Day 1 - flight pagi ke Jogjakarta - lunch di tepi sawah - Candi Prambatan - Toko silver dan batik - check in di Puri Pangeran Hotel - Alun-Alun Kidul.
 
Flight Air Asia kitaorang pagi. Sempat breakfast kat airport lepas check in lepas dimaklumkan flight delay.
Tengok view macam nih dari seat yang den duduk dalam flight mengingatkan den pada member den yang minat almost everything pasal aviation
Hello Jogjakarta
Sampai je di airport, pemandu pelancong bermisai lebat yang den dah terlupa namanya dah siap menunggu kami di balai ketibaan.
One of the member yang joint trip nih
Kami berlapan menaiki dua buah MPV. Satu MPV empat orang ahli rombongan. Pak Supir MPV yang den naik tuh muda belia lagi. Tak beberapa nak ramah mungkin sebab dia masih muda tapi kalau kita tanya soalan apa semua dijawabnya dengan bersopan santun.

Dari airport, kitaorang terus dibawa untuk makan tengahari di restoran tepi sawah padi. Memang sesuai sebab masing-masing dah agak kelaparan (padahal dah heavy breakfast kat airport KLIA2 dan siap beli makanan dalam flight lagi).
My kudap-kudapan dalam flight
Lepas semua telah gembira makan kekenyangan, kitaorang dibawa melalui jalan yang boleh nampak Candi Prambatan dari kejauhan.

Singgah dengan agak lama juga di Toko Barangan Perak, Batik dan Kopi Luwak sebab solat sekali kat sini + tiba-tiba hujan lebat. Masing-masing tak shopping apa sangat pun dekat sini sebab dah berangan nak shopping di Pasar Malioboro esok malam.

Check in di Puri Pangeran Hotel. Berehat dan mandi sebelum dijemput semula oleh pak supir untuk menaiki kenderaan berwarna warni di Alun-Alun Kidul.

Lepas lenguh kaki mengayuh kenderaan secara perlahan sebab orang ramai yang naik kenderaan di Alun-Alun Kidul, kitaorang makan malam di restoran Duta Minang yang menyediakan masakan Padang sebelum wrap up the day dengan tertidur pengsan sebab kepenatan.

2 Comments

  1. Kuliner Jogja nih beragam dan banyak yg sedap. Duluuuu makanan Jogja terkenal manis kak. Tapi mungkin Krn Jogja semakin ramai dengan students yg nak belajar di sana, lalu banyak juga pendatang dari kota2 lain, jadinya kuliner Jogja mengalami perubahan

    Yg tadinya mostly manis, jadi ada juga yg pedas dan savoury. Sebab itu saya makin suka ke Jogja

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie pun pingin lagi ke Jogja kerana KSarie baru tahu Jogja dikenali sebagai kota buku kerana cinta. Jakarta pula kota buku kerana survival. Semoga ada rezeki KSarie hendak ke sana lagi

      Delete