Memang banyak hotel, resort dan homestay di Pulau Pangkor untuk kita pilih sepanjang masa kita berjimbaan di pulau yang baru mendapat status bebas cukai ni.

Den nak cerita kenapa korang boleh pertimbangkan untuk menginap di Pulau Pangkor atas sebab-sebab yang den akan ceritakan kemudian. 

Pangkor Coral Bay Resort atau kadang kala dikenali dengan Pangkor Coral Bay terletak di kawasan yang dekat sangat dengan Pantai Pasir Bogak, lebih kurang 2 km dari Jeti Pangkor menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan percutian sekeluarga atau bersama kawan-kawan best dan tinggalkan memori indah.
5 Jenis Penginapan

Boleh pilih mana-mana bilik di Pangkor Coral Bay Resort yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet kita untuk menginap sepanjang kita di Pulau Pangkor ni.

3 jenis bilik hotel iaitu Superior (2 orang), Deluxe dan Suite (3 orang).
Bilik suite
Bilik Superior

Ini bilik yang den menginap sepanjang 2 hari 1 malam di Pulau Pangkor. Walaupun untuk 2 orang tapi dia punya luas tuh 4 orang dewasa. Cumanya kena bawa toto la tidur kat bawah hehehehhe.
Duduk 2 orang pun terasa lapang lagi kan den duduk sorang-sorang. 2 katil single den yang punya. Sakan la den bergolek sana sini. Dah la empuk kan. Memang mengundang untuk tidur lalu terlajak kalau tidak kunci jam.

Ada disediakan mini fridge. Televisyen siaran pun jelas. Ada sejadah disediakan di setiap bilik.

Bilik air ada bath tub. Boleh la berendam di sini sambil fefeling orang hado-hado gitu.
Jarang dapat hotel yang ada balkoni. Makanya memang teruja melepak di balkoni walaupun tidak mengadap laut tapi masih boleh nampak pemandangan seluas mata memandang.
Apartment

Kalau korang datang ramai-ramai ala rombongan Cik Kiah, Pangkor Coral Bay Resort ada sediakan 2 jenis apartment untuk korang pilih iaitu apartment 2 bilik dan apartment 3 bilik.

Kalau nak terasa lebih macam kat rumah dengan ruang yang lebih besar, korang pilih apartment duplex 3 bilik. Cumanya kalau ada anak-anak kecil kena berhati-hati lebih sikit, takut sakan depa berlari naik turun tangga hehehehehe.
Apartment dan apartment duplex
Kemudahan 

Bagi ibu bapa kalau menginap di mana-mana hotel mesti nak cari swimming pool sebab itu la kegembiraan anak-anak. Pangkor Coral Bay Resort ada swimming pool untuk kanak-kanak (siap ada gelongsor) dan dewasa.

In sya Allah budak-budak memang akan mandi pool kat sini sampai lebam.
Untuk parents yang menunggu anak-anak mandi pool, boleh beli kudapan dan berehat-rehat di kerusi yang disediakan di sekitar pool ye.

Indoor playground pun ada. 
Ada 2 hypermarket di lobi resort. Sebuah hypermarket baru je dibuka pada 14 Mac 2020 yang menawarkan pelbagai barangan bebas cukai dari coklat ke pinggan mangkuk bagai. Sediakan aje duit untuk shopping sakan di sini ye.
Pangkor Coral Bay Resort juga ada menyediakan pakej aktiviti kepada mereka yang menginap di sini macam island hopping with beach BBQ lunch, sea tour/snorkeling with snacks, city island tour dan lain-lain.

Untuk harga setiap jenis penginapan dan pakej 2020, boleh rujuk gambar di bawah ye.
Makanan Yang Sedap Menjilat Jari

Ini adalah cerita yang paling best sekali untuk den sepanjang den ada di Pangkor Coral Bay Resort sebab makanannya memang antara yang terbaik. 

Rasa makanan memang berbintang-bintang.

Makan Tengahari                          
                                           
Sampai je di Pangkor Coral Bay Resort, kitaorang terus dibawa makan tengahari di cafĂ©. 

Bila makan tuh, masing-masing tak berbunyi sebab sedap sangat semua makanannya.

Tak payah cerita banyak. Kita layan gambar ye.
Semuanya sedap belaka
Memang sedap sungguh. Adoi langsung rasa lapar sekarang.

BBQ Dinner 

Ingatkan makan tengahari tuh dah cukup sedap tapi BBQ dinner Pangkor Coral Bay Resort lagi awesome rupanya.

Den boleh katakan BBQ Dinner di Pangkor Coral Bay ini antara BBQ yang den pernah makan dalam hidup den sebab ada pelbagai jenis makanan yang semuanya sedap-sedap.

Tak payah cerita banyak la ye. Korang tengok la gambar-gambar makanan yang memang sedap sehingga menjilat jari nih ha.
Langsung menyesal buat write up ni sebab terkenang-kenang food kat sini
Yang tak bestnya walaupun den cuba makan sebanyak mana pun tetap la juga den tak dapat makan banyak sebab perut dah nak pecah huhuhuhuhu.

Sarapan Pagi

Breakfast pun sedap juga. Adoi la. Makan berpinggan-pinggan.

Boleh den katakan semua makanan kat Pangkor Coral Bay Resort memang sedap-sedap belaka. 

Tak sempat nak ambil gambar sebab terlalu fokus makan sampai lebam.
Satu-satunya gambar breakfast yang den sempat ambil
Ada nasi goreng, ketiaw goreng, egg station, bubur, roti canai (lembut sungguh), etc. 

Memang heaven makanan di sini.

Pantai Pasir Bogak

Ini antara salah satu kelebihan Pangkor Coral Bay Resort sebab ianya terletak sepelaung je dari Pantai Pasir Bogak ni. Tak sampai 5 minit berjalan kaki nak ke pantai. Boleh layan sunrise dan sunset di sini kalau tak nak mandi laut.
So kalau ada sesiapa merancang hendak bercuti ke Pulau Pangkor, boleh pertimbangkan Pangkor Coral Bay Resort untuk penginapan korang k.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Pangkor Coral Bay, sila hubungi:





Telefon: 05-6855111

0 Comments