian den adalah Ummu Quran Mushaf Palestin di mana setiap Juzuk Al-Quran dilengkapkan dengan struktur motif dan corak yang diambil daripada binaan masjid dan bangunan bersejarah lain di daerah-daerah di Palestin seperti Jerusalem, Gaza, Haifa, Baisan, etc. Setiap corak mempunyai asal-usul tersendiri. 
Quran Mushaf Alif India - Setiap ayat di dalam al-Quran ini dimulakan dengan huruf alif.
Quran Mushaf Iran mengandungi terjemahan dalam bahasa Parsi.

Galeri Mushaf dari semua Negeri di Malaysia

Galeri yang menempatkan Mushaf dari setiap negeri dalam Malaysia ni pun menarik di mata den sebab motif dan coraknya adalah daripada subjek yang den tidak pernah ketahui kewujudannya. Banyaknya la ilmu yang masih tidak terbelajar kan.
Selain daripada masjid, istana dan bangunan bersejarah dijadikan sebagai motif dan corak Mushaf bagi negeri dalam Malaysia, struktur keratan rentas buah nenas (nenas belah 2, belah 4, belah 6, belah 8 mempunyai motif yang berbeza), ukiran pending, perahu, wau, bunga durian, buah padi, buah getah, kekisi tingkap rumah lama, sulaman dan tekat, ruas tebu, etc merupakan corak dan motif unik yang diabadikan di dalam Mushaf ini. 

Sila menjamu mata tengok semua Mushaf bagi setiap negeri yang diabadikan bagi setiap Juzuk di dalam Al-Quran ni ye.















Sebahagian lagi corak dan motif.








Teruskan membaca ye.















Galeri Hiasan Dalaman dan Seni Bina Islam

Ini merupakan kawasan yang sangat berwarna-warni dan cantik kalau suka bergambar.

Ada banyak hiasan tulisan khat, jubin pelbagai corak, motif dan kaligrafi dan pasu-pasu besar yang boleh menjadi background suasana ceria Aidilfitri untuk bergambar gitu.
Kena masukkan dalam bucketlist untuk melawat 6 tempat yang dihiasi dengan hasil tangan daripada Nasyrul Quran ni iaitu:

1. Masjid Al-Arfiah, Kg. Bt. 3, Segari, Perak - Rekaan Kubah;

2. Masjid Imtiaz, Melaka - Rekaan Dalaman;

3. Hotel Mudzaffar, Melaka - Rekaan Dalaman; 

4. Masjid Al-Badr, Pulau Pangkor - Rekaan Dalaman; 

5. Surau An-Namira, Bukit Rimau, Shah Alam; dan

6. Surau Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Akhirnya jangan lupa singgah ke tapak jualan Al-Quran, buku agama, cenderahati dalam bentuk arah kiblat, penanda buku, cawan, poster dan sebagainya. Jangan rambang mata ye di sini. Den sempat beli beberapa bookmarks tapi dah tak ingat letak kat mana sekarang ni huhuhuhuhu.








Den akhiri kisah rombongan Cik Kiah ke Kompleks Nasyrul Quran dengan beberapa gambar den berposing sakan di sini ye. 

Ahli rombongan Cik Kiah




Korang boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Kompleks Nasyrul Quran di:






Waktu Operasi: 9 pagi - 5 petang (setiap hari)

Alamat: Nasyrul Quran, 14811, Jalan P14J, Presint 14, 62675,
Putrajaya


Telefon: 016-718 2741 / 012-9193095

2 Comments

  1. tak pernah lagi jejak kaki kat situ. menarik! bertambah ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha in sya Allah memang berbaloi pergi sini. Paling tidak tengok kesenian Islam yang memang unik

      Delete