Korang tau tak Bewah Man merupakan rangka manusia tertua yang ditemui di Malaysia pada tahun 2009? 16000 tahun anggaran umur rangka tersebut. Penemuan ini merupakan antara asas yang menjadikan Gua Bewah sebagai Tapak Warisan.
The team
Taklimat sebelum meneroka Gua Bewah
Itu antara maklumat yang terdapat di pameran artifak dan sejarah yang ditemui di Gua Bewah semasa den dan rakan media lain melawat Gua Bewah di dalam Eksplorasi Tasik Kenyir bersama Universiti Malaysia Terengganu.

Laluan Memasuki Gua Bewah

Laluan nak memasuki gua telah disediakan anak tangga tetapi boleh tahan curam. Jadinya kena pakai kasut yang sesuai dan berhati-hati ye.
Team bloggers. Sorang lagi takde.
Super loved this photo sebab cahaya on point sangat.
Laluan Dalam Gua Bewah

Walaupun guanya agak comel lote tetapi laluan yang disediakan untuk kita meneroka Gua Bewah ada boleh tahan sukar. Ni untuk den yang naik tangga pun terpleot la kan. Jangan la dibandingkan dengan orang spesies outdoor. 
Gambar-gambar cantik ni memang dari lensa Abang Mat Rambo, photographer UMT. Den menumpang kasih menggunakan gambarnya
Perlu bawa lampu suluh atau head lamp masa meneroka Gua Bewah ini sebab memang gelap gelita dalam tu. Boleh je la guna cahaya handphone tapi kalau pakai head lamp lagi mudah. Sila berhati-hati semasa melewati titian kayu yang disediakan sebab ada kayu yang telah mula mereput.
Sakan ye bergambo tunjuk sana sini hehehehehe
Pemandangan di dalam Gua Bewah memang amat mengujakan. Kita boleh tengok corak batuan yang terbentuk, titisan air menitis di atas batuan, cahaya matahari menyelinap masuk di ruang di antara batuan, etc.
Penampakan berenyut-renyut kelawar di dalam gua walaupun jauh daripada pandangan. Hence the other name of Gua Bewah is Gua Tahi Kelawar. Laluan dalam gua penuh tahi kelawar. Jadinya berhati-hati ye.

Tidak ada rezeki nak jumpa ketam istimewa di dalam Gua Bewah kali ini. Sempat jumpa lipas je hehehehehhe.

Tapak Ekskavasi Arkeologi

Ada beberapa tapak ekskavasi arkeologi oleh Jabatan Muzium.
Gua Bewah ini memang forte geologist. Berguna juga ilmu subjek Bahan Batuan dan Geologi yang den belajar kat UKM 20 tahun lepas. Dah tua-tua lagu ni baru nak menghargai ilmu. Haish. Kita pegang konsep better late than never la gitu ye.
Sakan anak-anak muda ni memanjat demi sekeping gambar
Team panjat girls pun ada ye. Girls power gitu
Den yang reti nak memanjat bergambar di bawah je la ye
Galeri Gua Bewah - Artifak dan Fosil

Seperti biasa, bila berjalan-jalan ke mana-mana jarang benar den nak ada kesempatan untuk membaca semua maklumat yang dipamerkan sebab kesuntukan masa. Walaupun ruang pameran di Gua Bewah adalah comel sungguh tetapi tetap juga maklumat yang ada di situ den tidak sempat baca habis. Jadinya den kongsikan maklumat yang sempat den rakamkan gambar-gambarnya untuk pembacaan kita bersama sebab sharing is caring gitu.
Ruang pameran pun klasik habis
Pelan susur atur Gua Bewah
Tiba-tiba disinari cahaya gitu
Dimaklumkan juga sekiranya kita hiking dalam 40 minit dari Gua Bewah (mengikut laluan tertentu), kita boleh jumpa pokok Melunak yang sangat besar dan perlukan beberapa orang dewasa untuk peluk habis pokok itu.

Bila dah habis program Eksplorasi Tasik Kenyir ni, baru dimaklumkan bahawa ada perkara mistik di sini. Adoi la meremang bulu roma. Jadinya kepada sesiapa yang berkunjung ke sini, baca dulu doa apa yang patut dan pendinding diri supaya sentiasa di bawah lindungan Allah.

A must visit kalau datang Tasik Kenyir ye.
Pemandangan Tasik Kenyir sekitar Gua Bewah
Kalau nak dapatkan maklumat lanjut tentang Universiti Malaysia Terengganu yang menganjurkan program Eksplorasi Tasik Kenyir, korang boleh layari:

Website: www.umt.edu.my



  

1 Comments

  1. seronok Gua Bewah nih
    sebab jumpa labah-labah la lipas lah ketam lah
    memang pengalaman yang unik

    ReplyDelete