Taman Herba Tasik Kenyir terletak di Pulau Sah Kecil, lebih kurang 7 km dari Pengkalan Gawi merupakan tempat pertama lawatan bagi Eksplorasi Tasik Kenyir UMT Bersama Media Sosial pada kali ini.
Peserta Eksplorasi Tasik Kenyir anjuran UMT
Taman Herba seluas 15.84 hektar ada lebih kurang 200 spesies pokok herba yang diselenggarakan oleh KETENGAH.
Tak sempat nak lawat semua ruang di taman herba yang luas tuh sebab by the time kitaorang nak hampir sampai di Taman Herba Tasik Kenyir, hujan turun renyai-renyai dan kekangan masa.

Tapi still kitaorang redah juga berjalan-jalan di taman herba sambil membaca maklumat apa yang tersempat yang ada sebab bila lagi kan nak sampai di sini.

Minum Air Herba

Kalau datang ke Taman Herba Tasik Kenyir ni make sure korang cuba air minuman herba yang disediakan memang untuk pengunjung rasa yang dimasak secara tradisi menggunakan kayu arang di Pondok Harmoni.
Kombinasi minuman herba masa kitaorang melawat Taman Herba Tasik Kenyir hari tu adalah Kacip Fatimah dan Daun Mas Cotek (rasa macam teh tanpa gula ala-ala green tea pun iya juga) serta kombinasi Tongkat Ali Putih dan Tongkat Ali Hitam (pahit pengsan). Den siap minum 2 cawan air herba campuran Kacip Fatimah dan Daun Mas Cotek sebab rasanya okay je untuk tekak den.
Walaupun cawannnya comel cuba minum tengok air herba Tongkat Ali, tengok lalu ke tak nak habiskan hehehehehe
Maklumat Setiap Pokok Herba (Nama Umum, Nama Saintifik dan Maklumat Ringkas Kegunaannya)

Terkebil-kebil mata membaca nama setiap spesies herba yang mana tersempat. Memang tak sempat sangat nak baca nama saintifik yang panjang berjela tu huhuhuhuhu. Setiap pokok herba juga disertakan dengan maklumat ringkas kegunaan setiap herba tersebut.
Bloggers at work. Macam ni la demi mendapatkan sekeping gambar yang cantik gitu
Kemudahan di Taman Herba Tasik Kenyir

Kemudahan yang disediakan di sini boleh dikatakan just nice. Ada ruang rehat, tandas, surau, ruang pameran, tempat duduk serta nursery pokok.
Pengunjung sebenarnya boleh membeli pokok herba di nursery pokok yang ada di sini tapi kitaorang tak sempat nak jengah ke nursery nya.

Seronok sebenarnya lepak di Taman Herba Tasik Kenyir ni sebab pemandangan hijau yang dikelilingi Tasik Kenyir, memang cantik banget ye.
Waktu Operasi

Waktu Operasi Taman Herba Tasik Kenyir: 9 pagi - 5 petang (setiap hari)

Kalau korang nak tanya apa-apa tentang penganjur program kitaorang ke Taman Herba Tasik Kenyir iaitu Universiti Malaysia Terengganu, UMT atau sebarang program di UMT, korang boleh layari:

Website: www.umt.edu.my




0 Comments