Kalau ambil pakej ke Tasik Kenyir tapi tidak singgah bermandi manda di salah satu daripada 14 air terjun yang terdapat di situ macam tak ummppphhh plak rasanya.

Jadinya den memang termasuk antara golongan yang bertuah sebab dapat bermandi manda di Air Terjun Lasir yang merupakan salah satu agenda Eksplorasi Tasik Kenyir bersama Universiti Malaysia Terengganu. Dari Pengkalan Gawi nak ke Air Terjun Lasir ni dalam 16 km.
Kamera profesional photographer
Kamera kita-kita huhuhu
Air Terjun Lasir terkenal sebab airnya terjun sejauh 500 kaki dan membentuk kolam di setiap tingkat.

Perjalanan dari gigi Tasik Kenyir dan menyampaikan ke kawasan air terjun agak boleh tahan jauhnya walaupun telah disediakan laluan bertangga. 
Memang kena bertabahlah bawa acik-acik cam den nih ha yang menapak 3,4 tapak dah kena berhenti mengambil nafas hehhehehehehe.

Walaupun den mandi di kawasan yang dah ke hujung jauh dari air terjun tapi tetap terasa arus sungai agak kuat. Dah pakai life jacket pun masih kerisauan kot tergolek dalam sungai tuh.
Ada banyak batuan sungai di dalam air sungai yang boleh tahan dalamnya tuh.
Cubaan berenang-renang ke tepian demi sekeping gambar di kaki air terjun yang paling hujung memang sangat terpleot. Dah sampai di kaki air terjun tak dapat pula nak duduk di atas batu sebab arus sangat kuat huhuhuhu.
Tapi seronok aje la dapat berendam di dalam air sungai walaupun tidak dapat mandi di bawah air terjun.

Titi Gantung

Selain daripada kita boleh nampak air terjunnya mencurah-curah, apa yang istimewa di Air Terjun Lasir adalah ianya mempunyai titi gantung.

Memang tidaklah setinggi dan sepanjang mana tapi untuk spesies ala-ala gayat tidak boleh menjadi Spiderman macam den nih ha, memang la agak terkebil-kebil nak berjalan di titian gantung tu.

Tapi demi sekeping gambar di atas titi gantung, den tabahkan juga hati melangkah kaki meniti jambatang gantung itu hehehhehheehe.
Kumbang bukan sebarang kumbang yang terselit dalam gambar ni. Kumbang seorang Pengarah gitu
Kalau datang ala-ala seumpama rombongan Cik Kiah, pastikan setiap masa tidak lebih 30 orang berdiri, bergambar ria di jambatan tersebut ye.
Kemudahan

Tersedia di sini kemudahan laluan bertangga, pondok rehat, tandas tersedia di sini.

Staff UMT bagitau ada tapak perkhemahan di kawasan air terjun yang lebih tinggi tapi memang la den tak akan panjat pergi menyiasat sebab I am a scaredy cat like that.
Menunggu bot dapat menjemput selepas puas berendam dalam sungai. Sambung plak mandi dalam Tasik Kenyir heheheheh
A must visit kalau datang Tasik Kenyir ye.

Kalau nak dapatkan maklumat lanjut tentang Universiti Malaysia Terengganu yang menganjurkan program Eksplorasi Tasik Kenyir ni, korang boleh layari:

Website: www.umt.edu.my





Gambar yang cantik-cantik semuanya dari lensa photographer Amazing Terengganu, UMT dan sebagainya.

2 Comments