#BloomingWithIlly 5.0 - Bagan Lalang Beach Clean Up - The Program

22:24
Alhamdulillah petang tadi den dan kiddos berpeluang ada rezeki joint Bagan Lalang Beach Clean Up anjuran Illy Ariffin through #BloomingWithIlly 5.0.
Kami yang super happy dapat joint event #BloomingWithIlly 5.0
Hampir 80% peserta #BloomingWithIlly 5.0 naik bas beramai-ramai dari Kuala Lumpur. Sewaan bas ni disponsor oleh seorang yang misteri gitu sebab dia tak nak bagitau namanya. Thank you mysterious sponsor. Den dan kiddos naik kereta sendiri sebab ada agenda lain plak dah lepas tuh heehehehehhehe.
Bas yang membawa peserta #BloomingWithIlly5.0 dari KL 
Program dimulakan dengan sesi sharing oleh our dear organizer, orang yang merealisasikan dan memungkinkan event ini terjadi iaitu Illy Ariffin. Manis je makwe sorang ni k. Senyum sokmo. Dengar sharing dia memang dipenuhi dengan positive vibes and aura.
Our dear Illy
Penyokong kuat Illy, En Johan aka suami Illy
Disebabkan dah ada group lain yang ada program beach clean up pagi tadi, makanya tak beberapa nak ada sampah untuk dikutip tetapi still terjumpa juga sampah terutamanya di celah-celah pokok.

Beach clean up sekupang, berkupang-kupang lagi masa dihabiskan dengan aktiviti makan-makan dengan jayanya, bersembang, berekreasi, memantau kiddos, etc.
My kiddos dengan Noah
Walaupun anak-anak den lebih sibuk dok main air laut, menendang ombak, main pasir pantai, kejar ketam, kutip siput, etc daripada mengutip sampah tapi tetap la juga event ni mencapai KPI nya (hehehheehhe ayat gomen sudah keluar la).
Antara sampah yang dikutip dan diletakkan di dalam biodegradable garbage bag

Anak-anak semua peserta program paling happy. Sakan budak-budak ni bergelinjang hehehhhehehehe.

#BloomingWithIlly 5.0 - Bagan Lalang Beach Clean Up ni sebenarnya dekat di hati den sebab den kan memang kerja bahagian sumber air. Kalau nak dikira kisah beach clean up ni, ini merupakan kali yang ke berapa puluh dah den joint event beach clean up di seluruh Negeri Selangor sebab tuh salah satu skop keje den hehehehehhe.

Tapi tetap la jua #BloomingWithIlly 5.0 - Bagan Lalang Beach Clean Up ni special untuk den sebab di samping menjebakkan diri buat sekian kalinya to preserve and conserve the beach (ayat gomen lagi hehehehhehee), den get to do it with my superheroes (my kiddos) and kawan-kawan yang dikenali sejak #BloomingWithIlly 3.0. Dapat jumpa kawan-kawan baru adalah bonus point pada event kali ini.

Lepas sakan mengutip sampah yang terdapat di Pantai Bagan Lalang ni, kitaorang minum petang Nasi Ulam Ayam Rendang oleh Khatulistiwah dan AjaibMarketing, Mini Chicken Pie oleh Box Office Cafewwalk, Mineral Water dan Cashew Nuts oleh Guardian, Homemade Flourless Chocolate Cake oleh Claudine serta pelbagai kuih muih yang dibawa oleh peserta program.

Sementara parents dok sakan menjamu selera pelbagai makanan sedap yang disediakan oleh sponsors, kiddos plak enjoy their time at the beach dengan permainan Giant Bubble oleh AjaibMarketing
Selepas berjimbaan dengan jayanya di Pantai Bagan Lalang, semua peserta dibekalkan dengan pelbagai goodies oleh sponsors yang sudi memeriahkan program #BloomingWithIlly 5.0 kali ini yang diletakkan di dalam woven bag yang didesign oleh oleh Alice Springs dan Arge Rac. Mewah kitaorang dengan barang-barang macam Aloe Vera Gel oleh Guardian, Homemade Soap oleh Manja Bath, Natural Wellness Product oleh Tanamera,  Face Mask oleh Dr.Morita, Eye Patch oleh Kocostar, Facial Cleanser+Makeup Remover oleh WashFlakes, Massage Voucher oleh Osta Salon and Spa, Vitamin C dan Berries Supplement oleh Angsa Emas Beaute, Magical White dan Comel Azhar.

In sya Allah den akan ceritakan sedikit sebanyak tentang products yang kitaorang dapat dalam next entry nanti ye.

#BloomingWithIlly 5.0 - Bagan Lalang Beach Clean Up was truly a family friendly event. Budak-budak enjoy dapat berlarian dan bercanda di pasiran pantai. Parents happy bila kiddos happy. Dapat contribute pada kelestarian sumber air dan alam sekitar lagi (I should stop with my gomen sentences right hhehehehehhee). Semua happy dan have fun + makan sedap + jaga alam sekitar. What a blessing right?
Surprise birthday celebration untuk si kembar comel ni adalah antara aktiviti dalam event ni
Terima kasih daun keladi Illy Ariffin sebab keep on spreading the hope, happiness and love to all. Tahniah sebab berjaya host kan #BloomingWithIlly 5.0 - Bagan Lalang Beach Clean Up. You are a darling and an inspiration. 
The VIP yang memungkinkan family beach clean up event ni memang happening. Busy sungguh dia pastikan semua orang have a great time, makan sampai segah perut, etc
Terima kasih sebab sudi invite den dan dua superheroes joint event yang memang best dan happening tuh ye.

Den mendoakan Illy Ariffin sekeluarga dikurniakan umur yang barokah, dimurahkan dan dilapangkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, etc so that you can keep on inspiring dan dapat host lebih banyak event #BloomingWithIlly di masa hadapan ye.

Till then, korang boleh follow Illy Ariffin di: 



YouTube Channel: bit.ly/2TPWa1l

2 comments:

  1. KakSarie, terima kasih tak terhingga sudi spend time sama2 teramat hargai, buatkan tart nenas comel tu lagi. Thank you banyak kak. Semoga Allah balas semua jasa akak menjayakan dan memeriahkan suasana beribu kali ganda. Amin yarabal alamin... apa2 kurang memang illy nak minta maaf sangat. Harap tak serik join lagi kak ❤ seronok tengok budak2 happy main air sambil2 beach clean up ❤❤❤ take care Akak! Enjoy staycation kat avani ❤❤❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks lots dear Illy for everything. I am super grateful to get to know you. Such a beautiful soul and so inspiring. Take care tau

      Delete

Powered by Blogger.