Tuh adalah jumlah whatsapps yang den terima dalam masa 1 minggu tab den rosak. Handphone pun rosak jugak dalam masa yang sama. 2 in 1 sangat depa dua ekoq tuh tau. Rosak bersama-sama.

40% whatsapps promosi bisnes.
30% whatsapps keje.
20% whatsapp gossips, kawan-kawan, family.
10% whatsapps sekolah anak.

Masa tauke kedai cakap perlu 1 minggu (20 - 27 March) untuk repair tab & handphone den, den risau gak camne la den nak go through 1 week without gadjets nih. Tapi dah alang-alang memang den tak boleh buat apa pun, moh la den mencabar diri den sendiri untuk hidup tanpa gadgets selama 1 minggu.

So apa verdict cabaran life tanpa tab dan handphone selama 1 minggu?

Honestly, surprisingly den okay je. Serious den okay.

Den cuma risau satu perkara je masa takde gadjets nih, maklumat yang tersangat penting macam ahli keluarga sakit tak sampai kat den . Tuh je yang den risau.

Info pasal keje tuh den terpaling gumbira je la den dapat tau lambat ke tak dapat tau langsung hahahahahhaha. Nampak sangat ciri-ciri pekerja cemerlang kan.

Bila takde gadjets nih, den lebih pokos nak buat keje sebab takde kalut nak update gossips or layan sesi luahan perasaan kat whatsapp, den tak sibuk dok tengok fb here and then, tak ralit tengok video clip sapa-sapa menyanyi, tak berkesempatan nak main candy crush, etc. Den nih memang addicted dengan perkara lagho. So kalo takde sumber nak tengok or buat perkara lagho tuh, den terpaksa la bekerja bersungguh-sungguh supaya tak boring.

Disebabkan takde gadjets nih, masa on the way pergi dan balik site visit dalam setengah hari, den sempat baca 50 muka surat buku Aqua Shock Water In Crisis. Nih buku ilmiah yang dipinjamkan oleh sorang consultant Dec 2015 lepas. Serious otak den terkujat-kujat baca buku spesies ilmiah camnih. So disebabkan dah tak bley update gossips, tengok fb dan main game, terpaksa la den baca buku nih dalam kete. Lagi 141 muka surat ntah bila la nak abis baca hahahahhahaha.

Bila keluaq makan dengan kengkawan, den lebih pokos pada cerita depa & food yang den makan.

Bila kat umah plak, den lebih pokos sembang dengan buong & layan budak-budak main or tengok tv. Den baru berkesempatan tengok ceite Lego Movie dan Cloudy With A Chance Of Meatballs 2 (of coz la kan tengok ceite kartun kalo melayan budak-budak nih).

Hidup den lebih tenang gitteww sebab tak kalut nak tengok tab & hp hahhahahahaha.

Tapi dah elok tab & hp nih den gumbira jugak. Alhamdulillah dapat berhubungan semula dengan dunia luaq.

So memang semuanya terletak atas diri sendiri la kan nak seimbangkan apa-apa benda pun dalam hidup termasuklah teknologi nih.

p/s 1 thanks lots pada kawan-kawan yang concern tak dapat nak contact den sampai call opis & email. Thanks lots guys.

p/s 2 gossip retis masih harus dibaca almost everyday hahahahhaahha. So yang nih kita baca kat opis je masa tab & handphone rosak tuh.

3 Comments