Nih omak nya yang beriya nak naik cabel car nih. Budak-budak langsung la tak heran pun. Si A tuh dah tentu la tatau apa-apa tapi si F tuh dok sakan kalut nak beli dinosaur lagi, sabo je la.

Harga tiket untuk dewasa dengan MyKad RM 32. Harga tiket kanak-kanak dengan MyKad dari umur 3-12 tahun RM 18.
Ada plak la seko dinosaur kat entrance ke Sky Cab tuh. Lagi la mengundang rasa sedey kat si F tuh sebab dia ada seko dino je.
Masuk je dekat pintu utama lepas amik tiket memang la modus operandi yang biasa tempat-tempat pelancongan kat Langkawi setakat yang kitaorang dah pergi iaitu bergambo yang akan dijual dengan harga yang agak pitam kengdian. 

Bayaran tiket tuh untuk 2 perkara Sky Dome & Sky Cab. Memang tuh adalah pakej yang paling minima bayarannya. 

Ada macam-macam Sky kat sini. Ada Sky Bridge, Sky Pos, Sky Boutique, Sky Bistro, Sky Trail, Sky Adventure Park, etc.

So mula-mula kitaorang dibawa masuk ke satu bilik bagi Sky Dome. Macam panggung wayang mini tapi ada skrin sampai atas kepala kita. Dicadangkan kepada sapa-sapa yang masuk sini sila pilih seats kat belakang supaya tak sakit leher. Cam kitaorang nih ha sebab terlambat terpaksa la duduk seats depan sekali. Merasa la kan melangut sampai sakit-sakit lehiaq.
Masa dok menunggu nak masuk ke Sky Dome
Sky Dome nih narratornya cakap omputih dok ceite pasal sistem planet sekupang dua sebelum diakhiri dengan video naik roller coster. Seolah-olah macam kita naik roller coster gitu. Dalam 10-15 minit aktiviti Sky Dome nih.

Lepas tuh kita beratur untuk naik kereta kable atau namanya Sky Cab tuh. Sebelum tuh pekerja kat situ promosikan la gambo kita yang diambik mula-mula tadi yang telah dijadikan fridge magnet dengan rege RM 35. Tak beli karang takde kenangan. Beli pulak dah lari bajet duit minyak kereta. Dilema sungguh.

Kereta kabel/gondola tuh tak berhenti ye untuk kita naik. Sambil dia bergerak perlahan-lahan tuh kita kena naik. So kalo untuk orang yang pregnant perut dah besar atau yang bawa baby dalam beberapa bulan agak bahaya la kalo tersalah langkah. Kalo bawa stroller memang la kena lipat stroller nye coz memang la kan tak akan sempat nak tolak stroller tuh ke dalam cabel car ataupun tak dapat nak masuk pun stroller tuh coz pintu cabel car yang tak sebesar mana pun.

Kitaorang naik normal gondola je. 

Ada VIP Gondola yang ada disediakan food & drinks & sepanjang perjalanan ditemani dengan lagu-lagu. Rege nya RM 500/gondola.  

Ada jugak Express Lane. Tak payah beratur panjang naik gondola tuh. RM 75/pax.

Ada private gondola yang mana kita boleh naik tanpa kongsi dengan orang lain. Regenya RM 400/gondola.

Okay je kot naik gondola biasa lagi-lagi kalo kita pergi masa bukan coti sekolah & peak seasons.

Macam kitaorang masa mula-mula naik kat station yang mula-mula (base station) ke middle station tuh shared gondola dengan satu couple dari Timur Tengah nih. Den amik gambo depa 3,4 keping, depa amik gambo den sekeluarga sekeping. Jadik la kan. 

Then kitaorang naik 1 gondola 1 family kitaorang je dari middle station sampai la ke top station. Dari top station ke base station pun kitaorang 4 beranak je dalam 1 gondola tuh. 

Masa naik gondola dari base station ke middle station tuh. den dengan buong dok seriau & gayat tengok pemandangan pokok-pokok, laut, etc. Dalam hati dok gedebaq gedebuq dok risau kalo-kalo gondola tuh ada masalah teknikal ke ape. Langsung la kan terlintas kat hati nak kembali ke pangkal jalan bagai.
pemandangan dari gondola
Budak nih bukan takut gayat pun. Tak heran pun.
Tak peduli pun dia nak jalan-jalan kat middle station nih. Dia dok sibuk melayan dinosaur dia.
Gambo terbaik den dengan budak-budak. Cenggini la bergambo dengan depa nih. Sakan dok pedo depa.
Budak-budak tuh yang takde perasaan. Si F dah tentu sibuk la dengan dinosaur nya tuh. Si A biasa la dok berjalan ke hulu ke hilir dalam ruangan gondola yang sempit tuh.

Sampai kat middle station kitaorang turun la amik gambo sekupang dua sebelum teruskan perjalanan ke top station. 

Kat sini kitaorang tak amik gambo pun. Ada kedai serbanika mini kat sini. Ada juga sesi bergambo dengan maskot yang kena bayo gambonye. Ada kaunter tiket untuk sapa-sapa yang nak continue journey ke Sky Trail atau Sky Bridge. 
Chantek sangat pemandangan dari gondola
Budak yang dok sakan merayu nak beli dinosaur lagi
Budak yang happy ke hulu ke hilir dalam gondola. Dok menjadi boboiboy.
Den teringin nak berjalan-jalan kat Sky Bridge tuh tapi mengenangkan anak bujang den yang dok melasak melompat sana sini, memang tak la sesuai nak berjalan-jalan kat situ. Satu sebab sure la tak dapat nak enjoy sangat coz dok sibuk mempedo depa daripada berlari ke hulu ke hilir sebab bahaya. Lagi satu sebab kalo nasib kurang baik, dah takut macam-macam berlaku. Tinggi melampau kot tempat tuh.
Tak dapat lalu kat Sky Bridge kita amik gambo pun jadik la.
In sya Allah bila ada rejki datang ke sini lagi bila budak-budak tuh dah boleh faham arahan dengan jelas (lebih kurang 5, 6 tahun lagi la kot), boleh la kita datang sini lagi. Itu pun tengok la den & buong larat lagi tak nak menapak jauh-jauh muhahahahahaha. 

Lepas turun dari Sky Cab tuh kitaorang terus je keluar carik hotel coz masa tuh matahari dok tegak kat atas kepala. Tak lalu plak nak berjalan-jalan kat situ walopun ada banyak je tempat-tempat menarik kat situ macam kedai-kedai jual baju & souvenirs, lake activity, etc. 
Ada 6D cinema tapi tiketnye je RM 30 sorang. So memang tak tengok la kan.
Entrance ke Sky Cab
Kat parking area, ada a few stalls yang jual air kelapa, keropok lekor, nuggets, etc.

Rasanya kalo sapa-sapa yang mai sini yang nak joint semua aktiviti yang dok ada kat sini mau makan masa dari pagi sampai petang. 






0 Comments