Tahun 2019 merupakan tahun yang penting buat Clinelle yang kini sudah berada dalam industri penjagan muka selama 15 tahun dan telah berjaya menghasilkan lebih daripada 70 SKUs serantau. Sepanjang perjalanan 15 tahun ini, Clinelle telah menerima sebilangan anugerah kecantikan yang berprestij, meletakkan jenama Clinelle sebagai salah satu pakar penjagaan muka yang terkenal di dalam industri ini.
Maksud Di Sebalik Clinelle

Tahukah anda Clinelle berasal daripada dua perkataan: clinical dan elle, yang memberi maksud cerah. Sekaligus nama itu merangkum visi jenama Clinelle untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang profesional dan berkualiti. Diperbuat dengan bahan-bahan terbaik yang telah diuji secara klinikal, Clinelle menjanjikan produk yang dikeluarkan akan memberi kesihatan kulit secara optimum dan berseri.

Sejak Clinelle dilancarkan pada tahun 2004, jenama ini telah komited untuk menghasilkan produk-produk tanpa 1,600 bahan yang berbahaya yang akan menyebabkan kerengsaan kulit, penuaan awal dan kekusaman kulit. Dengan itu, Clinelle, berazam untuk berkongsi warisan dermatologinya dengan hanya memilih bahan-bahan semula jadi yang berkesan untuk melindungi kulit.

Pada asasnya, ia merupakan janji Clinelle untuk merumus dan mengeluarkan produk-produk dengan menggunakan teknologi terkini daripada perkilangan antarabangsa terutamanya USA, Perancis, Korea & Switzerland.

Produk penjagaan muka Clinelle diformulasi dengan 100% Tanpa bahan-bahan berbahaya dan hanya menggunakan bahan semula jadi. Diuji secara Dermatologi. Produk adalah selamat untuk digunakan walaupun kulit sensitif.

Kulit Ceria & Sihat Tanpa 7 Bahan

Tanpa Pewangi Tiruan - Mengandungi bahan alergi yang boleh menyebabkan iritasi ke atas kulit.

Tanpa Pewarna Tiruan - Meningkatkan risiko kulit sensitif & pori tersumbat.

Tanpa Komedogenik - Punca pori tersumbat dan jerawat.

Tanpa Minyak Mineral - Punca jerawat.

Tanpa SD-Alkohol - Punca kekusaman kulit dan kering.

Tanpa Lanolin - Punca kerengsaan dan kesan alergik pada kulit.

Tanpa Paraben - Punca kepada risiko kesihatan.

Selain daripada bahan-bahan di atas, pasukan R&D Clinelle juga memastikan bahawa kesemua produk memberikan kesan dan hasil yang terbukti melalui RX3 Actions, ie. Repair (merawat), Refine (memperbaiki) dan Reshield (melindungi) untuk mencapai hasil buat masa yang panjang.

Clinelle percaya bahawa kecantikan sejati datang dari wajah yang ceria dan kulit yang sihat. Jenama ini berterusan menghasilkan kempen pemasaran yang inovatif untuk mendidik para pengguna tentang pentingnya penjagaan wajah yang berkualiti.

Kini, Clinelle berbangga untuk mempunyai produk yang diedarkan di Malaysia, juga di Singapura, Thailand, Indonesia dan Hong Kong dengan pengedaraan dan pengagihan lebih daripada 2,000 farmasi-farmasi dan kedai kecantikan di serantau. Clinelle tidak pernah berhenti sejak penubuhannya untuk menghasilkan produk baru dan inovatif hingga sekarang, menawarkan pelbagai pilihan rangkaian produk penjagaan kulit dan juga penjagaan badan. Ini menjadikan Clinelle sebagai jenama yang boleh dipercayai di dalam pasaran, membezakan dirinya daripada pesaing-pesaing.

Sambutan Ulang Tahun ke-15

Jom raikan bersama! Clinelle kini 15 tahun dan tidak sabar untuk memberikan hadiah kepada pelanggan-pelanggan dengan barangan yang tidak dapat ditolak di dalam Set Kecantikan Edisi Terhad.

Kesemua produk utama akan dipasangkan dengan alat kecantikan yang unik untuk meningkatkan rejimen penjagaan kulit harian individu. Setiap alat kecantikan mempunyai fungsi yang berbeza seperti meningkatkan penghidratan kulit, menganjalkan kulit, mencerah dan mengurangkan lingkaran gelap dan kedutan di bawah mata.

1. Boost your Moisture (RM75.38) – Serum PureSWISS HydraCalm dengan Alat Pengurut Wajah
2. Bloom your radiance (RM84.81) – Serum Pencerah WhitenUp dengan Roller Wajah 3D
3. Sparkle your Eyes (RM95.94) – Serum Mata CaviarGold dengan Pengurut Terapi Mata
4. Embrace your youth (RM113.11) – Esen Keremajaan Age Revive dengan Alat pengontur Wajah V
5. Capture your youth (RM113.11) – Krim Pelembap Age Revive dengan Alat Penegang Wajah

Sempena ulang tahun ke-15, Clinelle juga memulakan roadshow ke 15 lokasi sekitar Lembah Klang untuk memberikan keterujaan kepada para pelanggan. Selain daripada barangan percuma dan harga diskaun, Clinelle juga menjalankan analisis kulit wajah secara percuma kepada para pelanggan di roadshow tersebut. Ikuti Combivan kami, The Clinelle Beauty Ranger di tempat-tempat berikut dan berikan ganjaran kepada diri anda dengan lebih banyak kejutan!

16 Ogos (Jumaat) 1 pm - 9 pm Bandar Utama

17 Ogos (Sabtu) 1 pm - 9 pm My Town Kuala Lumpur

18 Ogos (Ahad) 1 pm - 9 pm AEON Kepong

19 Ogos (Isnin) 11 am - 3 pm Brickfields Asia College

19 Ogos (Isnin) 4 pm - 7 pm Menara TM

20 Ogos (Selasa) 11 am - 3 pm Leisure Mall

20 Ogos (Selasa) 4 pm - 7 pm Central iCity Shah Alam

Clinelle boleh didapati di Watsons, Guardian, Aeon Wellness/ Supermarket, Caring dan farmasi-farmasi tertentu di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk Clinelle ni, korang boleh layari:


  

2 Comments

  1. product famous tengok dah 15 years.
    tak penah cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Rupanya Clinelle dah lama. KSarie baru je berkenalan dengan produk ni. Suami ksarie yang kenal produk ni dulu dari KSarie. Dia kata biasa je nampak kat iklan

      Delete